Penyahhingaran video

Penyahhingaran video (bahasa Inggeris: Video denoising) ialah proses pembuangan hingar daripada isyarat video. Kaedah-kaedah penyahhingaran video terdiri daripada:

  • Kaedah penyahhingaran video ruangan (spatial), yang mana pengurangan hingar imej digunakan pada setiap bidang satu demi satu.
  • Kaedah penyahhingaran video masaan (temporal), yang mana hingar antara bidang dikurangkan. Teknik pemampatan teknik boleh digunakan untuk mengelakkan kelihatannya artifak bebayang ketika menyebatikan piksel-piksel sesama bidang.
  • Kaedah penyahhingaran video ruangan-masaan menggabungkan kaedah penyahhingaran ruangan dan masaan.

Setiap kaedah penyahhingaran video direka dan ditala untuk jenis-jenis hingar tertentu. Antara jenis-jenis hingar videonya ialah:

  • Hingar analog
    • Artifak saluran radio
      • Gangguan frekuensi tinggi (bintik-bintik, garis warna mengufuk pendek, dsb.)
      • Gangguan saluran keterangan dan warna (masalah dengan antena)
      • Penduaan semula video (timbulnya pengkonturan salah)
    • Artifak VHS
      • Penurunan khusus warna
      • Gangguan saluran keterangan dan warna (jenis khusus untuk VHS)
      • Anjakan garis kelam-kabut di akhir bidang (salah jajaran isyarat segerak semula baris)
      • Jaluran hingar mengufuk luas (VHS lama atau rintangan kepala magnet)
    • Artifak filem (lihat juga pemeliharaan filem)
      • Habuk, kotoran, semburan
      • Calar
      • Lengkungan (pengelupasan emulsi)
      • Cap jari
  • Hingar digital
    • Blok (artifak kadar bit rendah)
    • Garis sisi (artifak kadar bit rendah dan sederhana, terutamanya pada kartun animasi)
    • Kerosakan kesan blok (hirisan) seandainya kehilangan dalam saluran pemancaran digital atau kerosakan cakera (calar pada DVD)

Pelbagai jenis kaedah penindasan digunakan untuk memadamkan semua artifak ini pada video.

Lihat juga sunting

Templat:Video processing