Perbincangan:Baju tradisional Melayu

Latest comment: 15 tahun lalu by Kekacang in topic Baju Melayu

Tidak setuju kerana boleh dikembangkan dan tidak dinyatakan laman mana yang telah ada. Yosri 02:27, 12 Disember 2007 (UTC)Balas

Asingkan jenis-jenis baju melayu. terlalu kompleks . teks tak padat seperti dalam bahasa inggeris.

sikit sangat maklumat terpaksa cari dekat laman web lain.

Baju Melayu sunting

  • Menurut buku Pendidikan Seni Visual SPM terbitan fajar bakti, baju melayu tergolong dalam baju kurung iaitu baju kurung cekak musang untuk perempuan dan baju kurung melayu cekak musang untuk lelaki. Selalunya, baju melayu dirujuk kepada baju lelaki sahaja. bukan untuk baju kurung perempuan sekali.sila semak. Mrzackhangrove 12:52, 29 Jun 2008 (UTC)Balas

Tak pernah pula saya mendengar baju melayu cekak musang untuk perempuan? Nama Baju Melayu itu dipanggil khas untuk lelaki, manakala Baju Kurung pula khas untuk perempuan. Jenis - jenis Baju Kurung:

  1. Baju Kurung Teluk Belanga
  2. Baju Kurung Cekak Musang
  3. Baju Kurung Riau-Pahang
  4. Baju Kurung Kedah
  5. Baju Kurung Moden

Jadi paling tepat anda menulis Baju Melayu Cekak Musang untuk lelaki.--Kekacang 15:54, 29 Jun 2008 (UTC)Balas

  • Kami belajar Pendidikan seni visual dan yang itu yang kami tahu mengenainya.

- Baju kurung cekak musang diperkenalkan pada tahun 1930-an . baju ini mempunyai kolar setinggi 3.5 cm, dua biji butang di kolar dan tiga butang sederet dibawah. Baju ini labuh hingga ke lutut, berpesak dan berkekek. baju ini dipadankan dengan kain sarung ombak mengalun. Sumber ; Buku teks lengkap Pendidikan Seni Visual SPM tingkatan 4 & 5. Terbitan Fajar Bakti Sn. Bhd. Mungkin saudara bukan berasal drpada. semenanjung malaysia kerana tidak pernah melihat baju kurung cekak musang . Lagipun tak kan kementerian pelajaran menyuruh murid pend. seni belajar sesuatu yang salah. saya syorkan saudara beli buku teks lengkap Pendidikan Seni Visual SPM tingkatan 4 & 5. Terbitan Fajar Bakti Sn. Bhd untuk rujukan saudara sendiri

  • pakaian tradisional permpuan
  1. Baju Kurung Teluk Belanga
  2. Baju Belah
  3. Baju Kurung Cekak Musang
  4. Baju Kedah
  5. Baju Kebaya Labuh
  6. Baju Kebaya Pendek
  7. Baju Pahang
  • pakaian tradisional lelaki
  1. Baju Kurung Melayu Teluk Belanga
  2. Baju Kurung Melayu Cekak Musang

- Selalunya, baju melayu dirujuk kepada baju lelaki sahaja. bukan untuk baju perempuan sekali. Harap Maklum Mrzackhangrove 03:41, 30 Jun 2008 (UTC)Balas

Jangan gaduh-gaduh. Baju Melayu ini ada dua kategori, nama khas dan nama umum. Nama umum bagi baju kaum Melayu (lelaki dan perempuan), dan nama khas baju rasmi lelaki Melayu. Mungkin boleh ditukar sebagai baju traditional Melayu bagi nama umum. Yosri 08:23, 30 Jun 2008 (UTC)Balas
Dalam buku Sulalatus Salatin memang ada disebutkan bahawa orang Melayu yang lelaki memakai baju kurung. Itulah nama asal bagi pakaian tradisional orang-orang Melayu tidak kira lelaki atau perempuan. Berikutan peredaran zaman, saya percaya bahawa bagi membezakan pakaian untuk lelaki dan perempuan, maka timbullah panggilan Baju Melayu untuk pakaian lelaki manakala Baju Kurung kekal untuk pakaian perempuan. Ini adalah fakta dan saya percaya fakta ini perlu disertakan.--Tikar aurum 08:36, 30 Jun 2008 (UTC)Balas

Saya setuju dengan Tikar Aurum. Saya rasa saudara Yosri perlu redirect baju melayu kepada baju / pakaian tradisional melayu. Mrzackhangrove 09:14, 30 Jun 2008 (UTC)Balas

Perbincangan yang menarik. Sejarah Melayu, lupa pula saya mengenainya.--Kekacang 17:07, 30 Jun 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Baju tradisional Melayu".