Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

PBNJ atau Persatuan Bola Sepak Negeri Johor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Johor. Persatuan ini menguruskan 2 pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Johor Darul Takzim FC dalam Liga Super Malaysia serta Johor Darul Takzim II dalam Liga Perdana Malaysia.

PBNJ
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Negeri Johor
GelaranJohor FA
Diasaskan22 Disember 1955
PengerusiPengerusi
Tapak sesawangLaman kelab

Sejarah sunting

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau PBNJ merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia. Persatuan yang diterajui oleh Setiausaha Kerajaan Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.


Pengurusan Persatuan sunting

Jawatan Nama
Penaung Diraja   DYTM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Presiden   YB Dato’ Haji Ismail bin Karim
Naib Presiden I   Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman
Naib Presiden II   Tuan Haji Onn bin Jabbar
Setiausaha   Encik Mohd Fahmy bin Yahya
Bendahari   Tuan Hj Salehuddin Bin Hj Hassan

Bekas Presiden sunting

Kelab gabungan sunting

Lihat juga sunting


Kejohanan sunting

Kejohanan yang dianjurkan PBNJ:

  • Piala Tengku Mahkota Johor

Rujukan sunting

Pautan sunting