Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (Jawi: ڤنڽيمڤن موهر بسر راج٢) merupakan pegawai yang menyimpan dan menjaga mohor besar raja-raja Malaysia. Beliau merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja (MRR) yang juga bertindak sebagai jurucakap Majlis Raja-Raja. Orang yang dilantik menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ialah pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
ڤنڽيمڤن موهر بسر راج٢
Penyandang
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad
sejak 10 Januari 2011
GelaranYang Berbahagia
Lapor kepadaMajlis Raja-Raja
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
InstitusiPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Edit the value on Wikidata
PusatKuala Lumpur
Dilantik olehMajlis Raja-Raja
Penjawat sulungSultan Atau Raja raja Melayu
Dibentuk1 Februari 1948; 76 tahun yang lalu (1948-02-01)
GajiTidak Diketahui
Tapak webwww.majlisraja-raja.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peranan beliau paling umum diketahui dan sering dilihat oleh rakyat Malaysia di televisyen adalah untuk mengumumkan permulaan puasa pada bulan Ramadan, dan tarikh hari keagamaan Islam, seperti Aidilfitri dan Aidiladha, di Malaysia mengikut perkenan Majlis Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang terkini adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sejak 10 Januari 2011.

Penubuhan sunting

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja diwujudkan pada tahun 1948 menurut kehendak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, yang menggantikan pemerintahan Malayan Union. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-raja yang ditubuhkan dan pertama kali mengadakan mesyuarat pada 18 Februari 1948.

Dari 1948 hingga 1957, Majlis Raja-raja terdiri daripada sembilan orang Raja-raja Melayu yang ditugaskan membincang dan menasihati Pesuruhjaya Tinggi British yang menyelaraskan pentadbiran seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan Negeri-negeri Beraja dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai (Penang dan Province Wellesley) dan Melaka yang masing-masing diketuai oleh Pesuruhjaya Residen British. Walau bagaimanapun, Ketua-ketua Pentadbir British itu tidak menganggotai Majlis Raja-raja.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja terus wujud selepas Hari Merdeka, dan dua orang Gabenor (sekarang digelar Yang di-Pertua Negeri) bagi Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka menjadi Ahli-ahli Majlis Raja-raja, menurut peruntukan Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, dan selepas 16 September 1963, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak (selain Singapura sehingga 9 Ogos 1965) menganggotai Majlis Raja-raja.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sekarang ditadbir urus oleh 15 orang anggota. Dua anggota Pengurusan terdiri daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang dilantik menurut Jadual Lima Perlembagaan Persekutuan selaku Ketua Jabatan dan dibantu oleh seorang Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja serta tiga belas pegawai/staf lain yang dilantik oleh Kerajaan.

Mohor Besar Raja-Raja sunting

 
Reka letak Mohor Besar Raja-raja Melayu di Malaysia

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu. Mohor Besar Raja-Raja Klasik Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini. Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10.[1]

Fungsi sunting

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.

Mohor membuktikan kesahihan asal usul sesuatu surat cara. Disebabkan kesan terapan daripada Mohor Besar akan mengubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.

Antara surat cara yang memerlukan penurunan Mohor Besar ini ialah:

Rujukan sunting