Pesta Dongzhi

(Dilencongkan dari Perayaan DongZhi)

Perayaan DongZhi atau Perayaan Solstis Musim Sejuk (Bahasa Cina: 冬至pinyin: Dōngzhì; secara harfiahnya "Keterlaluan Musim Sejuk") adalah salah satu perayaan yang paling penting yang diraikan oleh China dan negara Asia Timur lain semasa tempoh suria Dongzhi (solstis musim sejuk), pada atau sekitar 22 Disember apabila cahaya matahari adalah yang paling lemah dan siang hari terpendek. Ia berlaku pada 22 Disember (waktu Asia Timur) pada tahun 2011.

Perayaan Dongzhi
Nama rasmiDongzhi (冬至)
Juga dikenali sebagai
Tang-cheh (冬節)
Tōji (冬至)
Dongji (동지)
Đông Chí
Diraikan oleh/di
China, Jepun, Korea, Vietnam
JenisKebudayaan
KepentinganMenandakan solstis musim sejuk
Upacaramembuat dan memakan tangyuan, memuja nenek moyang
TarikhSolstis musim sejuk
Tarikh 2024date missing (please add)
Pesta Dongzhi
Nama Cina
Bahasa Cina: 冬至
Nama Cina alternatif
Bahasa Cina: 冬節
Nama Jepun
Kanji: 冬至
Hiragana: とうじ
Nama Korea
Hangul: 동지
Hanja: 冬至
Nama Vietnam
Quốc ngữ: Đông chí
Hán tự: 冬至

Asal-usul perayaan ini boleh disusur kembali kepada falsafah yin dan yang keseimbangan dan keharmonian dalam kosmos. Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk. Kepentingan falsafah ini dilambangkan oleh heksagram (复, "Kembali") I Ching.