Peperangan kubu parit

Peperangan kubu parit adalah bentuk peperangan di mana kedua-dua pihak yang berperang mempunyai garis pertahanan statik yang digali ke dalam tanah yang bertentangan sesama sendiri. Peperangan parit timbul apabila berlaku revolusi dalam kuasa tembakan tanpa kemajuan yang sejajar dalam pergerakan dan komunikasi. Peperangan parit berlaku semasa Perang Saudara Amerika (1860-an) dan Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904-1905 dan mencapai kemuncak keganasan dan pertumpahan darah di Perbatasan Barat semasa Perang Dunia I.

Latar belakang sunting

Membina kubu adalah sama usia dengan peperangan itu sendiri; bagaimanapun, dari segi bandingan saiz tentera yang kecil dan ketiadaan senjata jarak jauh, secara tradisinya kubu tidak mungkin dapat dipertahankan kecuali untuk garisan pertahanan yang pendek atau kubu kuat yang terasing. Kubu panjang dalam dunia silam, seperti Tembok Besar China atau Pagar Hadrian, merupakan pengecualian kepada kebiasaannya dan walaubagaimanapun ia tidak direka bagi menghalang pihak musuh sepenuhnya, tetapi sekadar menyukarkan musuh menyerang secara besar-besaran. Tembok Besar China, sebagai contoh, tidak bertujuan untuk mengekalkan penyerang di luar, sekadar menghalang mereka membawa kuda mereka masuk.

Walaupun kedua-dua seni perkubuan dan seni senjata maju dengan banyaknya pada separuh abad, kemajuan busur panjang longbow, musket isi hadapan muzzle-loading, dan juga artileri tidak menukar hukum tradisi bahawa kubu memerlukan sejumlah besar tentera untuk mempertahankannya. Sejumlah kecil tentera tidak mampu mengekalkan jumlah tembakan yang mencukupi bagi mematahkan serangan yang bersungguh-sungguh.

Peperangan pengepungan Siege warfare sunting

Kebanyakan taktik yang digunakan dalam peperangan parit telah wujud bertahun lamanya dalam peperangan pengepungan. Ia adalah perlaksanaan teknik ini antara dua tentera di lapangan yang merupakan perkara baru.

Julius Caesar dalam Peperangan Gallic menggambarkan bagaimana semasa Pertempuran Alesia, legion Roman membina dua dinding pertahanan mengelilingi bandar. The inner circumvallation, 10 batu, mengurung pasukan Vercingetorix, sementara kepungan circumvallation luar menghalang pasukan penyelamat dari sampai kepada mereka. Pihak Rom menguasai lapangan antara kedua dinding. Pasukan Gauls, mengalami kebuluran, akhirnya terpaksa menyerah dengan pasukan penyelamat mereka melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

Apabila meriam pertahanan dimajukan, teknik menyerang bandar atau kubu menjadi biasa mengikut istiadat ritualised. Tentera yang menyerang akan mengelilingi bandar yang akan diminta menyerah. Sekiranya mereka enggang, tentera yang menyerang akan mengelilingi bandar tersebut dengan kubu sementara untuk menghalang sallies dari kubu tersebut atau pasukan bantuan dari menembusi masuk. Kemudian pasukan penyerang akan membina parit selari dengan kubu pertahanan dan diluar artilleri pasukan yang bertahan. Mereka kemudian akan menggali perit kearah bandar dalam pola berkeluk-keluk agar ia tidak dapat di enfilade oleh tembakan musuh. Apabila sampai kedalam jarak artilleri parit selari tambahan akan digali dengan tapak meriam. Jika perlu, tembakan meriam pertama akan digunakan untuk melindungi proses ini yang diulang sehinggakan meriam diletakkan cukup hampir untuk membuat bukaan pada tembok pertahanan. So that the forlorn hope and support troops could get close enough to exploit the breach more zigzag trenches could be dug even closer to the walls with more parallel trenches to protect and conceal the attacking troops. Selepas setiap peringkat dalam proses ini, penyerang akan meminta mereka yang bertahan menyerah. Sekiranya forlorn hope berjaya menembusi pertahanan musuh, tiada belas kasihan akan diberikan.

