Persatuan Bola Sepak Perlis merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perlis dalam kancah Liga Malaysia. Gelaran bagi Perlis ialah Singa Utara. Gelaran Singa Utara ini yang amat sinonim dengan Perlis ini kerana memiliki kekuatan yang ada dalam setiap anggota pasukan yang juga merupakan pencabar utama bagi pasukan lain dalam liga Malaysia ini.

Perlis Indera Kayangan
Nama penuhKelab Bola Sepak Perlis (PFA)
Gelaran Singa Utara (Northern Lions)
Diasaskan1963; 61 tahun yang lalu (1963)
StadiumStadium Tuanku Syed Putra,
Kangar, Perlis
(Kapasiti: 20,000)
PresidenKosong
PengurusKosong
JurulatihKosong
LigaLiga M3 Malaysia
2020-
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Pasukan Perlis telah mencatat sejarah apabila buat pertama kali dalam tempoh 83 tahun menjulang Piala Malaysia 2004 selepas menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Jaringan pasukan Perlis disumbangkan oleh pemain pertahan iaitu Adrien Jurad Chamrong. Jaringan yang dihasilkan berpunca daripada kesilapan penjaga gol Kedah, Megat Amir Faisal yang gagal membuat tangkapan kemas bola yang dilontarkan oleh Adrien Jurad Chamrong ke dalam kotak penalti pasukan Kedah itu. Jaringan 1 berbalas 0 ini berterusan ke minit-90 dan pasukan Perlis dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2004. Kemenangan ini amat bermakna untuk pasukan dan penyokong Singa Utara.

Tidak cukup dengan kejayaan Piala Malaysia 2004, Perlis sekali lagi mara ke final Piala Malaysia 2005 dan 2006. Pada tahun 2005, Perlis telah tewas kepada pasukan Selangor dengan jaringan 0 berbalas 3. Namun, pada tahun 2006, Perlis telah menjadi Juara Piala Malaysia buat kali ke-2 menumpaskan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.

Pelbagai lagi kejayaan yang dicatatkan Pasukan Perlis Singa Utara ini. Selepas kejayaan demi kejayaan diraih oleh pasukan Perlis, pasukan Perlis selepas itu kian kemarau kemenangan dan kejuaran. Hal ini telah berlarutan sehingga tahun 2011 di mana pasukan Perlis berada di kedudukan yang terakhir dalam saingan liga super ketika itu.

Dengan kedudukan itu, pasukan Perlis telah jatuh ke dalam liga Perdana pada tahun 2012. Prestasi pasukan perlis terus terumbang-ambing sehingga tahun 2014. Pada tahun 2014, Perlis berada di tangga ke-11 dalam liga perdana ketika itu. Hal ini menyebabkan Perlis telah jatuh ke dalam Liga FAM Malaysia.

Kini, pada tahun 2015 Perlis yang berada dalam kumpulan A Liga FAM menjadi juara kumpulan dihadapan pencabar terdekat iaitu pasukan Real Mulia. Perlis dan Melaka United dari juara kumpulan B telah berentap pada final Liga FAM di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pasukan Perlis dalam perlawanan tersebut telah tewas dengan jaringan 2 berbalas 3.

Walau bagaimanapun,pasukan Perlis FA tetap layak mengiringi pasukan Melaka ke liga perdana 2016.

Pada 20 Februari 2019 pihak MFL menyingkirkan Perlis FA dari bersaing dalam Liga Malaysia kerana masalah kewangan yang serius termasuk tunggakan gaji pemain Selama 2 BULAN.

Rekod sunting

Domestik sunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Liga Super 2005 2009
Divisyen 2/Liga Semi-Pro 2/Liga Premier 1989
Divisyen 3/Liga FAM 2015
Piala Malaysia 2004, 2006 2005
Piala FA Malaysia 2003, 2006, 2007
Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2007, 2008 2005

Belia sunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden 1986
Piala Belia 2012

Asia sunting

Kejohanan Keputusan
Piala AFC 2005 (Peringkat Kumpulan), 2006 (Peringkat Kumpulan)

Skuad (Musim 2018) sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Firman Zambri
2 DF   Shaik Awish Aikirani
3 DF   Hazim Hasrizal
4 MF   Firdaus Zulkaffli
5 MF   Zahrul Nizwan
6 MF   Wan Zul Hilmi Mustaffa
7 MF   Ikmal Ibrahim
8 MF   Akmal Noor
9 FW   Aidil Adha
10 MF   Razif Hafizi
11 FW   Syazwan Nordin
12 DF   Hamizan Aiman
13 DF   Azmin Fitri
14 DF   Ezzrul Ikmanizar (kapten)
15 MF   Asrin Kalam
No. Pos. Negara Pemain
16 FW   Norhamizaref Hamid
17 MF   Syahrizan Shukor
18 DF   Safwan Hazman
19 MF   Nashrul Shazrin
20 DF   Shahrizal Shaharin
21 FW   Asyraaf Amil
22 GK   Fahmy Izzarin
23 FW   Azrizan Ahmad
24 DF   Hafizi Podzi
25 GK   Hafiz Abu Bakar
26 DF   Alif Rohizat
27 DF   Fakri Mohd Zain
28 DF   Alif Najmi
29 MF   Hamzah Ahmad
30 FW   Qushairi Mustafa

Bekas Pemain sunting

Tempatan sunting

1980an sunting

1990an sunting

Bekas Pemain Import sunting

Bekas Jurulatih sunting