Perang Saudara Sri Lanka

Perang Saudara Sri Lanka ialah nama yang diberikan kepada perang yang belaku di antara kaum di Sri Lanka. Kaum majoriti ialah Sinhala di selatan dan kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Sejak 23 Julai 1983 berlaku pemberontakan oleh Tamil Tiger atau Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Keturunan Tamil berasal dari benua kecil India di bahagian tenggara atau lebih tepat Tamil Nadu. Sementara Eelam merujuk kepada kawasan timur dan utara yang kini diduduki dan dikuasai oleh kaum Tamil. LTTE berjuang mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Sri Lanka dengan alasan kegiatan ekonomi, politik dan sosial mereka disekat dan dinafikan.

Perang Saudara Sri Lanka
Tarikh23 Julai 1983 – 18 Mei 2009
Lokasi
Status
Perubahan
wilayah
LTTE menduduki kawasan seluas 5 km² di Daerah Mullaitivu.[1]
Pihak yang terlibat
Sri Lanka
Pasukan Menjaga Keamanan India (1987–90)
Fail:Tamil-tigers-flag.svg Harimau Pembebasan Tamil Eelam
Komandan dan pemimpin

Sri Lanka Junius Richard Jayawardene (1983–89)
India Harkirat Singh (1987–90)
Sri Lanka Ranasinghe Premadasa (1989–93) 
Sri Lanka Dingiri Banda Wijetunge (1993–94)
Sri Lanka Chandrika Kumaratunga (1994–2005)

Sri Lanka Mahinda Rajapaksa (2005– 2009)
Fail:Tamil-tigers-flag.svg Velupillai Prabhakaran (1983– kini)
Kekuatan
Sri Lanka Angkatan Tentera Sri Lanka:
95,000 (2001)
118,000 (2002)
158,000 (2003)
151,000 (2004)
111,000 (2005)
150,900 (2006)[2]
India Pasukan Menjaga Keamanan India:
100,000 (puncak)
LTTE:
6,000 (2001)
6,000 (2002)
7,000 (2003)
7,000 (2004)
11,000 (2005)
8,000 (2006)
7,000 (2007)[2][3]
Kerugian dan korban
29,866 askar ATSL terbunuh sehingga 2009;[4]
3,800+ askar ATSL terbunuh selepas 2001;[5][6]
1,500 askar PMKI terbunuh;
1,000 polis Sri Lanka terbunuh[7]
21,051 Harimau terbunuh setakat pertengahan 2008;[8][9]
2,200 (dakwaan LTTE) - 4,073 (dakwaan ATSL) Harimau terbunuh pada 2008[10]
80,000 terbunuh keseluruhan setakat 2008 (termasuk orang awam)
6,432 orang awam terbunuh Januari 2009–April 2009[11][12][13][14][15][16]

Lebih 70,000 terbunuh sejak 1983 dan penduduk semakin berkurang kerana melarikan diri balik ke India, British, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Malaysia dan sebagainya. Kerajaan India terutama Perdana Menteri India Rajiv Ghandhi memihak kepada kerajaan Sri Lanka. Ini adalah kerana faktor politik dan persaingan kuasa untuk menguasai wilayah Tamil Nadu. Pemimpin Tamil Nadu yang terkenal ialah MGR yang dikatakan memihak kepada Tamil Eelam. Tentera India dikerah ke pulau Sri Lanka pada tahun 1987 hingga 1990 dan tindakan ini mengejutkan LTTE yang menyangka kerajaan India menyokong mereka. Rundingan dan gencatan senjata telah cuba diadakan seperti pada Disember 2001 dan 2002. Tentera pemberontak LTTE semakin meningkatkan kelengkapan senjata termasuk kereta kebal, helikopter dan lain-lain. Setelah merasai cukup kuat, LTTE mengisytiharkan negara merdeka di utara Sri Lanka tetapi dunia tidak sanggup mengiktirafnya.

Secara rasmi pada 12 Januari 2008, kerajaan beralih kepada serangan di utara dan menuduh LTTE menceroboh perjanjian lebih 10,000 kali. Tentera Sri Lanka mengenalpasti markas dan senjata yang dimiliki oleh Tamil Tiger, kapal penyeludup senjata, dan kawasan yang dikuasai 99 % oleh Tamil Tiger. Ini termasuklah Kilinochchi, pangkalan tentera utama Mullaitivu dan seluruh Lebuh raya A9. Banyak pos-pos kawalan Tamil Tiger berjaya dikuasai. Pemberontak LTTE berazam meningkatkan perjuangan dengan gerakan bawah tanah, serangan gerila, siri serangan berani mati dan lain-lain.

Pada 22 April 2009, Majlis Keselamatan PBB mahu LTTE membenarkan bantuan PBB masuk ke zon berkecuali bagi memindahkan orang awam yang terperangkap dan terkepung antara serangan tentera kerajaan dengan ancaman belot oleh LTTE.

