Persidangan Wannsee

Persidangan Wannsee merupakan satu mesyuarat pegawai kanan rejim Jerman Nazi, diadakan di subbandar Berlin Wannsee pada 20 Januari 1942. Tujuan persidangan ini adalah untuk memaklumkan pemimpin pentadbiran jabatan yang terbabit berkenaan pelbagai dasar yang berkait orang Yahudi, dan yang Reinhard Heydrich telah dilantik sebagai ketua wasi "Penyelesaian Terakhir bagi Permasalahan Yahudi". Dalam mesyuarat itu, Heydrich memmbentangkan suatu rancangan, kemungkinannya telah dipersetujui Adolf Hitler, untuk pengusiran penduduk Yahudi Eropah dan Afrika Utara Perancis (Maghribi, Algeria dan Tunisia) ke kawasan dididuduki Jerman di timur Eropah, dan penggunaan orang Yahudi yang sihat untuk projek pembinaan jalan, di mana mereka barangkali akan mati, manakala saki baki yang bertahan akan dihapuskan selepas projek tersebut siap.

Vila di 56–58 Am Großen Wannsee, di mana Persidangan Wannsee diadakan, kini memorial dan muzium

Bagaimanapun, apabila angkatan Soviet sedikit demi sedikit mengundurkan barisan Jerman, kebanyakan orang Yahudi dihantar ke kem tumpuan atau penghapusan, atau dibunuh sahaja di mana mereka tinggal.