Pas orang Maori sunting

Orang-orang Maori di New Zealand telah membina kubu stockades di bukit dan semenanjung kecil selama berabad lamanya sebelum berlaku pertembungan dengan orang-orang Europah, yang dikenali sebagai Pa. Ia menyerupai kubu zaman Besi kecil yang terdapat di sekitar mukabumi British dan Irish. Apabila orang-orang Maori bertembung dengan pihak British mereka memajukan Pa menjadi sistem pertahanan perparitan, lubang rifle, dan kubu yang amat berkesan, mendahului kemajuan di Amerika dan Europah. Dalam Perperangan Maori untuk tempoh yang lama Pa moden berkesan terhadap kelebihan senjata dan tentera. Di Pa Ohaeawai pada tahun 1845, di Rangiriri pada 1864, dan sekali lagi di Gate Pa pada tahun 1864 Pasukan Kolonial (Colonial Forces) dan British mendapati serangan berhadapan terhadap Pa yang dipertahankan tidak berkesan dan amat membebankan.

Di Pa Pintu Pagar (Gate Pa) semasa Kempen Tauranga, pada 1864 pihak Maori menahan pengeboman sepanjang hari dalam perlindungan bom mereka. Seorang pakar membuat pengiraan bahawa Pa Pintu Pagar menyerap dalam satu hari bahan letupan lebih banyak setiap meter berbanding kubu parit Jerman dalam pengeboman selama seminggu sebelum Pertempuran Somme. Apabila pallisade hampir musnah, tentera British bergerak memasuki Pa, dengan mana pihak Maori menembak mereka dari perparitan tersembunyi, membunuh 38 dan mencederakan ramai lagi dalam pertempuran paling merugikan bagi Pakeha dalam Perperangan Maori. Pihak Maori kemudian meninggalkan Pa Pintu Pagar. Pihak Maori membangunkan reke bentuk Pa sendiri dalam tempoh masa yang singkat, daripada zaman batu kepada tahap Perang Dunia I dalam tempoh lebih sedikit 30 tahun.

Perkembangan sunting

Perkembangan pertama yang dianggap kritikal berkaitan peperangan kubu parit bermula apabila konsep tentera kerahan pukal (mass-conscripted armies) diperkenalkan ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleonik. Sebelum ini, bala tentera masih terbentuk dalam bilangan askar yang kecil di mana keadaan ini tidak mampu mempertahankan kawasan besar untuk tempoh yang lama—iaitu sama ada pertarungan berlaku dalam tempoh yang amat singkat atau bertukar kepada pertempuran kepongan. Dengan adanya kelompok bala tentera yang besar (large armies), keadaan ini menyulitkan bagi satu bala tentera untuk mengepung bala tentera lawan. Namun begitu, satu bala tentera boleh memecah benteng bala tentera lawan sekiranya kaedah serbuan langsung (direct assault) dilaksanakan dengan menggunakan serbuan kavalri dan infantri. Satu contoh awal yang menggunakan benteng panjang yang diperkasakan (fortified military line) iaitu Jalur Torres Vedras di mana benteng tersebut dibina supaya ukurannya mencecah beberapa batu panjang, telah dibina oleh pihak Portugis dibawah arahan Jurutera DiRaja pihak Tentera British semasa Perang Semenanjung.

Taktik ini dianggap lebih menjurus kepada 'membunuh diri' apabila teknologi senjata api terus dimajukan pada pertengahan abad ke-19. Ketika Perang Saudara Amerika bermula pada 1861, taktik yang sama telah digunakan pada era Napoleon dan terus digunakan untuk beberapa abad seterusnya. Apabila perang yang dianggap amat berdarah tersebut hampir di penghujungnya, ia telah menjadi seolah-olah satu paparan Perang Dunia I, lengkap dengan kubu-kubu parit, mesingan-mesingan, kubu-kubu medan (field fortifications) dan bilangan kecederaan yang amat tinggi. Merujuk kepada Peperangan Petersburg yang berlaku di akhir-akhir Perang Saudara Amerika, telah wujud kubu-kubu parit dan formasi pegun, di mana keadaannya berbeza sekali dengan perang-perang awal seperti Peperangan Bull Run yang Pertama yang membayangkan pergerakan (manuever) masih boleh dilakukan, dan serbuan-serbuan masyhur seperti Serbuan Pickett di Peperangan Gettysburg, membuktikan tindakan melancarkan serbuan terus terhadap benteng lawan adalah suatu tindakan yang merugikan pihak yang menyerbu.

