Pertempuran Marathon

Pertempuran Marathon (Bahasa Yunani Kuno: Μάχη τοῦ Μαραθῶνος, Machē tou Marathōnos) berlangsung pada 490 SM di dataran Marathon terletak 26 batu dari Athens di pesisiran timur laut Yunani. Ia berlaku antara negara-negara kota Athens dan Plataea yang dipimpin oleh Miltiades dengan tentera Empayar Parsi yang dipimpin bersama Artaphernes dan Datia. Ia dimenangi oleh Miltiades. Anggaran bilangan tentera yang terbabit adalah 10,000 orang warga Athens dan 1,000 orang warga Platea menentang 15,000 anggota tentera Parsi.

Pertempuran Marathon
Sebahagian daripada Perang Yunani-Parsi

Dataran Marathon hari ini.
TarikhOgos/September (Kalender Attic/Metageitnion), 490 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Yunani mutlak. Pihak Parsi dihalau keluar dari Yunani selama 10 tahun.[1]
Pihak yang terlibat
Athens,
Plataea
Empayar Achaemenid/Empayar Parsi
Komandan dan pemimpin
Miltiades,
Callimachus  
Datis
Artaphernes (anak Artaphernes)
Kekuatan
9,000–10,000 warga Athens,
1,000 warga Plataea
25,000 askar infantri dan 1,000 askar berkuda (anggaran moden)[1]
Kerugian dan korban
192 warga Athens,
11 warga Plataea (Herodotus)
1,000–3,000 mati (anggaran moden)[2]
6,400 terkorban
7 kapal binasa (Herodotus)
4,000–5,000 terkorban (anggaran moden)[2]
Pertempuran Marathon is located in Greece
Pertempuran Marathon
Lokasi pertempuran Marathon

Pertempuran ini berjaya dimenangi pihak Yunani lalu menjadi titik penting dalam Perang Yunani-Parsi yang mengekalkan kebebasan negara bandar mereka serta menahan kemaraan dan penaklukan Parsi selama beberapa abad. Ia menjadi pembangkit semangat pihak Yunani bagi menyedari bahawa mereka berpeluang untuk berjaya untuk kali keduanya.

Butiran tepat permulaan perang ini didasarkan perkiraan falaki lalu diselaraskan dengan pentarikhan takwim Julius yang dipersetujui para sejarawan semasa - Philipp August Böckh terdahulu mencadangkan tarikh 12 September 490 SM yang diterima umum,[3] namun tanggal 12 Ogos 490 SM juga diterima berdasarkan pertimbangan penggunaan takwim Sparta yang sebulan ke hadapan daripada takwim Athens.[3]

Permulaan sunting

Pada permulaan kurun ke-5 SM, Empayar Parsi merangkumi persisiran barat Asia Kecil, ketika itu dikenali sebagai Ionia. Bagaimanapun, pada 499 BCE, bandar perdagangan Yunani Ionia yang kaya memberontak terhadap Raja Darius I dari Parsi, yang telah mengenakan cukai yang tinggi terhadap mereka, menyekat perdagangan mereka dengan Laut Hitam serta enggan membenarkan perubahan terhadap kerajaan lebih demokratik.

Pemimpin pemberontak ini, Aristagoras, mengembara ke Yunani untuk mendapatkan bantuan. Sparta enggan menghulurkan bantuan, tetapi pihak Athens menghantar bantuan sebanyak 20 buah kapal, dan Eretria (bandar di pulau Euboea) menghantar 5 buah kapal. Herodotus menulis bahawa apabila pasukan tentera laut Yunani yang kecil ini berlayar, ia menandakan permulaan malapetaka bagi tanah besar Yunani. Sungguhpun pihak pemberontak berjaya menawan dan membakar Sardis, bandar utama Parsi di Anatolia barat, perpecahan dikalangan pihak Yunani dan pengunduran oleh pihak Samios dan Lesbos mendorong kepada kekalahan armada Yunani dalam pertempuran dipersisiran pulau Lade pada tahun 494. Darius kemudian bertindak untuk menghukum tanah besar Yunani. Sungguhpun bantuan Athens pada pihak Yunani Ionia yang telah menyumbang pada tekadnya itu, Darius telah lama menginginkan penguasaan terhadap Yunani.

