Pennsylvania, secara rasminya Komanwel Pennsylvania, adalah salah satu daripada lima buah Negeri Atlantik Tengah di Amerika Syarikat. Salah satu nama samarannya ialah "Negeri Quaker". Pada zaman penjajahan, negeri ini dikenali secara rasmi sebagai "Provinsi Quaker" [2] untuk menghormati Quaker [3] William Penn yang memberikan Rangka Pertama Kerajaan, [4] perlembagaan Pennsylvania yang menjamin kebebasan hati naluri. Penn sedar akan permusuhan [5] yang dihadapi oleh para Quaker ketika mereka menentang upacara amal, sumpah, keganasan, dan hiasan murah yang menjolok mata. [6]

Komanwel Pennsylvania
Bendera Pennsylvania Mohor negeri Pennsylvania
Bendera Pennsylvania Mohor
Nama samaran: Negeri Baji Batu, Negeri Quaker,
Negeri Batu Arang, Negeri Minyak
Cogan kata: Kebaikan, Kebebasan dan Kemerdekaan
Peta Amerika Syarikat dengan nama Pennsylvania ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama Pennsylvania ditonjolkan
Bahasa rasmi Inggeris,
Jerman Pennsylvania
Ibu negeri Harrisburg
Bandar raya terbesar Philadelphia
Keluasan  Kedudukan ke-33
 - Jumlah 46,055 batu persegi
(119,283 km²)
 - Lebar 280 batu (455 km)
 - Panjang 160 batu (255 km)
 - % air 2.7
 - Latitud 39°43' U - 42°0' U
 - Longitud 74°43' B - 80°31' B
Penduduk  Kedudukan ke-6
 - Jumlah 12,281,054
 - Kepadatan 274.02/batu persegi 
105.80/km² (ke-10)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Mount Davis[1]
3,213 ft  (979 m)
 - Purata 1,099 ft  (335 m)
 - Titik terendah Lautan Atlantik[1]
0 ft  (0 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
12 Disember 1787
(ke-2)
Gabenor Tom Wolf (D)
Leftenan Gabenor John Fetterman
Senator A.S. Bob Casey Jr. (D)
Pat Toomey (R)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu Timur: UTC-5/-4
Singkatan PA US-PA
Tapak web www.visitpa.com

Pennsylvania juga dikenali sebagai Negeri Baji Batu" sejak tahun 1802, [7] disebabkan sebahagian oleh lokasinya di tengah-tengah Tiga Belas Koloni yang membentuk Amerika Syarikat. [7] Ia juga merupakan negeri teras dari segi ekonomi, dan mempunyai kedua-dua industri yang sama dengan Amerika Syarikat Utara (pengeluaran seperti gerabak Conestoga [8] dan refal) [9] dan Selatan (pertanian yang menghasilkan makanan, makanan haiwan, serat, dan tembakau). [10]

Pennsylvania mempunyai 51 batu (82 kilometer) [11] garis pinggir tasik di sepanjang Tasik Erie serta 57 batu (92 kilometer) [12] garis pinggir sungai di sepanjang Muara Delaware. Philadelphia ialah bandar raya Pennsylvania yang terbesar dan merupakan tempat untuk sebuah bandar pelabuhan yang utama serta limbangan-limbungan kapal di Sungai Delaware. [13]

Sejarah sunting

Sebelum negeri Pennsylvania wujud, kawasan itu merupakan tempat kediaman puak-puak Delaware (juga dikenali sebagai Lenni Lenape), Susquehannock, Iroquois, Eriez, Shawnee, dan orang-orang asli Amerika yang lain. [14]

 
John Dickinson

Pada tahun 1681, Charles II memberikan piagam tanah [15] kepada William Penn untuk melunaskan hutang yang besar yang dipinjam daripada bapa William, Laksamana Penn. Ini merupakan salah satu geran tanah yang terbesar yang pernah diberikan kepada seorang perseorangan dalam sejarah. [16] Tanah itu termasuk negeri-negeri Delaware dan Pennsylvania kini. Ia dipanggil "Pennsylvania" yang membawa pengertian "Hutan kecil Penn" untuk menghormati Laksamana Penn.

