Perpecahan Timur-Barat

Perpecahan Timur-Barat atau Perpecahan Besar Kristian menyebabkan dunia Kristian Mediterranean pada Zaman Pertengahan berpecah kepada Timur (Greek) dan Barat (Latin), yang kemudiannya masing-masing dikenali sebagai Gereja Ortodoks Timur dan Gereja Roman Katolik. Hubungan kedua-dua Timur dan Barat sudah renggang begitu lama disebabkan oleh perbezaan politik dan perbalahan teologi.[1]

Majlis Ekumenikal Kedua, antara perbalahan agama yang dikaitkan dengan Perpecahan Timur-Barat. (Illustrasi, tahun 879-882 AD, daripada manuskrip, Homilies of Gregory Nazianzus, Bibliothèque nationale de France)

Perpecahan agama ini memecahkan struktur penguasaan Gereja dan kuasa Paus. Perpecahan ini dianggap berlainan dengan aliran penyelewengan atau sesat dalam agama Kristian yang lebih merujuk kepada pengamalan doktrin yang dianggap salah oleh pihak Gereja.

Asal mula sunting

Sebelum berlaku Perpecahan Besar, kedua-dua penganut Kristian di Timur dan Barat Mediterranean mempunyai sejarah perbezaan dan perbalahan sejak abad kedua. Antara perbalahan besar adalah kontroversi Quatrodesiman pada masa Victor dari Rom (sekitar tahun 180) dan kontroversi Pembaptisan semula pada masa Stephen dari Rom dan Cyprian dari Carthage (tahun 250an).

Kepaderian sunting

Masalah pokok yang menyebabkan Perpecahan Besar adalah soalan tentang kepaderian (bahasa Inggeris: ecclesiology). Terdapat ramai uskup dalam gereja, dan di Timur, Paus dianggap sebagai "yang pertama di antara mereka yang setaraf". Akan tetapi Rome mendakwa Paus sebagai satu-satunya pengganti Peter ("the only remaining Apostolic see"), orang nombor satu di antara hawariyun. Pada mulanya Gereja Ortodoks tidak kisah mengenai Paus yang mahu berkuasa ke atas Barat selagi kuasanya hanya terbatas di Barat. Tetapi Paus juga berhasrat menguasai Gereja di Timur dan cuba menggunakan kuasanya ke atas Patriaki timur. Dalam surat yang ditulis pada tahun 865 oleh Paus Nicholas mendakwa Paus berkuasa ke atas seluruh dunia, iaitu, ke atas setiap gereja. Paus Nicholas pergi lebih jauh dengan kuasanya seperti yang dinyatakan dalam Kanun 111 Majlis Sardica (tahun 343) apabila dia membatalkan satu keputusan dan memerintahkan pembicaraan semula Photius dan Santos Ignatius, dua orang Patriak dari Constantinople. Ini terjadi disebabkan satu petisyen oleh penyokong Ignatius. Walau bagaimanapun tidak semua Paus selepas Nicholas bersikap ekstrem sehingga Paus Leo IX. Pada tahun 1053, Cerularius cuba untuk menjalinkan hubungan baik dengan Paus Leo IX selepas perbalahan, satu dokumen pengucilan dihantar ke Constantinople dan kedua-dua Gereja mengucil antara satu sama lain.

Bahasa sunting

Banyak faktor lain yang menyebabkan Timur dan Barat lebih merenggang. Antaranya bahasa dominan yang digunakan di Barat adalah Latin sementara Timur adalah Greek. Selepas kejatuhan Empayar Barat, bilangan yang boleh berbahasa kedua-dua Latin dan Greek berkurangan dan komunikasi antara Timur dan Barat semakin sukar. Dengan kehilangan kesatuan bahasa, kesatuan budaya juga mula runtuh. Kedua-dua Gereja mula melakukan upacara agama dan mendekati doktrin agama dengan cara yang berlainan.

Rujukan sunting

  1. ^ Cross, F. L., ed. The Oxford Dictionary of the Christian Church. New York: Oxford University Press. 2005, s.v. "Great Schism"