 
Pengawal Rejimen Cheshire dalam parit berhampiran La Boisselle semasa Pertempuran Somme, Julai 1916

Dua faktor utama bertanggungjawab bagi perubahan tersebut. Pertama, senjata api muat belakang (breech-loading) —yang agak menghairankan tidak diendahkan oleh kedua pihak sehingga pertengahan pertelingkahan tersebut—membolehkan sejumlah kecil tentera mengekalkan tembakan yang banyak. Sekumpulan kecil tentera yang bertahan di dalam parit atau di belakang halangan yang diperbaik mampu menghalang sejumlah besar penyerang tanpa had masa. Kedua kemunculan mesingan, yang menggandakan kuasa tentera bertahan lebih lanjut tetapi tidak menyumbang kepada penyerang (asalkan hanya tentera bertahan mampu berlindung).

Dua faktor lain juga memainkan peranan. Yang pertama adalah kemajuan pagar kawat berduri, yang secara sendiri tidak mencederakan sesiapapun tetapi —paling penting—mampu memperlahankan kemaraan tentera yang mara, dengan itu memberi masa bagi tentera bersenjatakan mesingan dan rifel mengenakan kerugian teruk.

Yang kedua muncul pada akhir Perang Saudara Amerika, dengan ciptaan meriam artileri muat belakang (breech-loading) berkelajuan tinggi. Artileri dalam satu bentuk atau yang lain telah menjadi sebahagian perperangan semenjak zaman klasik, dan dari perkembangan ubat bedil sehingga perkembangan perperangan parit pada 1860-an telah menjadi pembunuh utama. Dengan pembangunan artileri moden oleh Krupp, bagaimanapun, artileri kembali menjai kuasa pembunuh penting sebagaimana dahulu (sebagaimana ditunjukkan dengan jelas dalam Perang Perancis-Prussia 1870 hingga 1871). Artileri akan mencapai kemuncak semasa dua Perang Dunia, di mana ia menjadi senjata penentu di medan pertempuran.

Perlaksanaan sunting

Walaupun teknologi senjata api dan tentera kerahan menukar bentuk perperangan secara mengejut, kebanyakan tentera tidak menyedari mengenai pertukaran ini dan tidak bersedia bagi menerima akibatnya. Pada permulaan Perang Dunia I, kebanyakan tentera bersedia bagi pertempuran singkat yang strategi dan taktik biasa digunakan oleh Napoleon.

Bagaimanapun, apabila peperangan meletus, Jerman dan Allied (dan kebanyakannya tentera Perancis dan British) mempelajari bahawa dengan senjata moden, lubang di tanah boleh dipertahankan oleh sejumlah kecil infantri. Untuk menyerang secara berhadapan hanya mengakibatkan korban nyawa yang tinggi, dengan itu operasi serangan sisi adalah penting. Selepas Pertempuran Aisne pada September 1914, beberapa siri cubaan menyerang sisi, dan pemanjangan barisan pertahanan bagi mematahkan cubaan ini bertukar menjadi "perlumbaan" ke laut "— Jerman dan pihak Berikat menggali apa yang pada asasnya sepasang parit menjulur daripada perbatasan Swiss di selatan sehingga ke Laut Utara di persisiran Belgium. Perperangan kubu parit berkekalan di Perbatasan Barat semenjak 16 September 1914 sehingga "Serangan Musim Bunga" Jerman, Operasi Michael, pada 21 March 1918.

Di Perbatasan Barat, parit-parit yang pada bulan-bulan awal kecil dan serba kekurangan, dengan pantas berkembang menjadi bertambah dalam dan kompleks, beransur-ansur menjadi kawasan hasil kerja pertahanan memanca yang luas. Ruang diantara parit-parit pihak yang bertentangan dikenali sebagai "no man's land" dan mempunyai jarak yang berbeza bergantung kepada medan pertempuran. Di Perbatasan Barat, lazimnya ia di antara 100 dan 300 ela, tetapi hanya 30 ela di Rabung Vimy. Selepas pengunduran Jerman ke Garis Hindenburg pada March 1917 ia menjalar lebih dari satu kilometer di beberapa tempat. Di "Pos Quinn" yang terkenal dalam keadaan sempit menghad medan pertempuran Anzac dalam pertempuran Gallipoli, parit bermusuhan hanya 15 meter jarak dan perang bom tangan berlangsung tanpa henti. Di Perbatasan Timur dan Tengah-Timur, kawasan yang dirangkumi begitu luas, dan jarak dari kilang yang membekalkan peluru, konkrit, dan kawad duri begitu jauh, sehinggakan perperangan kubu parit stail Eropah sering kali tidak berlaku.

