Pengeksponenan

operasi matematik

Dalam bidang matematik, pengeksponenan (Jawi: ڤڠايكسڤونينن) ialah suatu operasi yang melibatkan dua nombor, iaitu asas dan eksponen dan ditulis (dibaca kuasa ). juga dipanggil indeks. Jika adalah integer positif, ertinya didarab dengan dirinya sendiri sebanyak kali:

sama seperti pendaraban dengan integer positif bererti penambahan berulang-ulang kali:

Sifat-sifat sunting

Pendaraban asas sama
Darabkan nombor-nombor dengan asas yang sama dengan mencampurkan indeksnya.
 
Pembahagian asas sama
Bahagikan nombor-nombor dengan asas yang sama dengan menolak indeksnya.
 
Pengeksponenan pengeksponenan
Pengeksponenan pengeksponenan boleh dilakukan dengan mendarab indeks.
 
Pengeksponenan pendaraban
Pengeksponenan pendaraban boleh dilakukan dengan mengagihkan indeks pada setiap faktor.
 
Pengeksponenan pembahagian
Pengeksponenan pembahagian boleh dilakukan dengan mengagihkan indeks pada pengangka dan penyebut.
 
Indeks sifar
Sebarang nombor kuasa sifar sama dengan 1.
 
Indeks negatif
Indeks negatif bererti salingan.