Pengangkutan di Malaysia

Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuh raya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta.

Pengangkutan merupakan alat pemindahan barang atau manusia dari satu tempat ke tempat yang lain

Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.

Darat sunting

Jalan raya sunting

Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometer (61,342 bt), 80,280 kilometer (49,884 bt) berturap, dan 1,821 kilometer (1,132 bt) merupakan lebuh raya.[1] Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometer (497 bt) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.[2] Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.

Kereta api sunting

Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1,849 kilometer (1,149 bt). 1,792 kilometer (1,113 bt) daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometer (35 bt) merupakan landasan piawai. 150 kilometer (93 bt) daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik.[1] Sistem Transit Aliran Ringan bertingkat yang agak murah digunakan di sesetengah bandar raya, seperti Kuala Lumpur.[3]

Jalan air sunting

Malaysia mempunyai jalan air sepanjang 7,200 kilometer (4,474 bt),[1] kebanyakannya sungai. Daripada ini, 3,200 kilometer (1,988 bt) terletak di Semenanjung Malaysia, 1,500 kilometer (932 bt) di Sabah, dan 2,500 kilometer (1,553 bt) di Sarawak.[1]

Talian paip sunting

Malaysia mempunyai 3 kilometer (2 bt) talian paip luwapan, 1,965 kilometer (1,221 bt) talian paip gas, 31 kilometer (19 bt) talian paip minyak, dan 114 kilometer (71 bt) talian paip produk bertapis.[1]

Pelabuhan sunting

 
Bot ulang-alik membawa dengan feri kepada feri Melaka-Sumatera (bot kuning besar) berlabuh di luar pesisir dekat Melaka

Ini senarai pelabuhan di Malaysia:

  1. Bintulu
  2. Pelabuhan Klang
  3. Kota Kinabalu
  4. Kuala Kedah
  5. Kuantan
  6. Kemaman
  7. Kuching
  8. Kudat
  9. Labuan
  10. Lahad Datu
  11. Lumut
  12. Miri
  13. Pasir Gudang
  14. George Town, Pulau Pinang
  15. Port Dickson
  16. Sandakan
  17. Sibu
  18. Tanjung Berhala
  19. Tanjung Kidurong
  20. Tawau
  21. Tanjung Pelepas

Feri sunting

  1. Perkhidmatan Feri Pulau Pinang
  2. Perkhidmatan Feri Langkawi
  3. Perkhidmatan Feri Pangkor
  4. Perkhidmatan Feri Tioman
  5. Perkhidmatan Feri Labuan
  6. Perkhidmatan Feri Tawau
  7. Perkhidmatan Feri Miri
  8. Perkhidmatan Feri Sandakan

Perkapalan perdagangan sunting

Jumlah: 360 buah kapal (1,000 GRT atau lebih) 5,389,397 GRT/7,539,178 metric tons berat mati (DWT) mengikut jenis: gas cair 25, kargo 100, kontena 66, pengankut kenderaan 8, pengangkut ternakan 1, penumpang 2, pukal 59, ro-ro 5, tangki kimia 38, tangki petroleum 56

Milik negara asing: China 1, Filipina 2, Hong Kong 8, Indonesia 2, Jepun 2, Jerman 2, Korea Selatan 1, Liberia 1, Monaco 1, Norway 1, Singapura 81, Vietnam 1
terdaftar di negara lain: 75 (anggaran 2009)

Udara sunting

 
Peta laluan pengangkutan udara di Malaysia

Lapangan terbang sunting

117 (anggaran 2003)

Lapangan terbang dengan landasan berturap sunting

Jumlah: 38
Melebihi 3,047 m: 5
2,438 ke 3,047 m: 7
1,524 ke 2,437 m: 10
914 ke 1,523 m: 9
Kurang daripada 914 m: 7 (anggaran 2004)

Pangkalan helikopter sunting

2 (anggaran 2006)

Rujukan: 1) http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_di_Malaysia

Lihat juga sunting

  1. ^ a b c d e "Malaysia". Cia.gov. Dicapai pada 26 Oktober 2010.
  2. ^ Mody, Ashoka (1997). Infrastructure strategies in East Asia: the untold story. Washington D.C.: The World Bank. m/s. 35. ISBN 0-8213-4027-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Richmond, Simon; Cambon, Marie; Harper, Damian. Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 10.