Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(Dilencongkan dari Perlembagaan UMNO)

Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu merupakan dokumen yang digunapakai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Berkuat kuasaPindaan 2019: 6 Disember 2019; 4 tahun yang lalu (2019-12-06)
LokasiMenara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Subjekperlembagaan pertubuhan
TujuanPembentukkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Catatan
Pindaan terkini pada 6 Disember 2019
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pindaan sunting

Perlembagaan UMNO boleh dipinda mengikut keadaan semasa dan kehendak parti seperti mana yang sudah termaktub dalam Fasal 30 Perlembagaan UMNO yang menyebut:

  • 30.1 : Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda perlembagaan itu diluluskan.
  • 30.2 : Cadangan-cadangan pindaan kepada perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Kerja Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan. Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3.

Antara contoh pindaan perlembagaan yang pernah dibuat:

  • Pada Disember 2019, beberapa perkara dalam Perlembagaan UMNO telah dipinda.[1]

Perkara sunting

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 32 Fasal.

  • Fasal 1: Nama
  • Fasal 2: Cogan Kata
  • Fasal 3: Asas dan Tujuan
  • Fasal 4: Jenis Ahli
  • Fasal 5: Pendaftaran Keahlian
  • Fasal 6: Tanggungjawab dan Hak Ahli
  • Fasal 7: Susunan dan Pentadbiran UMNO
  • Fasal 8: Perhimpunan Agung
  • Fasal 9: Majlis Tertinggi
  • Fasal 10: Tanggungjawab Majlis Tertinggi
  • Fasal 11: Pejabat Setiausaha Agung
  • Fasal 12: Badan Perhubungan
  • Fasal 13: Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan
  • Fasal 14: Bahagian
  • Fasal 15: Jawatankuasa Bahagian
  • Fasal 16: Pejabat Setiausaha Bahagian
  • Fasal 17: Cawangan
  • Fasal 18: Jawatankuasa Cawangan
  • Fasal 19: Pejabat Setiausaha Cawangan
  • Fasal 20: Disiplin
  • Fasal 21: Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri
  • Fasal 22: Lencana dan Lambang UMNO
  • Fasal 23: Bendera UMNO
  • Fasal 24: Punca Pendapatan
  • Fasal 25: Yuran UMNO
  • Fasal 26: Cara Menyimpan dan Menggunakan Wang UMNO
  • Fasal 27: Harta Alih dan Tak Alih
  • Fasal 28: Pemeriksaan Kira-kira
  • Fasal 29: Peraturan Persidangan
  • Fasal 30: Meminda Perlembagaan
  • Fasal 31: Kuasa Sementara Mengelolakan UMNO
  • Fasal 32: Tafsiran

Pautan luar sunting

  1. ^ "Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus Sebulat Suara". UMNO Online. 6 Disember 2019. Dicapai pada 16 Disember 2021.