Sistem pertahanan sunting

 
Parit perhubungan British, Somme, 1916

Awal perperangan doktrin pertahanan British mencadangkan sistem parit utama yang terdiri daripada tiga garis selari dengan setiap parit dihubungi oleh parit perhubungan. Titik di mana parit perhubungan bersambung dengan parit hadapan adalah amat penting dan biasanya dipertahankan dengan kuat. Parit hadapan dikawal ringan dan biasanya hanya diduduki dengan kuat semasa "bersedia - (stand to)" antara subuh dan maghrib. Antara 70 dan 100 ela di belakang parit hadapan terdapat parit sokongan (atau "kembara"") kemana garison akan bergerak apabila parit hadapan dibedil. Antara 300 dan 500 ela kebelahang lagi terletak parit simpanan ketiga di mana askar simpanan boleh berkumpul untuk serangan balas sekiranya parit hadapan ditawan. Tatarajah pertahanan ini menjadi usang apabila kuasa meriam meningkat; bagaimanapun di sektor tertentu di hadapan, parit sokongan dikekalkan sebagai umpan bagi menarik bedilan musuh jauh dari baris hadapan dan simpanan. Api dinyalakan dalam parit sokongan agar kelihatan sedang diduduki dan sebarang kerosakan akibat bedilan meriam akan dibaiki serta merta.

 
Gambaran udara parit pasukan berlawan. Parit Jerman di atas, British di bawah.

Parit sementara turut dibina. Apabila serangan utama dirancang, parit pengumpulan akan digali berhampiran parit hadapan. Ini digunakan bagi memberikan perlindungan bagi gelombang tentera penyerang yang akan mengekori gelombang pertama melompat dari parit hadapan. "Saps" biasanya sementara, tidak diduduki, seringkali mati, parit utiliti digali kearah tanah rebutan. Ia memenuhi pelbagai matlamat seperti menghubungkan perparitan hadapan dangan pos mendengar hampir dengan kawad duri musuh atau memberikan baris "tapat menyerbu" hadapan bagi serangan mengejut.

Apabila baris hadapan membengkak kearah musuh, "salient" terbentuk. Baris parit cembung berhadapan dengan salient dikenali sebagai "re-entrant". Salient yang besar amat merbahaya bagi penghuninya kerana mereka boleh diserang dari tiga penjuru.

Belakang dari sistem perparitan hadapan biasanya terdapat sekurang-kurangnya dua lagi sistem perparitan separa siap, beberapa kilometer kebelakang, sedia untuk diduduki sekiranya terpaksa berundur. Pihak Jerman sering kali menyediakan sistem perparitan bertindan-tindan; pada 1916 garis hadapan Somme mereka mempunyai dua sistem perparitan lengkap, pada jarak satu kilometer, dengan sistem separa siap ketiga satu kilometer lagi kebelakang. Gandaan ini menjadikan penembusan mutlak mustahil. Sekiranya seksyen perparitan utama ditawan, parit "lencongan" akan digali bagi menyambungkan sistem perparitan kedua dengan seksyen perparitan pertama yang masih dipegang.

Pihak Jerman menjadikan reka bentuk dan pembinaan kerja-kerja pertahanan sebagai satu sains. Mereka menggunakan konkrit diperkukuh bagi membina kubu diudara dengan baik, tahan peluru meriam dan dalam termasuk kawasan kukuh yang strategik. Mereka lebih rela berbanding saingan mereka bagi melakukan pengunduran strategik kepada kedudukan pertahanan yang dipersiapkan dan lebih baik. Mereka juga lebih terdahulu menggunakan konsep "kedalaman bagi pertahanan" di mana zon hadapan selebar beratus-ratus ela dan mengandungi beberapa siri kedudukan kukuh berbanding parit yang berterusan. Setiap kedudukan kukuh mampu memberikan tembakan sokongan kepada jirannya dan sementara penyerang sering kali memiliki kebebasan puntuk bergerak antara kedudukan kukuh ini mereka akan terdedah kepada tembakan bertindanan yang membunuh. Pihak British akhirnya mengunapakai pendekatan yang serupa tetapi iperlaksanaannya tidak sempurna semasa pihak jerman melancarkan "serangan Musim panas" 1918 dan terbukti tidak berkesan.