LTTE akhirnya menyerah kalah pada 17 Mei 2009, seperti yang diumumkan oleh ketua pegawai perhubungan antarabangsa mereka, Selvarasa Pathmanathan.[17] Pada 18 Mei 2009, tentera Sri Lanka mengesahkan ketua LTTE, Velupillai Prabhakaran telah terkorban, maka seluruh negara kembali pulih dalam kuasa kerajaan.

Punca perang saudara sunting

Pada asalnya Sri Lanka dikenali sebagai "Ceylon" dan dijajah oleh Great Britain. Selepas Perang Dunia Kedua tamat dan India mendapat kemerdekaan dari British pada 1945. Penduduk Ceylon turut berjuang mendapatkan kemerdekaan selepas 1948. Perdana Menteri iaitu Bandaranaike mencetuskan kontroversi apabila menjadikan bahasa Singhasa sebagai bahasa rasmi melalui Akta Singhala Sahaja. Permusuhan, pemberontakan lebuh bersifat perkauman antara kaum Singhala dan Tamil. Contohnya pada 1950-an, 1977 dan terbentuknya Pembebasan Hadapan Tamil Bersatu (TULF). TULF menyokong dan menggalakkan perjuangan militan bersenjata. Penduduk Tamil yang menggunakan bahasa Tamil merasakan diri mereka didiskriminasikan, ramai menganggur, miskin dan sebagainya.

Ekoran kemenangan besar UNP pada Julai 1977, maka TULF menjadi pembangkang yang utama. 1/6 pengundi dilaporkan mahu pemisahan dari Sri Lanka. Pada akhir 1977, Junius Richard Jayawardene dari kerajaan UNP bertindak hanya meluluskan hak pendidikan bagi kaum Tamil. Semua janji-janji manis pilihan raya telah diabaikan atau labat dilaksanakan pada hal ekonomi negara maju dan dikagumi waktu itu.

Pertubuhan yang aktif ke arah militan ialah LTTE. Mulanya mereka berkempen melakukan keganasan. Ada juga yang berani mengadakan dialog untuk mencari jalan perdamaian atau jalan tengah. 1975 merupakan tindakan pertama mereka dengan pembunuhan datuk bandar Jaffna di utara Sri Lanka bernama Alfred Duraiappah. Modus operandi mereka diasarkan kepada pembunuhan pemimpin. Pada 1977 ahli parlimen Tamil, M Canagaratnam dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE.

Pada Julai 1983, LTTE melakukan serangan berani mati terhadap pihak tentera yang berpangkalan di utara. Sebenarnya mereka banyak meniru perjuangan dan taktikal PLO di Palestin. Seramai 13 tentera Sri Lanka terbunuh. Ekoran itu balas dendam terjadi di seluruh Sri Lanka. Antara 400 hingga 3,000 Tamil terbunuh dan dikenali sebagai Julai Hitam. Ramai penduduk Sri Lanka melarikan diri. Berlaku juga pembunuhan beramai-ramai di ladang Kent and Dolar Farms pada 1984. Kemudian pembunuhan beramai-ramai Anuradhapura 1985 di mana 146 orang awam terbunuh. 23 orang Tamil dibunuh dalam serangan bot Kumudini. LTTE bergabung dengan organisasi lain yang simpati dengan perjuangan LTTE dan Tamil.

Rundingan damai dengan LTTE diadakan di Thimphu pada 1985. Rundingan damai gagal dan perjuangan bersenjata diteruskan lagi. 1986 lebih banyak siri pembunuhan beramai-ramai di merata tempat.

Antara Mei-Jun 1987, tentera Sri Lanka melancarkan Operasi Vadamarachchi untuk membebaskan Jaffna dari kawalan LTTE. Pihak tentera melakukan perang secara konvensional. Kesannya pemimpin LTTE iaitu Prabhakaran dan pemimpin Sea Tiger iaitu Soosai melarikan diri dari Valvettithurai. Pemimpin operasi tentera ini ialah Lt Col. Vipul Boteju, Lt Col. Sarath Jayawardane, Col. Vijaya Wimalaratne, Brig. Denzil Kobbekaduwa and Maj Gotabaya Rajapaksa.

Pada Julai 1987, serangan berani mati menggunakan trak dilakukan oleh "Captain Miller" dari Black Tiger. Serangan ditujukan terhadap kem tentera dan seramai 40 tentera terbunuh. Selepas itu lebih 170 serangan berani mati dilakukan. Serangan berani mati menjadi 'trade mark' kepada LTTE.

Penglibatan negara India sunting

Pada 1980-an kerajaan India terpaksa memihak kepada kerajaan Sri Lanka bagi menggempur LTTE. India ingin dilihat sebagai pihak yang berkecuali dan tidak mahu berperang dengan negara Sri Lanka. Selain itu , perjuangan LTTE akan memberi semangat kepada penduduk Tamil Nadu untuk turut menuntut kemerdekaan Tamil Nadu. Sejak 1980-an, RAW menyediakan senjatam latihan dan kewangan kepada pejuang LTTE di Sri Lanka, termasuk kepada TELO.

