Perak Selatan merupakan sebahagian dari negeri Perak yang terletak di Malaysia. Dari segi Geografi, Negeri Perak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Perak Utara, Perak Tengah dan Perak Selatan. Dialek di tiap-tiap kawasan ini juga agak berbeza.

Perak Selatan termasuklah Teluk Intan, Tanjung Malim,Sungkai, Trolak,Behrang, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Slim River , Bidor, Sitiawan dan Tapah dan lain-lain di selatan negeri Perak.

Frekuensi Radio di Perak Selatan boleh didengari dari Gunung Kledang, Gunung Ulu Kali, Gunung Brinchang, Changkat Rembian (sebahagian Perak Selatan sahaja) dan Bukit Larut (sebahagian Perak Selatan sahaja).