Penyelesaian masalah dari pelbagai aspek

Konsep penyelesaian masalah sunting

Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam komponen berfikir secara kritis dan kreatif.Clements dan Nerida F.Ellerton(1991) mendefinisikan masalah sebagai tugas yang dihadapi oleh seseorang yang perlu dicari jawapan atau penyelesaiannya sedangkan tidak tersedia sesuatu prosedur penyelesaianya.Secara ringkas,menyelesaikan masalah merupakan keupayaan mengggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan.Sebagai contoh,penghasilan ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit berjaya diperolehi atas usaha ahli-ahli sains yang dapat menyelesaikan masalah dengan jayanya.

Masalah sunting

definisi sunting

Sebelum melihat kepada penyelesaian masalah mari kita lihat dahulu puncanya iaitu, masalah.Masalah boleh ditarifkan dari pelgai aspek.Menurut Jauharah(1995),masalah boleh ditarifkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini.Masalah juga boleh ditarifkan sebagai matlamat yang cuba dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamat itu dengan segera(Muhammad Awang 1990).Robesto (2001)menyatakan masalah ialah apabila anda tidak tahu bagaimana untuk berbuat sesuatu bila anda diminta untuk bertindak.

Faedah sunting

Perkataan 'masalah' sering disalah anggap sebagai sesuatu yang negatif.Ia boleh membuatkan seseorang menjadi gelisah.Sebaliknya,masalah merupakan sumber input yang besar untuk kesihatan otak.MAsalah juga berperanan meluaskan daya imaginasi. Menurut Ainon et al.(2005),selagi ada orang yang melakukan kesilapan,selagi itulah ada masalah yang perlu diselesaikan.Barang sesiapa yang berjaya mencipta penyelesaian,dialah yang akan menerima habuan daripada kerjayaan itu.

Proses menyelesaikan masalah sunting

Proses penyelesaiakn msalah bermula dengan menyedari masalah dan memahami masalah.Seterusnya, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian masalah dan meninjau kesan akibat pilihan penyelesaian masalah.Kemudian baru memilih penyelesaian masalah yang terbaik dan melaksanakan .

Bentuk-bentuk penyelesaian masalah sunting

Bentuknya boleh terdiri daripada : 1 secara saintifik. 2.secara kritis/logik 3.secara Islam 4.secara kreatif.

Secara saintifik sunting

Menurut Shuib et al,disiplin sains tidak hanya terhad kepada proses pengumpulan fakta-fakta ataupun idea.Pada dasarnya,ia merangkumi satu pendekatan yang unik untuk mengetahui.Apabila seseorang mengggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji fenomena-fenomena di bumi atau di luar bumi maka dikatakan mempraktikan pemikiran saintifik.Pendekatan saintifik ini boleh diggunakan untuk mempelajari sejarah,mengkaji masyarakat,mencari enyelsesaian kepada masalah ekonomi,falsafah serta peribadi. Penyelesaian secara saintifik boleh dikatakan satu kaedah yang mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang sains sama ada biologi,kimia ataupun fizik.

secara kritis sunting

Menurut Munir Shuib et al.(2002) pemikiran kritis adalah situasi seseorang gemar membuat komen,mencari kesalahan dan berpandangan negatif seta melihat kekurangan sesuatu benda. Menurut Maimunah(2004)menyelesaikan masalah secara kritis memerlukan ciri-ciri emikiran yang kritikal iaitu,cenderung kepada mencari dan mengenal pasti kelemahan sesuatu idea.

secara Islam sunting

Menurut Abdul Rahman(2002) penyelesaian masalah secara Islam terbahagi kepada tiga pendekatan ,iaitu secara tauhid,pendekatan hukum dan pendekatan sufi.Ketiga-tiga pendekatan ini dikenali sebagai aqidah,syariah dan akhlak.Pendekatan ini saling melengkapi dan saling menguatkan,kerana semuanya berasaskan ajaran Islam yang syumul(meneluruh) dan takammul(sempurna).

secara kreatif sunting

Menurut Abdul Rahman ciri-ciri penyelesaian masalah secara kreatif adalah: 1.menjana idea batu tanpa menpedulikan sama ada idea itu adalah betul atau salah. 2.bukan mneganilisa punca tetapi mereka cipta penyelesaian yang boleh mengaut keuntungan. 3.Matlamat pemikiran kreatif dan lateral ialah meruntuhkan tembok-tembok yang membelenggu kemajuan berfikir

 selama ini, iaitu kebekuan fungsi atau kebekuan mental yang menghalang seseorang melihat sudut-sudut baru 
 dalam pemikirannya.