Pembinaan perparitan sunting

 
Diagram pembinaan perparitan dari buku panduan tentera pejalan kaki British tahun 1914.

Perparitan tidak pernah digali lurus tetapi digali dalam bentuk empat persegi yang memecah garis kepada ruang disambung oleh parit laluan. Ini bererti bahawa tentera tidak dapat melihat 10 meter atau lebih sepanjang perparitan, dengan itu keseluruhan perparitan tidak dapat ditawan sekiranya pihak musuh dapat menembusinya pada satu bahagian atau sekiranya bom atau peluru meriam gugur dalam perparitan, serpihannya tidak dapat bergerak jauh. Bahagian perparitan yang menghadap musuh dikenali sebagai parapet dan mempunyai tangga menembak. Bahagian belakang perparitan dikenali sebagai parados. Parados melindungi bahagian belakang tentera daripada serpihan dari peluru meriam yang jatuh di belakang perparitan. Sekiranya musuh menawan perparitan parados akan menjadi "parapet" mereka. Bahagian sisi perparitan disokong dengan guni pasir, dinding kayu dan sangkar besi. Bahagian lantai perparitan biasanya ditutupi dengan kayu (papan tunduk - duckboards).

Parit dengan pelbagai tahap kemewahan digali di belakang perparitan sokongan. Parit British biasanya sedalam 8 hingga 16 kaki, sementara parit Jerman biasanya lebih dalam, biasanya minima 12 kaki dan kadang kala 3 tingkat di bawah tanah dengan tangga konkrit untuk sampai ketingkat atas.

 
Tentera berkuda Australia menggunakan rifle berperskope, Gallipoli 1915

Untuk membenarkan tentera melihat keluar dari perparitan tanpa mendedahkan kepalanya, lubang tembak akan dibina pada tembok parapet. Lubang tembak mungkin celah antara beg pasir atau ia mungkin dilengkapkan dengan kepingan besi. Penembak tepat Jerman menggunakan peluru perobek perisai yang membenarkan mereka menembusi lubang tembak. Cara lain bagi melihat melalui tembok parapet adalah periskop parit — dalam bentuk paling ringkas, hanya ranting dengan dua keping cermin bersudut pada bahagian atas dan bawah. Di perparitan Anzac di Gallipoli, di mana tentera Turki menduduki kawasan tinggi, rifle berperiskop dibangunkan bagi membenarkan tentera Australia dan New Zealand untuk menembak tepat musuh tanpa mendedahkan diri mereka atas tembok parapet.

Terdapat tiga cara piwaian bagi menggali perparitan; gali parit, sapping dan mengorek terowong. Entrenching, di mana seseorang berdiri dipermukaan dan menggali ke bawah, merupakan paling berkesan kerana ia membenarkan pihak menggali untuk menggali sepanjang perparitan serentak. Bagaimanapun, penggalian parit mendedahkan penggali di atas permukaan tanah dan dengan itu hanya boleh dilakukan apabila bebas dari pemerhatian seperti di kawasan belakang atau pada waktu malam. Penggali membabitkan memanjangkan parit dengan menggali pada hujungnya. Penggali tidak terdedah tetapi hanya seorang atau dua boleh bekerja menggali parit sesuatu masa. Mengorek terowong sama seperti sapping kecuali "bumbung" tanah ditinggalkan ketika perparitan digali dan dikeluarkan apabila perparitan sedia untuk diduduki. Garis panduan bagi pembinaan parit British menyatakan bahawa ia akan mengambil masa 450 orang 6 jam (pada waktu malam) bagi menyiapkan 250 meter sistem perparitan barisan hadapan. Selepas itu perparitan memerlukan pembaikian berterusan bagi menghalang kemerosotan akibat cuaca atau pembedilan.