Pada tahun 492 Darius menghantar tentera di bawah pimpinan menantunya Mardonius menyeberangi Dardanelles memasuki Thrace, membawa pada penawanan kawasan tersebut. Pihak Parsi berada dalam kedudukan untuk menceroboh Yunani dari utara, tetapi ribut besar memusnahkan sebahagian besar daripada armada Parsi ketika ia melalui semenanjung Gunung Athos, yang memaksa pihak Parsi kembali pulang.

Pada tahun 491 Darius menuntut ufti tanah dan airdari tanah besar Yunani sebagai simbol penyerahan. Negara-negara kota Yunani pastinya dilanda gelisah dengan khabar bahawa pihak Parsi kembali bersedia untuk menyerang. Parsi ketika itu adalah empayar terbesar dari segi keluasan yang diketahui sehingga itu, dan tenteranya kelihatan tidak dapat dikalahkan. Puak penyokong-Parsi wujud hampir di kesemua negara-bandar, termasuk Athens. Malah peramal di Delphi merupakan penyokong Parsi. Bagaimana pihak Yunani, yang berpecah dan secara perbandingan lemah mampu menang? Walau bagaimanapun Yunani, terutamanya Athen dan Sparta enggan menyerah.

Persediaan sunting

 
Kemaraan tentera Yunani di Marathon - Les Héros de Marathon karya Georges Rochegrosse, 1859.

Pada tahun 490 Darius melancarkan penjajahan keduanya, kali ini dipimpin oleh anak saudaranya, Artaphernes dan bangsawan Medean, Datia. Armada penjajah yang terdiri dari lebih 200 triremes dan 400 kapal pengangkut, membawa kemungkinannya 25,000 tentera pejalan kaki dan 1,000 tentera berkuda, berkumpul di Tarsus, persisiran Cilician dan kemudiannya bergerak ke barat ke arah Ionia dan melalui Cyclades. Pihak Parsi kemudiannya menawan dan menjarah Naxos, yang sebelum itu berjaya menahan serangan 10 tahun dahulu. Armada Parsi kemudiannya bergerak dari pulau ke pulau sepanjang laut Aegea, mengambil kerahan dan kanak-kanak sebagai tahanan. Apabila pihak Parsi mendarat di Euboea mereka memiliki sekitar 80,000 orang, termasuk pendayung dan tentera kerahan.

Euboea enggan menyerah dan pihak Parsi bertindak menjarah kawasan perkampungan sekeliling dan kemudiannya mengepung bandar tersebut. Bandar tersebut bertahan selama seminggu sebelum mereka dikhianati. Sebagai balasan terhadap Sardis, pihak Parsi membakar kesemua kuil bandar tersebut. Armada tersebut kemudiannya belayar ke barat dari Eritrea dan mendarat di tanah besar Yunani di Teluk Marathon, sekitar 26 batu timur laut Athens. Pihak Parsi memilih kawasan ini kerana Hippias, yang telah diguling sebagai ditaktor Athens pada tahun 510 dan lari ke Parsi telah memberitahu pihak Parsi bahawa lapangan di situ membenarkan mereka menggunakan pasukan berkuda mereka, yang jauh lebih baik berbanding pihak Yunani. Hippias ikut bersama pasukan Parsi kerana menyangkakan mereka akan menang dan dia merancang untuk bekerjasama dengan penyokong Parsi di Athens dan akan dilantik sebagai gabenor Parsi bagi keseluruhan Yunani.

Pihak Parsi berharap bahawa dengan mendarat di Marathon mereka mungkin dapat menarik tentera Athen keluar dari tembok perlindungan mereka yang kukuh dan dengan itu dapat memusnahkan tentera Athen. Atau sekurang-kurangnya mengikat tentera Athen yang lebih kecil di situ sementara mereka menghantar sebahagian daripada tentera mereka ke selatan menuju ke Athen melalui kapal. Pihak Athens menghantar rayuan pada Sparta, kemungkinannya dibawa oleh pelari terkenal Pheidippides; yang pernah mendakwa bahawa dia berlari sejauh 140 batu dalam tempoh dua hari. Pemimpin Spartan bersetuju untuk membantu, tetapi mereka sedang meraikan perayaan keagamaan yang melewatkan pergerakan tentera mereka ke utara sehingga bulan penuh berikutnya, pada malam 11-12 Ogos, sedangkan ketika itu hanya 5 Ogos.

