Perak Tengah

daerah di Perak, Malaysia

Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Perak berkeluasan 1,279.46 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 94,573 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Seri Iskandar.

Perak Tengah
Daerah Perak Tengah
Lokasi Perak Tengah di Perak
Lokasi Perak Tengah di Perak
Perak Tengah is located in Bumi
Perak Tengah
Perak Tengah (Bumi)
Koordinat: 4°15′N 100°55′E / 4.250°N 100.917°E / 4.250; 100.917Koordinat: 4°15′N 100°55′E / 4.250°N 100.917°E / 4.250; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatSeri Iskandar
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Perak Tengah
Pentadbiran
 • Pegawai daerahGhopran Bin Yeop Hamzah[1]
Keluasan
 • Jumlah1,279.46 km2 (494.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah94,573
 • Kepadatan74/km2 (190/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
326xx, 328xx-329xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA
Majlis Daerah Perak Tengah

Latar belakang sunting

Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.[5]

Geografi sunting

Perak Tengah bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di utara, Hilir Perak dan Bagan Datuk di selatan, Kinta dan Batang Padang di timur dan Manjung di barat.

Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 1,279 kilometer persegi yang merangkumi 12 buah mukim.

Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya terdiri daripada kawasan yang bertanah pamah dan rendah. Terdapat beberapa sungai utama yang mengairi daerah ini termasuklah Sungai Perak yang mengalir di bahagian tengah daerah, Sungai Kinta, Sungai Tumbuh dan Sungai Pelus. Bukit Tunggal merupakan puncak tertinggi di daerah ini.[6]

Pecahan pentadbiran sunting

 
Peta Daerah Perak Tengah

Daerah ini terbahagi kepada 12 mukim, satu bandar dan lima pekan.

ada 12 mukim

Bandar dan Pekan

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Perak Tengah ialah seramai 94,573 orang dengan kepadatan penduduk 74 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 97 peratus penduduk. Sebanyak 3.9 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[7]

Peratusan etnik di Perak Tengah (2020)
Kaum %
Bumiputera 97.1
Cina 1.6
India 1.0
Lain-lain 0.3
Peratusan agama di Perak Tengah (2020)
Kaum %
Islam 93.8
Ateis 2.7
Hindu 1.4
Kristian 0.9
Buddha 0.8
Lain-lain 0.4

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah - Pegawai Daerah". pdtseriiskandar.perak.gov.my.
  2. ^ "RTD Perak Tengah 2030" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-22. Dicapai pada 2019-12-06.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-12-06.
  5. ^ "Info Perak Tengah". Majlis Daerah Perak Tengah. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  6. ^ http://epublisiti.townplan.gov.my/turun/rt_peraktengah2030/jilid1.pdf
  7. ^ "Kawasanku - OpenDOSM". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2023.