Perjanjian Jepun–Korea 1910

Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea
Nama Jepun
Kanji 日韓併合条約
Hiragana にっかんへいごうじょうやく
Rōmaji Nikkan Heigō Jōyaku
Nama Korea
Hangul 한일합방늑약
Hanja 韓日合邦勒約
Perumian Semakan Hanil Hapbang Neung-yak
Nama Korea lain
Hangul 경술국치
Hanja 庚戌國恥
Perumian Semakan Gyeongsul Gukchi
Maksud harfiah "Kemaluan negara pada tahun anjing"

Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, juga digelar sebagai Keaiban Kebangsaan pada Tahun Anjing, ditandatangani pada 22 Ogos 1910 oleh para wakil kerajaan Empayar Korea dan Empayar Jepun, seterusnya memulakan permulaan tempoh apabila Korea adalah sebahagian daripada Jepun. Perjanjian ini terdiri daripada lapan perkara, yang pertamanya bertulis: "Duli Yang Maha Mulia selaku Maharaja Korea melaksanakan penyerahan segala hak dan kedaulatan ke atas seluruh Korea kepada Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun secara menyeluruh dan selamanya."

Surat wakil kuasa am kepada Lee Wan-Yong ditandatangani dan dicop oleh Sunjong (李坧), Maharaja Korea terakhir pada 22 Ogos 1910 (隆熙4年).

Kesahihan perjanjian ini amat diragui dan ditolak oleh Korea sejak itu, dan kemudiannya oleh kuasa-kuasa Berikat yang menduduki Jepun pada penghujung Perang Dunia II. Maharaja Korea, Yung-hui, enggan mematuhi syarat menandatangani perjanjian itu, maka perjanjian tersebut, sungguhpun adanya cop mohor kebangsaan Empayar Korea, namun tidak menampakkan tandatangan baginda seperti yang diwajibkan undang-undang Korea. Sebaliknya, perjanjian ini ditandatangani Perdana Menteri Korea Lee Wan-Yong dan Residen Jeneral Count Terauchi Masatake Jepun. Dalam wasiat terakhir baginda pada tahun 1926, Maharaja Yung-hui berikrar bahawa perjanjian itu ditandatangani di bawah paksaan oleh menteri-menteri yang diugut dan dirasuah oleh pihak Jepun. Adalah dipercayai bahawa mohor diraja mula-mulanya disorok oleh Maharani Sunjeong tetapi kemudiannya dirampas orang lain. Pihak yang menandatangani dan bersetuju kepada perjanjian tersebut merupakan menteri-menteri Korea yang bersetuju dengan kerajaan Jepun secara senyap-senyap sebelum penandatanganan rasmi perjanjian tersebut. [1]

Perjanjian Hubungan Asas 1965 antara Korea Selatan dan Japan mengisytiharkan bahawa:

adalah disahkan bahawa segala perjanjian atau persetujuan yang diikat antara Empayar Jepun dan Empayar Korea pada atau sebelum 22 Ogos 1910 sudah dibatalkan dan tidak sah.

Jepun mentafsirkan fasal tersebut dengan erti bahawa perjanjian tahun 1910 itu mula-mulanya sah, manakala kedua-dua Korea Selatan dan Utara mentafsirkan fasal tersebut dengan erti bahawa perjanjian itu tidak sah dari mula lagi. namun begitu, rangkap terakhir Perjanjian itu menentukan bahawa, sekiranya berlaku pertikaian mengenai tafsiran antara teks-teks bahasa Jepun dan Korea, tafsiran teks bahasa Inggeris yang sama kesahannya seperti kedua-dua teks bahasa lain akan mengatasinya. Maka, pendirian kerajaan Korea akan didukung apabila menghadapi pertikaian tafsiran bagi artikel ini.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ ""Annexation of Korea"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2007-08-22.
  2. ^ Kawasaki, Yutaka (July 1996). "Was the 1910 Annexation Treaty Between Korea and Japan Concluded Legally?". Murdoch University Journal of Law. 3 (2). Dicapai pada 2007-06-08.

Pautan luar sunting