Perjanjian Pertahanan Lima Negara

Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Bahasa Inggeris: Five Power Defence Arrangements (FPDA) adalah hubungan pertahanan melalui persetujuan berbilang hala antara United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura ditandatangani tahun 1971, yang dengannya kelima negara akan saling membantu jika terdapat serangan luar terhadap Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur atau Singapura. FPDA dilakukan kerana jaminan pertahanan Britain ke atas Malaysia dan Singapura ekoran keputusan Britain pada tahun 1967 untuk menarik tenteranya dari timur Suez.

Negara yang terlibat dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara

Sebarang ancaman ke atas Malaysia seperti ancaman serang ke wilayah Negeri Sabah oleh pihak militan Filipina akan menyebabkan FPDA berkuatkuasa secara serta-merta.

Lihat juga sunting