Pengawal peribadi (atau pegawai perlindungan rapat)[1] adalah sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang terkenal, kaya, berpengaruh, atau dari segi politik merupakan tokoh penting seperti Yang di-Pertuan Agong,Perdana Menteri Malaysia,Sultan,Kerabat Diraja dan lain-lain daripada serangan, penculikan, pembunuhan, pengintipan, kehilangan maklumat rahsia, serangan pengganas atau ancaman-ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan kliennya.

Pengawal peribadi
Dua orang pengawal peribadi melindungi Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan semasa Pameran Hannover 2007
Pekerjaan
NamaPegawai perlindungan rapat
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
Pemain berkumpulan, rahsia, pemerhati, sihat fizikal, tenang di bawah tekanan
Pendikan yang diperlukan
Latar belakang dalam keselamatan, penguatkuasa undang-undang, pasukan bersenjata, lesen memandu
Bidang pekerjaan
Berdekatan VIP
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara,VVIP, atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis (contohnya di Amerika Syarikat, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atau Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat). Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit khas atau Polis Khas.

Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Mereka akan diiringi dalam bentuk kumpulan, persendirian(seorang atau lebih daripada seorang). Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi. Mereka akan menggunakan perkhidmatan ini apabila berada di luar atau di dalam negara.

Rujukan sunting