Perdebatan agama mengenai Harry Potter

Perdebatan agama terhadap nocel Harry Potter sebahagian besarnya berpunca daripada penegasan bahawa novel Harry Potter mengandungi subjek-subjek ilmu ghaib atau ilmu syaitan. Penentangan ini datang dari pelbagai aliran dalam agama Ibrahimik, beserta beberapa anggota Protestan, Katolik Rom dan Ortodoks, di samping golongan Syiah dan Sunni yang berhujah menentang siri-siri tersebut.

Di Amerika Syarikat, seruan-seruan supaya buku-buku tersebut diharamkan di sekolah-sekolah kadang-kala membawa kepada cabaran-cabaran perundangan yang diberi publisiti meluas, biasanya berdalilkan bahawa ilmu sihir adalah agama yang diiktiraf kerajaan dan bahawa tindakan membenarkan buku-buku tersebut diletakkan di sekolah-sekolah awam melanggari pemisahan antara gereja dan negara. Penentangan agama juga timbul di negara-negara lain. Gereja-gereja Ortodoks Greece dan Bulgaria berkempen menentang siri-siri itu, dan anggota-anggota hierarki Vatikan telah menyuarakan penentangan mereka. Buku-buku itu diharamkan di sekolah-sekolah swasta di Emiriah Arab Bersatu dan dikecam oleh akhbar milik kerajaan Iran.

Rujukan sunting