Dalam bidang sosiologi, penggodaan ialah proses menarik seseorang dengan tujuan melakukan kelakuan seks, sama ada beniat baik mahupun sebaliknya. Dalam sejarah terdapat tokoh-tokoh yang terkenal kerana menggoda seperti Cleopatra, Giacomo Casanova, dan watak cereka Don Juan.[1]

Penggodaan melibatkan perbuatan menarik dan memikat seseorang dengan penuh berahi, agar mempengaruhi kelakuan sasarannya. Asalnya, perkataan "goda" membawa erti menyesatkan seseorang, seperti wanita memikat lelaki agar berhubungan seks. Kini, konsep godaan sudah luas pengertiannya, termasuk bersinonim dengan tindakan memukau baik lelaki mahupun perempuan melalui tarikan kepada perasaan. Penggoda tidak semestinya manusia pun, seperti muzik atau makanan.

Pandangan biologi sunting

Seorang ahli biologi Perancis bernama Thierry Lodé menyuarakan pandangan dalam bukunya [2] bahawa penggodaan boleh berpunca dari rangsangan supranormal. Kecenderungan kepada perbuatan berlebih-lebih adalah komponen biologi asas yang menerangkan keghairahan sifat-sifat seks tertentu, misalnya: ekor merak jantan dan sepit ketam rebab. Pemilihan seks dan konflik seks boleh menguatkan sifat-sifat melampau tertentu dengan memerhebat nafsu seks. Simetri dwisisi ini juga merupakan sifat penting dalam hidup. Kebanyakan haiwan gemar mengawan dengan teman seksnya dengan memperagakan corak simetri. Sebenarnya, sifat-sifat simetri banyak berubah kesan pertumbuhan dan tahap kesihatan, maka jika terjadinya asimetri maka adanya masalah genetik atau kepincangan sistem keimunan (MHC).

Bibliografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Greene, Robert (2003). The Art of Seduction. Penguin Books. ISBN 0-14-200119-8.
  2. ^ Thierry Lodé La guerre des sexes chez les animaux, une histoire naturelle de la sexualité" Eds O Jacob, Paris, 2006

Pautan luar sunting