Pada 5 Jun 1987, Tentera Udara India menggugurkan makanan kepada penduduk di Jaffna yang ketika itu sedang diserang oleh tentera Sri Lanka. 25 tan makanan dan ubat-ubat digugurkan menggunakan paracut. Apabila rundingan damai Indi-Sri Lanka ditandatangani pada 29 Julai 1987 antara Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi dan Presiden Sri Lanka, Junius Richard Jayewardene. Sri Lanka setuju beberapa syarat seperti meletakan bahasa Tamil dalam Perlembagaan Sri Lanka, kuasa di wilayah utara, gabungan utara dan timur laut menjadi satu sahaja dan lain-lain syarat. Pejuang LTTE enggan melucutkan senjata para pejuang mereka. Ini menyebabkan PMKI yang sebelum ini berbaik-baik dengan LTTE telah mengambil tindakan keras terhadap LTTE.

Dalam pada itu kumpulan Marxist/ komunis di selatan Sri Lanka semakin meningkatkan perjuangan. Pemimpin Marxist ini ialah Janatha Vimukthi Peramuna. Sentimen anti Tamil semakin meningkat di kalangan pemimpin Singhala. Mereka mendesak kerajaan Sri Lanka mengeluarkan tentera India dari bumi mereka. Tentera Sri Lanka hendaklah mengambil alih tugas tentera India di utara. Akibat tekanan ini, Rajiv Ghandhi mengeluarkan PMKI dari Sri Lanka. Perdana Menteri India yang baru selepas pilihan raya India 1989 iaitu VJ Singh menyeru ke arah perdamaian. Kapal terakhir India meninggalkan Sri Lanka ialah pada 24 Mac 1990. Selama PMKI berada di Sri Lanka, seramai 110 tentera India dan lebih 5000 Sri Lanka terbunuh. Kos melibatkan 20 bilion rupee.

Pembunuhan Rajiv Ghandhi sunting

Sokongan India terhadap LTTE semakin berkurang selepas 1991. Pembunuhan Rajiv Ghandhi dilakukan oleh penyerang berani mati Thenmuli Rajaratnam. Akhbar The Indian Press menyatakan Prabhakaran yang memutuskan supaya Rajiv dibunuh kerana menggagalkan perjuangan Tamil. Jika Rajiv menang dalam pilihan raya 1991 itu, Prabhakaran akan dianggap sebagai 'askar syaitan'. Pada 1998, mahkamah India , hakim V. Navaneetham memutuskan bahawa Prabhakaran bertanggungjawab terhadap pembunuhan Rajiv Ghandhi.

Sokongan Pan-Tamil sunting

Perang Eelam II sunting

Perang Eelam III sunting

Proses damai 2002 sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kementerian Pertahanan (Sri Lanka)
  2. ^ a b International Institute for Strategic Studies, Armed Conflicts Database.
  3. ^ Opposition leader rebutts [sic] Sri Lankan government claims.
  4. ^ "Psychological Management of Combat Stress--A Study Based on Sri Lankan Combatants" (PDF). Dicapai pada 2008-04-20. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  5. ^ "Sri Lanka Assessment 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-28. Dicapai pada 2009-05-13.
  6. ^ 12 soldiers killed, 16 missing in Sri Lanka combat - TheEarthTimes.
  7. ^ "Sri Lanka Assessment 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-11-03. Dicapai pada 2009-05-13.
  8. ^ Eelam War IV: Imminent End Diarkibkan 2017-10-12 di Wayback Machine.
  9. ^ Tamils mark 25-years of Tiger sacrifice Tamilnet .
  10. ^ 4073 LTTE cadres killed in ongoing battle.
  11. ^ "'No pause' in Sri Lanka fighting". BBC News. 2009-04-24. Dicapai pada 2009-04-24.
  12. ^ "UN says nearly 6,500 civilians killed in Sri Lanka". Associated Press. 2009-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-30. Dicapai pada 2009-04-24.
  13. ^ "Sri Lanka war toll near 6,500, UN report says". Guardian. 2009-04-24. Dicapai pada 2009-04-24.
  14. ^ "U.N.: Nearly 6,500 civilians killed in Sri Lanka since January". USA Today. 2009-04-24. Dicapai pada 2009-04-24.
  15. ^ "UN Says Nearly 6,500 Civilians Killed in Sri Lanka". ABC News. 2009-04-24. Dicapai pada 2009-04-24.
  16. ^ "U.N. reports 6,500 civilian deaths since February". Die Welt. 2009-04-24. Dicapai pada 2009-04-24.
  17. ^ From correspondents in Colombo. "Tamil Tigers admit defeat in civil war after 37-year battle". News.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-19. Dicapai pada 2009-05-17.