Penn mengasaskan sebuah kerajaan dengan dua inovasi yang ditiru di dalam Dunia Baru: suruhanjaya kaunti, serta kebebasan untuk menganuti agama. [16] Penulis Murray Rothbard dalam karya 4-jilid sejarah Amerika Syarikatnya, Difikirkan dalam Kebebasan, merujuk kepada tahun-tahun 168190 sebagai "Uji kaji Faham Anarki Pennsylvania." [17]

Antara tahun 1723 sehingga ditutup oleh Parlimen melalui Akta Mata Wang 1764, Koloni Pennsylvania mencetak kertas wang sendiri yang umumnya dipanggil Skrip Koloni dan dianggap secara umum sebagai uji kaji mata wang yang paling berjaya bagi mana-mana kerajaan yang pernah wujud. Koloni itu mengeluarkan "bil kredit" yang sebaik dengan duit syiling emas atau perak kerana ia merupakan wang sah. Oleh sebab bil kredit dikeluarkan oleh kerajaan dan bukan oleh sebuah institusi perbankan, ia merupakan suatu cadangan tanpa bunga yang membiayai perbelanjaan kerajaan dan dengan itu, mengurangkan cukai yang dibebani oleh penduduk-penduduknya. Umumnya, ia juga menggalakkan penggajian serta kemakmuran. Benjamin Franklin juga ada mengambil bahagian dalam penciptaan mata wang ini dan beliau dikatakan berkata bahawa kebergunaan mata wang itu tidak pernah dipertikaikan. Mata wang Pennsylvania juga menerima sanjungan yang tertinggi daripada Adam Smith.

Selepas Kongres Akta Setem 1765, John Dickinson, wakil dari Philadelphia, menulis Perisytiharan Hak dan Sungutan. Kongres itu yang merupakan mesyuarat pertama tiga belas koloni diadakan atas permintaan Perhimpunan Massachusetts, tetapi hanya sembilan buah koloni menghantar wakil. [18] Dickinson kemudian menulis Surat-surat daripada seorang Petani di Pennsylvania kepada Penghuni Koloni-koloni British  yang diterbitkan dalam Babad Pennsylvania antara 2 Disember 1767 dan 15 Februari 1768. [19]

Apabila para pengasas Amerika Syarikat bersidang di Philadelphia pada tahun 1774, 12 daripada 13 buah koloni menghantar wakil untuk menyertai Kongres Benua Pertama. [20] Kongres Benua Pertama membentuk dan memeterai Perisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia, [21] tetapi apabila bandar itu ditawan oleh pihak British, para penyerta Kongres Benua melarikan diri ke arah barat dan bersidang di bangunan mahkamah Lancaster pada hari Sabtu, 27 September 1777, dan kemudian di York. Di sana, mereka membentuk Artikel Gabungan yang menggabungkan koloni-koloni yang berasingan itu menjadi sebuah negara baru. Kemudian, Perlembagaan Amerika Syarikat ditulis, dengan Philadelphia sekali lagi dipilih sebagai tempat bermulanya sebuah negara Amerika yang baru. [22] Pennsylvania menjadi negeri kedua untuk meratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat pada 12 Disember 1787, [23] iaitu lima hari selepas Delaware menjadi negeri pertama.

 
"Kapitol Bata Merah" yang digunakan sejak tahun 1821 sehingga terbakar pada tahun 1897.

