Penyiasatan Ahad Berdarah

Penyiasatan Ahad Berdarah (atau Inkuiri Saville) ditubuhkan pada 1998 dengan dipengerusikan oleh Lord Mark Saville dari Newdigate. Suruhanjaya siasatan ini ditubuhkan oleh Perdana Menteri United Kingdom Tony Blair selepas kempen 1998. Tahun 1998 merupakan tempoh proses perdamaian di Ireland Utara sedang pesat diusahakan.

Siasatan ini bagi mencari perkara kebenaran tentang kejadian penunjuk perasaan yang ditembak dan cedera di Londonderry, Derry, Ireland Utara pada hari Ahad Berdarah, 30 Januari 1972.

Laporan siasatan setebal 5000 halaman disiarkan pada 15 Jun 2010. Penyelidikan itu memakan masa 12 tahun dan menelan biaya 190 juta paun (RM910 juta). Lebih 900 saksi ditemubual dan kenyataan bertulis diambil daripada 2,500 orang. [1]

Lebih 3500 terbunuh di Ireland Utara dalam sejarah kekerasan The Troubles. Persetujuan damai dicapai pada 1998. Ia adalah pertentangan antara penganut agama Kristian Katolik dengan penganut agama Protestan.[2] Timbalan Menteri Pertama Ireland Utara Martin McGuinness, yang merupakan timbalan ketua kumpulan militan Katolik, Tentera Republikan Ireland Sementara (IRA) di Londonderry ketika itu, yakin laporan terbaru itu tidak akan membawa kepada perpecahan baru.

Pada 1972 telah ada laporan siasatan yang menyalahkan penunjuk perasaan. Mereka yang terbunuh dianggap sebagai pengganas dan pengebom. Laporan itu dianggap sebagai cuci tangan di pihak kerajaan Britain.

Permohonan maaf sunting

Pada 15 Jun 2010, Perdana Menteri United Kingdom David Cameron meminta maaf atas pembunuhan Ahad Berdarah, salah satu hari tergelap dalam sejarah Ireland Utara, 38 tahun lalu. Tentera didapati tidak memberi sebarang peringatan sebelum melepaskan tembakan - 13 orang pemuda penumjuk perasaan terbunuh. Dengan itu penunjuk perasaan dibunuh, mereka tidak bersalah.

Rujukan sunting