Perintang antibiotik

Perintang antibiotik adalah sejenis sub-populasi mikroorganisma perintang dadah, biasanya dari spesies bakteria, biasanya ia mampu hidup selepas terdedah dengan satu ataupun banyak jenis antibiotik; perintang patogen hingga ke antibiotik berganda yang dikenali sebagai perintang pelbagai dadah (Multi Drug Resistance) atau superbugs. Berbanding manusia, mikrob lebih cenderung membangunkan perintang kepada kesan antibiotik.[1]

Gambar menunjukkan ujian rintangan terhadap kesan antibiotik: Bakteria yang tumbuh didalam plat petri berkultur sebelah kiri dilihat lebih sensitif terhadap kesan ancaman antibiotik yang berada dalam disk kertas putih. Manakala bakteria dalam plat petri berkultur sebelah kanan pula menunjukkan ciri-ciri rintang terhadap ancaman antibiotik.

Perintang antibiotik dianggap sebagai suatu bentuk fenomena serius dan kian menunjukkan peningkatan dalam bidang perubatan kontemporari. Ia muncul sebagai masalah kesihatan umum yang paling terkenal pada abad ke-21 khususnya berkaitan organisma patogen (dari sudut organisma yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan manusia sejagat amnya).

Kes di Malaysia sunting

Bermula awal tahun 2013 sehingga pertengahan bulan Ogos 2013, Sarawak, Malaysia telah mencatat sebanyak 38 kes berkaitan bakteria perintang antibiotik atau 'superbug' jenis Carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE). Menurut Pengarah Kesihatan negeri Sarawak, Datuk Dr. Zulkifli Jantan, daripada jumlah itu sebanyak 31 kes disahkan positif CRE iaitu sama ada dijangkiti secara langsung atau menjadi perumah kepada bakteria tersebut.

Kesemua kes tersebut dilaporkan di Hospital Sibu dan setakat pertengahan Ogos sebanyak 10 kematian telah direkodkan, namun hanya dua daripadanya disahkan berpunca daripada jangkitan terus CRE. [2]

Nota kaki sunting

  1. ^ "Antibiotic Resistance Questions & Answers". Get Smart: Know When Antibiotics Work. Centers for Disease Control and Prevention, USA. 30. Dicapai pada 20 March 2013. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)
  2. ^ Zaain Zain. 10 maut akibat bakteria Superbug, Utusan Online. Dicapai pada: 16 Ogos 2013. Laman web:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130816/dn_50/10-maut-akibat-bakteria-superbug

Rujukan sunting

Buku
  • Caldwell, Roy; Lindberg, David, penyunting (2011). "Understanding Evolution". University of California Museum of Paleontology. Dicapai pada Aug 14, 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nelson, Richard William (2009). Darwin, Then and Now: The Most Amazing Story in the History of Science (Self Published) |format= requires |url= (bantuan). iUniverse. m/s. 294.CS1 maint: ref=harv (link)
Jurnal

Akhbar;

Pautan luar sunting