Selama setengah abad, dewan undangan negeri bersidang di berbagai-bagai tempat di kawasan Philadelphia sebelum bersidang secara tetap di Dewan Kemerdekaan di Philadelphia selama 63 tahun. [24] Bagaimanapun, ia memerlukan lokasi yang lebih pusat, sebagaimana yang peristiwa-peristiwa seperti pembunuhan beramai-ramai budak-budak lelaki Paxton pada tahun 1763 menyedari mereka. Oleh itu, dewan undangan dipindahkan ke Bangunan Mahkamah Lancaster pada tahun 1799, [24] dan akhirknya ke Harrisburg pada tahun 1812. [24] Dewan undangan bersidang di bangunan lama Mahkamah Kaunti Dauphin sehingga Disember 1821,[24] apabila bangunan Kapitol Bata Merah  siap dibina. Bangunan ini dimusnahkan sama sekali oleh kebakaran pada tahun 1897, mungkin akibat serombong yang rosak. [24] Dewan undangan bersidang di Gereja Methodist Grace di State Street (masih wujud), sehingga bangunan kapitol terkini disiapkan pada tahun 1907. [24]

Bangunan Kapitol Negeri Pennsylvania mendapat ulasan-ulasan yang tinggi melangit. [24] Kubahnya diilhami oleh kubah-kubah Gereja St. Peter di Rom serta bangunan Kapitol Amerika Syarikat. [24] Presiden Theodore Roosevelt mengatakan bahawa ia merupakan "bangunan kapitol negeri yang terindah di negara", dan berkata: "Ia adalah bangunan tersergam indah yang pernah saya lihat" pada pentahbisannya. Pada tahun 1989, akhbar New York Times memujinya sebagai "tersergam mewah, juga menggerunkan kekadangnya, tetapi ia juga merupakan bangunan kerja yang mudah didatangi oleh rakyat ... sebuah bangunan yang dikaitkan dengan kenyataan hidup harian." [24]

James Buchanan dari Lancaster, Pennsylvania merupakan presiden bujang Amerika Syarikat yang pertama. [25] Pertempuran Gettysburg yang berlaku dekat Gettysburg [26] merupakan titik peralihan yang utama dalam Perang Saudara Amerika Syarikat.

Nota sunting

  1. ^ a b "Aras tinggi dan Jarak di Amerika Syarikat". Survei Geologi Amerika Syarikat. 29 April 2005. Dicapai pada 7 November. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |year= (bantuan)
  2. ^ Provinsi Quaker
  3. ^ William Penn, Quaker
  4. ^ "Rangka Kerajaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-17. Dicapai pada 2007-03-21.
  5. ^ Pennsylvania membawa pengertian "Hutan kecil Penn". Sejarah Digital: Penyeksaan terhadap Quaker Diarkibkan 2012-04-19 di Wayback Machine
  6. ^ Provinsi Quaker (1681-1776)
  7. ^ a b "PHMC: Lambang Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-22. Dicapai pada 2007-03-21.
  8. ^ Lowell Tribune, 26 Mac 2002
  9. ^ "Refal Lancaster". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 2007-03-21.
  10. ^ "PHMC: Pertanian di Pennsylvania". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-03. Dicapai pada 2007-03-21.
  11. ^ Perkhidmatan Taman Negara: Pantai Keempat Kita
  12. ^ Pejabat Sumber Lautan dan Pantai NOAA
  13. ^ "Pihak Berkuasa Wilayah Philadelphia: Sejarah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-23. Dicapai pada 11 Disember 2006.
  14. ^ Pennsylvania Indian tribes
  15. ^ Piagam Provinsi Pennsylvania
  16. ^ a b "Para Quaker dan proses politik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-24. Dicapai pada 2007-03-22.
  17. ^ Uji kaji Faham Anarki Pennsylvania
  18. ^ Garis masa Perpustakaan Kongres 1764–1765
  19. ^ Surat-surat Dickinson
  20. ^ Garis mata Perpustakaan Kongres 1773–1774
  21. ^ Perpustakaan Kongres: Dokumen-dokumen utama — Perisytiharan Kemerdekaan
  22. ^ Sembilan Ibu Negeri Amerika Syarikat
  23. ^ Pennsylvania meratifikasi Perlembagaan tahun 1787
  24. ^ a b c d e f g h i "Ibu-ibu negeri Pennsylvania". Diarkibkan daripada yang asal pada 2000-06-15. Dicapai pada 2007-03-22.
  25. ^ Biografi Rumah Putih James Buchanan
  26. ^ Pertempuran Gettysburg

Pautan luar sunting