Perkhidmatan direktori

Perkidmatan direktori ialah sistem perisian yang menyimpan, mengatur dan menyediakan capaian kepada maklumat dalam sesuatu direktori. Dalam kejuruteraan perisian, direktori ialah pemeta nama kepada nilai. Ia membolehkan nilai-nilai dicari menggunakan nama yang diberi, sama seperti kamus. Seperti perkataan di dalam kamus yang mungkin maknanya pelbagai, dalam direktori, sesuatu nama mungkin disekutukan dengan maklumat yang berbeza-beza. Sama juga, sesuatu perkataan mungkin ada bahagian pertuturan serta takrifan yang berlainan, sesuatu nama dalam direktori mungkin mempunyai jenis data berbeza-beza.