Berita mengenai kejatuhan Eretria menimbulkan perdebatan hangat di Athen. Sesetengah ingin bersedia bagi menghadapi pengepungan, tetapi yang lain, termasuk Miltiades, menggesa agar tentera dihantar keluar untuk berjuang. Miltiades disanjung dari Ionia, dan pada tahun 512 dia telah bertempur dengan Darius menentang Scythians di daerah Danube. Apabila orang Scythia mengalahkan pihak Parsi dalam pertempuran dan Darius mengundurkan tenteranya kearah jambatan penting yang dikawal oleh Miltiades dan pihak Yunani yang lain, Miltiades dilapurkan telah mencadangkan agar pihak Yunani memusnahkan jambatan dan menghalang pihak Parsi, dengan itu membenarkan pihak Scythia untuk memusnahkan pihak Parsi.

Militiades dibantah oleh jeneral Ionia yang lain. Darius mendapat tahu mengenai pengkhianatan Miltiades dan bersumpah akan membalas dendam, ketika mana Miltiades lari ke Athens dan menjadi aktif dalam politik di sana.

Dilaporkan bahawa Miltiades memberitahu bahawa dengan membenarkan pengepungan pihak Parsi, ia akan memutuskan Athens dari bantuan Sparta (Tembok Panjang masih belum dibina pada masa itu) dan turut meningkatkan peluang pengkhianatan. Miltiades berjaya meyakinkan pihak Athen. Dia menegaskan bahawa satu-satunya harapan bandar tersebut adaah ketika pihak Parsi mendarat di Marathon dengan pasukan berkuda mereka adalah dengan memusnahkan mereka di pantai pendaratan. Di bandar, para hamba dibebaskan; mereka dan orang bebas dan warga bandar merentasi gunung untuk pergi ke Marathon. Pasukan Athen berjumlah sekitar 10,000 orang hoplites (askar serupa tentera infantri). Negara kota kecil Plataea menghantar bantuan yang tidak disangka-sangka dengan seramai kemungkinannya 1,000 orang hoplites sambil dipimpin Callimachus sebagai archon perang (polemarchos).

Setiap 10 puak di Athens memiliki jeneral mereka sendiri, dan Miltiades hanya salah seorang dari mereka. Pihak Athen menempatkan diri mereka di tanah tinggi barat padang rumput dalam kedudukan bagi menghalang kemaraan Parsi ke arah Athens, dan mereka mula menebang pokok bagi menghalang tentera berkuda Parsi. Tidak hanya pihak Parsi jauh lebih besar berbanding pihak Yunani, tetapi mereka turut memiliki tentera berkuda dan pasukan pemanah, di mana pihak Greek tiada. Untuk beberapa hari berikutnya(7-11 Ogos) kedua tentera sekadar kekal ditempat mereka, selang dua batu jauh.

Kedua pihak menunggu: pihak Athens sedang menunggu bagi bantuan dari Spartan untuk tiba, dan pihak Parsi sedang menunggu bagi pihak penyokong yang berhubung dengan Hippias untuk merampas kuasa di Athens. Pihak Parsi pastinya telah tahu mengenai bantuan pihak Spartan akan tiba tidak lama lagi, dan dengan tiada berita dari penyokong pro-Parsi di Athens telah berjaya, mereka jelas telah memutuskan untuk menghantar sebahagian besar armada mereka ke Teluk Phaleron pada malam 11-12 Ogos bersama sebilangan besar pasukan darat, termasuk tentera berkuda. Mereka meninggalkan pasukan darat kemungkinannya sebesar 15,000 orang.

Sekiranya pihak Parsi berharap untuk menang melalui pengkhianatan, ianya pihak Yunani yang akhirnya berjaya. Tentera Ionia yang melarikan diri memberitahu pihak Yunani mengenai pergerakan tentera Parsi, sebelum subuh 12 Ogos, termasuk maklumat bahawa pasukan berkuda telah berlepas. Miltiades menyedari bahawa satu-satunya peluang yang pihak Athens ada adalah bagi menyerang dengan pantas, mengalahkan pasukan darat Parsi, dan kemudiannya bergerak kembali membantu Athens sebelum pasukan Parsi yang selebihnya berjaya mendarat, kemungkinannya lewat petang.