 
Kerja tanah "perparitan", Armentières, 1916

Medan tempur Flanders, yang menyaksikan pertempuran paling teruk, memberikan banyak masalah bagi amalan perperangan kubu parit, terutama bagi pihak British, yang sering kali terpaksa menduduki tanah rendah. Di kebanyakan tempat, tahap air hanya satu meter atau sekitarnya dari permukaan, bererti sebarang perparitan yang di gali akan dipenuhi air dengan pantas. Akibatnya, kebanyakan "perparitan" di Flanders sebenarnya di atas tanah dan dibina dari kerja benteng beg pasir (sebenarnya diisi dengan tanah liat). Pada awalnya, both the parapet and parados of the trench were built in this way, but a later technique was to dispense with the parados for much of the trench line, thus exposing the rear of the trench to fire from the reserve line in case the front was breached.

Geografi Perparitan sunting

Dengan keadaan di bawah tanah, statik, terkurung, menyebabkan perperangan kubu parit membangunkan bentuk geografinya tersendiri. Di kawasan hadapan, infrasturktur pengangkutan biasa seperti jalan dan landasan kereta api diganti dengan jaringan perparitan dan laluan tram ringan. Kelebihan penting yang boleh didapati dengan menguasai tanah tinggi bererti bukit kecil dan rabung memberi kelebihan besar. Banyak bukit rendah dan lembah begitu cetek sehinggakan tidak bernama sehinggalah baris hadapan menduduki mereka. Sesetengah bukit dinamakan sempena ketinggiannya, seperti Pertempuran Bukit 60 Perbatasan Barat. Rumah ladang, kincir angin, kuari, tunggul pokok akan menjadi tumpuan pergelutan sepenuh hati kerana ia merupakan ciri paling besar untuk dikenalpasti. Bagaimanapun, ia tidak mengambil masa yang lama bagi artileri menghancurkannya, dengan itu, selepas itu ia hanya tinggal sebagai nama pada peta.

Fail:German stormtroops Sedan May 1917.jpg
Stormtrooper Jerman disokong dengan penyembur api berhampiran Sedan, Perancis, May 1917

Ciri-ciri medan pertempuran boleh diberikan nama gambaran ("Hutan Polygon" berhampiran Ypres atau "[[Pertempuran Lone Pine"), nama seseka hati ("Lembah Sausage" dan "Lembah Mash" di Somme), satu unit bernama ("Inniskilling Inch" di Helles dinamakan sempena Royal Inniskilling Fusiliers) atau nama seorang tentera ("Lembah Monash" di Anzac di namakan sempena Jeneral John Monash). Ciri awalan dengan "Orang Mati - Dead Man's" juga popular keranay yang jelas, seperti "Jalan Orang Mati - Dead Man's Road" menarah ke Pozières atau "Rabung Orang mati - Dead Man's Ridge" di Anzac. Terdapat banyak jaringan perparitan yang dinamakan "Papan Catur - The Chessboard" atau "The Gridiron" kerana pola yang mereka gambarkan. Bagi tentera Australia dalam Pertempuran Ladang Mouquet, kemaraan amat pendek dan muka bumi tidak bertanda sehinggakan mereka terpaksa menamakan matlamat mereka sebagai "titik" pada peta, seperti "Titik 81" dan "Titik 55".

Perparitan musuh, yang akan menjadi sasaran dalam serangan, perlu turut dinamakan. Banyak yang dinamakan bagi kejadian yang dipantau seperti "Parit Pegawai jerman" di Anzac (di mana beberapa pegawai Jerman dilihat) atau "Parit Bekalan" di Somme (di mana kumpulan Jerman membawa bekalan dilihat). Pihak British turut memberikan perisa beralkohol kepada parit Jerman di perbatasan Ginchy; "Parit Bir", "Parit Pahit - Bitter", "Parit Hop", "Lorong Ale" dan "Parit Pilsen". Objektif yang lain dinamakan menurut peranan mereka dalam sistem parit seperti "parit Suis" dan "Parit Perantaraan" di Somme.

