Pengangkutan di Jepun

Kereta api sunting

 
Aliran Yamanote, Tokyo

Kereta api merupakan alat pengangkutan utama di Jepun, terutama untuk menghubungkan bandar-bandar utama dan pengangkut komuter di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Terdapat tujuh buah syarikat daerah kereta api Jepun yang disebut Japan Railways, meliputi hampir sebahagian besar bandar dan desa di Jepun. Selain Japan Railways, terdapat juga syarikat kereta api swasta, pemerintah daerah, dan swasta dengan usahasama pemerintah daerah.

Panjang kesuluruhan landasan kereta api di Jepun adalah sekitar 23.670 km, sebahagian besar dilengkapi aliran eletrik.

Peta aliran kereta api Diarkibkan 2004-07-26 di Wayback Machine

Fukuoka, Kobe, Kyoto, Nagoya, Osaka, Sapporo, Sendai, Tokyo dan Yokohama memiliki sistem metro, yaitu sistem kereta api untuk mengangkut para penumpang yang sebahagian besar komuter.


Pengangkutan jalan raya sunting

Jepun memiliki 1.152.207 km jalan raya, termasuk Jalan Negara, jalan daerah, dan jalan bebas hambatan/jalan tol yang menghubungkan bandar-bandar utama di Honshu, Shikoku, dan Kyushu.

Pengangkutan laut sunting

Untuk menghubungkan bandar-bandar pelabuhan di Jepun, dan juga untuk menghubungkan pulau-pulau kecil dengan pulau lainnya, digunakan feri dan kapal laut.

Terdapat 22 pelabuhan utama yang ditetapkan sebagai pelabuhan penting oleh Kementerian Lahan, Infrastruktur, dan Transportasi Jepun termasuk Chiba, Fushiki/Toyama, Himeji, Hiroshima, Kawasaki, Kitakyushu, Kobe, Kudamatsu, Muroran, Nagoya, Niigata, Osaka, Sakai/Senpoku, Sendai/Shiogama, Shimizu, Shimonoseki, Tokyo, Tomakomai, Wakayama, Yokkaichi, dan Yokohama.

Saluran paip sunting

Jepun mempunyai 84 km saluran paip untuk minyak mentah, 322 km untuk bahan bakar , dan 1,800 km untuk gas alam.

Pengangkutan udara sunting

 
Lapangan Terbang Kansai, Osaka

Lapangan Terbang utama di Jepun meliputi:

14 buah lapangan helikopter diperkirakan terdapat di Jepun (1999).

Dua syarikat penerbangan utama di Jepun adalah All Nippon Airways dan Japan Airlines.

Pautan luar sunting