Miltiades mengatur barisan Yunani sekitar sebatu panjang agar kedua sayapnya berada pada dua anak sungai yang mengalir ke laut. Melepasi ini adalah paya di utara dan selatan. Kedudukan pasukan Greek adalah lebih nipis dan lemah di tengah, yang terdiri daripada tentera terbaik, kemungkinannya hanya tiga hingga empat baris, tetapi Miltiades mengekalkan bahagian sayap, yang memiliki pasukan paling kurang diharap, kekuatan phalanx penuh. Pertahanan Yunani dengan itu memiliki bahagian tengah yang lemah dengan pasukan penyerang yang kuat di kedua belah sayapnya. Pihak Yunani bersenjata lebih baik dengan tombak panjang menentang javelin, dan pedang pendek menentang belati atau scimitar. Mereka juga dilindungi dengan lebih baik dengan perisai badan gangsa, dan lebih bersemangat, berjuang bagi mempertahankan tanah air mereka.

Serangan sunting

Pertempuran meletus pada pagi tersebut. Pihak Yunani mara perlahan-lahan kearah kem Parsi dan pantai sehingga mereka sejauh sekitar 150–200 ela dan dalam jarak panah pemanah Parsi, yang berada di hadapan. Mereka menyerbu bahagian tengah barisan Parsi bagi mengurangkan tempoh mereka diserang oleh pemanah. Pihak Yunani dengan mudah melolosi barisan pemanah Parsi yang bersenjata ringan, yang hanya memiliki masa bagi memanah beberapa panahan sebelum mencari perlindungan di belakang formasi Parsi utama.

Tentera infantri Parsi dengan mudah mengundurkan bahagian tengah Yunani, tetapi displin Yunani kekal dan barisan tersebut menjadi cembung. Bahagian sayap Yunani yang kuat mengundurkan pada bahagian sayap ringan Parsi, memaksa barisan Parsi semakin mampat dalam kepungan berganda. Pihak sejarahwan bertikai mengenai sama ada ia sengaja dirancang atau berlaku secara tidak sengaja. Bahagian sayap dan tengah Parsi kini berkecai apabila tentera melarikan diri ke pantai dan ke kapal pengangkutan mereka, sementara ramai yang dibunuh oleh tentera Greek ketika cuba melarikan diri. Terdapat pembentukan pengawal belakang Parsi yang tersusun bagi melindungi pengunduran mereka, dan kebanyakan pasukan tersebut berjaya melarikan diri. Ia ketika itu sekitar 9:00 pagi. Sejarahwan Yunani, Herodotus mendakwa bahawa pihak Yunani hanya mengalami korban 192 orang terbunuh, sementara 6,400 tentera Parsi terkorban. Pihak Yunani juga membinasakan tujuh kapal Parsi.

Miltiades mengutus mengenai kejayaan Greek ke Athens oleh pelari, dilapurkan sebagai Pheidippedes, pada larian Marathon pertama. Pihak Athens tidak berehat bagi meraikan kejayaan mereka, kerana kini terdapat dua pasukan tentera laut Parsi kini bergerak ke Teluk Phaleron. Meninggalkan sebahagian kecil bagi mengawal tahanan Parsi dan rampasan perang, tentera Athens yang lain bergerak ke Athens. Mereka tiba lewat petang ketika armada Parsi mendekati persisiran pantai untuk mendarat. Menyedari bahawa mereka telah terlewat, pihak Parsi berundur. Pihak Spartan tidak tiba ke Athens sehingga menjelang beberapa hari berikutnya. Mereka memuji kemenangan Athens dan kembali pulang.

Rujukan sunting

  1. ^ a b 100 Battles, Decisive Battles that Shaped the World, Dougherty, Martin, J., Parragon, p.12
  2. ^ a b Krentz, Peter, The Battle of Marathon (Yale Library of Military History), Yale Univ Press, (2010) p. 98
  3. ^ a b D.W. Olson et al., pp. 34–41

Sumber utama sunting

  • Burn, A. R. Persia and the Greeks: The Defence of the West, c. 546–478 BC. Stanford, CA: Stanford University Press, 1984.
  • Creasy, Edward S. The Fifteen Decisive Battles of the World: From Marathon to Waterloo. New York: Heritage, 1969.
  • Green, Peter. The Greco-Persian Wars. Berkeley: University of California Press, 1996.
  • Herodotus. The History of Herodotus. Edited by Manuel Komroff. Translated by George Rawlinson. New York: Tudor Publishing, 1956.