Sesetengah seksyen bagi sistem parit berbunyi seperti papan permainan Monopoli, dengan nama seperti "Park Lane" dan "Bond Street". Division biasa British sering menamakan parit mereka menurut unit, yang menghasilkan nama seperti "Parit Munster ("Royal Munster Fusiliers"), "Black Watch Alley" (Black Watch Regiment) dan "Border Barricade" (Border Regiment). Anzac cenderung menamakan berciri sempena tentera ("Plugge's Plateau", "Walker's Ridge", "Quinn's Post", "Johnston's Jolly", "Russell's Top", "Brind's Road" and so forth).

Kehidupan di perparitan sunting

Tempoh individual tentera di baris hadapan biasanya singkat; sependek satu hari sehingga dua minggu sebelum digantikan. Batalion Australia ke-31 pernah menghabiskan masa selama 53 hari di garis di Villers Bretonneux tetapi tempoh sepanjang itu adalah pengecualian yang jarang. Setahun tentera British yang nbiasa boleh dibahagikan seperti berikut:

 
Perparitan Perancis di Côte 304, Verdun, 1916
  • 15% garis hadapan
  • 10% garis sokongan
  • 30% garis simpanan
  • 20% rehat
  • 25% lain-lain (hospital, mengembara, cuti, latihan, dll.)

Walaupun di medah hadapan, biasanya tentera hanya perlu terbabit dalam pertempuran sejumlah kecil setahun — membuat serangan, mempertahankan dari serangan atau terbabit dalam serbuan. Kekerapan bertempur akan meningkat bagi mereka yang dalam division tempur "elite" — di pihak Berikat; division British biasa, Kor Kanada, Kor XX Perancis dan Anzac.

Sesetengah sektor di garis hadapan hanya terbabit sedikit aktiviti sepanjang pertempuran, menjadikan kehidupan di parit agak mudah. Ketika kor I Anzac pertama tiba di Perancis pada April, 1916, selepas pengunduran dari Gallipoli, mereka dihantar ke sektor agak aman di selatan Armentières untuk "menyesuaikan diri". Sektor lain berada dalam aktiviti ganas sepanjang masa. Di Perbatasan Barat, Ypres hampir sentiasa bergolak, terutama bagi pihak British dalam kedudukan terdedah, berdepan. Bagaimanapun, sektor sunyi masih mengalami korban harian akibat tembakan penembak tepat, artileri dan gas. Dalam tempoh enam bulan pertama bagi tahun 1916, sebelum pelancaran Serangan Somme, pihak British tidak terbabit dalam pertempuran penting di sektor Perbatasan Barat tetapi masih mengalami korban seramai 107,776.

Salah satu sektor yang akan diberikan kepada kor tentera, biasanya memiliki tiga division. Dari ini dua akan menduduki seksyen bersebelahan dengan baris hadapan dan yang ketiga akan berehat di baris belakang. Bagi setiap perbatasan baris brigade, biasanya mengandungi empat batalion (regimen bagi Jerman), dua batalion akan menduduki baris hadapan dengan dua sebagai simpanan. Dan begitu seterusnya bagi kompeni dan platon. Jauh ke bawah struktur pembahagian tugas berterusan, lebih kerap unit unit digilir dari tugas hadapan bagi menyokong atau simpanan.

 
Hutan Chateau, Ypres, 1917

Perperangan parit kini sunting

Perperangan parit amat jarang semenjak akhir Perang Dunia I. Apabila dua tentera berperisai bertembung, kebiasaannya hasilnya adalah pertempuran bergerak seperti yang berlaku dalam Perang Dunia II.

Contoh perperangan parit yang sering disebut selepas Perang Dunia I adalah Perang Iran-Iraq di mana kedua tentera terdiri daripada tentera infantri dengan senjata ringan moden, tetapi kekurangan perisai, kapal terbang atau latihan dalam senjata gabungan. Hasilnya sama seperti Perang Dunia I dengan parit dan kimia digunakan. Satu lagi contoh seri parit (trench stalemate ) adalah EritreanEthiopian Perang 19982002. Baris hadapan di Korea dan baris hadapan antara Pakistan dan India di Kashmir, adalah dua contoh garis pembahagi yang mampu bergolak bila-bila masa. Ia terdiri daripada berbatu-batu parit menghubungkan titik kubu kukuh dan di Korea dikelilingi oleh berjuta-juta periuk api.

Sumber sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting