Perang Warisan Sepanyol

Perang Warisan Sepanyol

Philip V dari Sepanyol dan Duke dari Vendôme memimpin serangan Perancis-Sepanyol di Pertempuran Villaviciosa oleh Jean Alaux (1840).
Tarikh1701 – 1714
Lokasi
Keputusan Perjanjian Utrecht 1713
Perjanjian Rastatt 1714
Philip, pewaris sah kepada Charles II dari Sepanyol diakui sebagai Raja Sepanyol tetapi melepaskan sebarang tuntutan ke atas takhta Perancis.
Sepanyol dan Britain menandatangani Asiento.
Perubahan
wilayah
Sepanyol menyerahkan Netherlands Sepanyol, Keberajaan Naples, Duchy dari Milan dan Sardinia kepada Raja Habsburg, Sicily kepada Duchy dari Savoy dan Gibraltar dan Minorca kepada Britain.

Perancis dijamin akan mengekalkan penaklukan sebelumnya tetapi mengakui kedaulatan Britain ke atas Tanah Rupert dan Newfoundland dan meyerahkan Acadia dan separuh Saint Kitts kepada Great Britain.

Republik Belanda mengekalkan pelbagai kubu di Netherlands Selatan dan mengilhak sebahagian daripada Guelders.
Pihak yang terlibat
Penyokong Charles
 Monarki Habsburg
England England
United Kingdom Great Britain[1]
 Republik Belanda
Savoy Duchy dari Savoy
Prusia Keberajaan Prusia
Portugal Keberajaan Portugal
Penyokong Felipe V
Perancis Keberajaan Perancis
Bavaria Pemilih dari Bavaria
Komandan dan pemimpin

Archduke Charles
Juan Bautista Basset
Rafael Casanova
Monarki Habsburg Eugene dari Savoy
Empayar Suci Rom Margrave dari Baden
Empayar Suci Rom Count Starhemberg
United Kingdom Duke dari Marlborough
United Kingdom Marquis de Ruvigny
United Kingdom George Rooke
Republik Belanda Count Overkirk
Portugal Marquess dari Minas

Savoy Victor Amadeus II

Philip V dari Sepanyol
Duke dari Berwick
Marquis dari Villadarias
Perancis Louis XIV dari Perancis
Perancis Duc de Villars
Perancis Duc de Vendôme
Perancis Duc de Boufflers
Perancis Duc de Villeroi
Perancis Comte de Tessé

Bavaria Maximilian II Emanuel
Kekuatan

232,000 pada 1702[2]

  • Raja Habsburg dan Sepanyol: 90,000-100,000
  • Republik Belanda: 102,000
  • Great Britain: 40,000

Sepanyol: 18,000 pada 1702[3]–Lebih 100,000 pada 1713

Perancis: 255,000[4]

Perang Warisan Sepanyol (1701–1714) berlaku di antara beberapa kuasa Eropah, terutamanya Sepanyol yang setia kepada Archduke Charles, Empayar Suci Rom, Great Britain, Republik Belanda, Portugal dan Duchy dari Savoy menentang Sepanyol yang setia kepada Philip V, Perancis dan Pemilih dari Bavaria berkenaan kemungkinan penyatuan Keberajaan Sepanyol dan Perancis di bawah satu raja Bourbon. Penyatuan sebegini secara drastik akan mengubaha imbangan kuasa di Eropah. Meskipun kebanyakan perang berlaku di Eropah, tetapi Perang Ratu Anne berlaku di Amerika Utara dan disertai dengan kepimpinan ketenteraan oleh para jeneral terkenal seperti Duc de Villars, Jacobite Duke dari Berwick, Duke dari Marlborough dan Putera Eugene dari Savoy. Ia membawa kepada pengiktirafan Philip sebagai Raja Sepanyol sambil menuntut beliau agar while requiring him to melepaskan sebarang tuntutan ke atas takhta Perancis dan menyerahkan kebanyakan pegangan Kemahkotaan Sepanyol kepada Empayar Suci Rom, Republik Belanda, Savoy dan Great Britain, membahagikan Empayar Sepanyol di Eropah.

Latar belakang sunting

Pada tahun 1700, Carlos II, raja Sepanyol terakhir dari Kerabat Habsburg telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang waris, lalu takhta baginda diserahkan kepada Felipe, cucunda kakanda tiri baginda dan Raja Louis XIV dari Perancis. Oleh itu, Felipe menjadi Felipe V dari Sepanyol dan disebabkan baginda juga adalah anak lelaki yang lebih bongsu kepada Dauphin dari Perancis, Felipe berada dalam garis pewarisan ke atas takhta Perancis. Ketakutan akan empayar pelbagai benua Sepanyol diserahkan di bawah pengawalan Louis XIV membangkitkan persekutuan kuasa besar-besaran bagi menentang pewarisan Philip.

Perang bermula dengan perlahan apabila Leopold I, Maharaja Suci Rom berperang bagi melindungi tuntutan Habsburg Austria ke atas pewarisan Sepanyol. Apabila Louis XIV mula meluaskan empayar beliau, negara-negara Eropah lain (diketuai oleh England, Portugal dan Republik Belanda) menyertai pihak Empayar Suci Rom bagi mengawal perluasan Perancis.[5] Negara-negara lain menyertai gabungan menentang Perancis dan Sepanyol dalam cubaan untuk mendapatkan jajahan-jajahan baru atau bagi melindungi penguasaan sedia ada. Sepanyol sendiri berpecah ekoran isu pewarisan dan jatuh ke dalam perang saudara.

Perang berlaku di Sepanyol dan Eropah Tengah-Barat (terutamanya di negara-negara Hilir), dan pertempuran-pertempuran penting di Jerman dan Itali. Putera Eugene dan Duke Marlborough membezakan diri mereka sebagai para komander di negara-negara Hilir. Perang bukan hanya berlaku di Eropah tetapi juga di Hindia Barat dan jajahan di Amerika Utara dan Selatan di mana konflik ini dikenali sebagai penjajah Inggeris sebagai Perang Ratu Anne. Sepanjang peperangan, lebih kurang 400,000 orang telah terbunuh.[6]

Perang ini tamat dengan perjanjian di Utrecht (1713) dan Rastatt (1714). Keputusannya, Philip V kekal menjadi Raja Sepanyol tetapi dilucutkan daripada menjadi pewaris takhta Perancis, dan menghapuskan kemungkinan penyatuan dua kerajaan ini. Austria memiliki kebanyakkan wilayah Sepanyol di Itali dan Netherlands. Penguasaan Perancis ke atas benua Eropah berakhir dan idea sebuah imbangan kuasa menjadi sebahagian daripada perintah antarabangsa.[7] Felipe dengan segera menghidupkan kembali harapan Sepanyol; mengambil kesempatan ke atas ketiadaan kuasa selepas kematian Louis XIV pada tahun 1715. Felipe mengumumkan tuntutan ke atas takhta Perancis sekiranya Louis XV yang masih bayi meninggal dunia dan cuba mengambil semula wilayah Sepanyol di Itali, menyegerakan Perang Persekutuan Berempat pada tahun 1717.

Nota sunting

  1. ^   England (1701–6);   Great Britain (1707–14) The Acts of Union of 1707 united the crowns of England and Scotland, forming the Kingdom of Great Britain. For much of the war, Scottish units were under Dutch pay and operated as part of the army of the Dutch Republic.
  2. ^ Lynn, The Wars of Louis XIV: 1667–1714, p.271. The Allied figure is the strength in 1702: The Empire (90,000), the Dutch Republic (60,000 + 42,000 garrison troops), and England (40,000). It does not include minor German states or navies.
  3. ^ Simon Barton, "A History of Spain", p.136: "But with her own military strength now but a pale shadow of its former self - at the beginning of the war the Spanish could barely muster 13,000 infantry and 5,000 cavalry"
  4. ^ Lynn, The Wars of Louis XIV: 1667–1714, p.271. Though larger on paper, the French Army's actual combat strength was approximately 255,000. To this must be added, initially, Bavarian and Savoyard contingents
  5. ^ In the case of England, the country also wished to safeguard its own Protestant line of succession. Second Hundred Years' War Tombs, That Sweet Enemy, p.24.
  6. ^ Statistics of Wars, Oppressions and Atrocities of the Eighteenth Century, Matthew White
  7. ^ Wolf, The Emergence of the Great Powers: 1685–1715. p.92

Rujukan sunting

  • Chandler, David (2003). Marlborough as Military Commander. Spellmount Publishers. ISBN 186227195X.
  • Crouse, Nellis M (1943). The French Struggle for the West Indies, 1665-1713. New York: Columbia University Press.
  • Frey, Linda (1995). The Treaties of the War of the Spanish Succession. Westport: Greenwood Press. ISBN 0313278849.
  • Hattendorf, John (1987). England in the War of the Spanish Succession. New York: Garland Pub. ISBN 0824078136.
  • Jongste, Jan A.F. de, and Augustuus J. Veenendaal, Jr. Anthonie Heinsius and The Dutch Republic 1688–1720: Politics, War, and Finance. Institute of Netherlands History (2002).
  • Lynn, John (1999). The Wars of Louis XIV, 1667-1714. New York: Longman. ISBN 0582056292.
  • Mckay, Derek (1983). The Rise of the Great Powers, 1648-1815. New York: Longman. ISBN 0582485541.
  • Ostwald, Jamel (2006). Vauban under Siege: Engineering Efficiency and Martial Vigor in the War of the Spanish Succession. Boston: Brill Academic Publishers. ISBN 9789004154896.
  • Symcox, Geoffrey (1973). War, Diplomacy, and Imperialism, 1618-1763. New York: Harper Torchbooks. ISBN 061395005 Check |isbn= value: length (bantuan).
  • Tombs, Robert (2007). That Sweet Enemy. New York: Knopf. ISBN 9781400040247.
  • Veenendaal, A. J., Briefwisselling van Anthonie Heinsius, 1702–1720. 19 volumes. Instituut voor Nederlandse Geschiedenis (1976–2001).
  • Wolf, John B. The Emergence of the Great Powers: 1685–1715. Harper & Row, (1962). ISBN 0061397509

Pautan luar sunting