Perbendaharaan Negeri Johor

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Lambang Kerajaan Negeri Johor

Sejarah dan latar belakang sunting

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Perbendaharaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1873 diketuai oleh seorang Bendahari. Jawatan dalam Perbendaharaan telah ditambah pada tahun 1886 dengan penubuhan Jabatan Audit dan kemudiannya, dalam tahun 1894 perjawatan telah diperluas dengan melantik beberapa Pegawai Kewangan atau Tukang Wang.

Penyata Wang Kerajaan Johor yang pertama telah diterbitkan dalam tahun 1899 yang melaporkan kutipan hasil dan perbelanjaan. Pada tahun 1901, Perbendaharaan telah diberi nama baru, iaitu Perbendaharaan dan Hasil.

Misi sunting

Berusaha menyediakan tenaga kerja yang proaktif, professional serta komited dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan melaksanakan pengurusan yang cekap.

Visi sunting

Menjadikan Perbendaharaan Negeri sebuah agensi kerajaan yang berkualiti dan profesional dalam pengurusan kewangan negeri seiring dengan aspirasi untuk menjadi sebuah kerajaan yang efisien.

Fungsi dan strategi sunting

Bagi memastikan pengurusan kewangan di peringkat pusat dan agensi-agensi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan di samping menyediakan meklumat kewangan yang berkualiti dengan cepat dan teratur maka Perbendaharaan Negeri Johor telah merancang strategi berikut:

  • Merangka dan menyediakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan negeri yang seimbang
  • Mengawasi serta memastikan supaya kutipan hasil negeri mencapai tahap maksimum
  • Mengawal dan menguruskan secara berkesan pelaburan Kerajaan Negeri
  • Mengawal pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Negeri
  • Mengawasi dan mengawal perbelanjaan negeri supaya mengelakkan pembaziran dan penyelewengan
  • Mengendali dan mengurus dengan cekap urusan peruntukan kepada Jabatan-jabatan supaya dapat menigkatkan perkhidmatan asas Kerajaan mengikut masa yang ditetapkan
  • Mengawasi pengurusan stor Jabatan dan agensi serta mengawal pelupusan asset negeri melalui sistem yang berkesan
  • Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan dan agensi Kerajaan mengenai semua pekara berkaitan dengan pengurusan kewangan
  • Mengambil tindakan bagi menyelaras, mengawasi dan mendapatkan maklumbalas serta memastikan tindakan susulan telah dilaksanakan keatas teguran Audit
  • Meningkatkan kemahiran anggota-anggota jabatan termasuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta kepimpinan
  • Mengujud dan membangunkan system maklumat serta memastikan supaya aliran maklumat bergerak secara berkesan untuk membantu pengurusan kewangan pentadbiran negeri

Rujukan sunting