Pertempuran Beachy Head

Pertempuran Beachy Head atau Beveziers berlaku di persisiran selatan East Sussex, England pada 30 Jun 1690 dalam Perang Perikatan Agung ( War of the Grand Alliance ); Beachy Head merupakan promontory berhampiran Eastbourne.

Pertempuran tersebut berlaku antara angkatan Anglo-Belanda dibawah pemerintahan Earl of Torrington dengan enam puluh kapal dan angkatan Perancis di bawah pemerintahan Comte Anne Hilarion de Tourville dengan tujuh puluh lima kapal dalam baris sepuluh kilometer dengan kapal terbesar ditengah.

Walaupun pihak Perancis menang, tetapi mereka gagal mengambil peluang di atas kekalahan pihak musuh untuk memusnahkan kuasa laut Anglo-Belanda. Torrington, sementara itu dibicara dalam mahkamah tentera kerana berundur, tetapi menegaskan bahawa tindakannya menghalang pencerobohan musuh, dan dibebaskan.

Kedua angkatan tersebut kembali bertempur dalam pertempuran La Hougue.