Pertempuran Talas (怛羅斯會戰) pada tahun 751 adalah suatu konflik peperangan yang melibatkan tuntutan terhadap kawasan perbatasan/sempadan antara pemerintah Bani Abbasiyah Arab dengan Dinasti Tang China yang merebut kekuasaan di kawasan Syr Darya. Pada Julai 751, Bani Abbasiyah memulakan serangan besar-besaran terhadap China di sungai Talas; 200,000 tentera Muslim melawan 10,000 tentera Tang dan 20,000 tentera upahan Karluk. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Bani Abbasiyah. Daripada 10,000 Tentara Tang yang dikirimkan ke perbatasan, kurang dari 2000 orang yang kembali dengan selamat.

Pertempuran Talas
TarikhMei-September 751
Lokasi
Keputusan Kemenangan Bani Abbasiyah
Pihak yang terlibat
Bani Abbasiyah Dinasti Tang
Komandan dan pemimpin
Ziyad ibn Salih[2][3] Gao Xianzhi
Li Siye
Duan Xiushi[2]
Kekuatan
Jumlah tepat bagi tentera Arab yang mengambil bahagian tidak dicatat secara rasmi tetapi menurut perkiraan tentera China, jumlah tentera Arab ketika itu sekitar 200,000 orang.</ref> 30,000 (10,000 Pasukan protektorat China + 20,000 Tentera upahan Karluk yang pada tengah pertempuran berganti memihak Arab)</ref>
Kerugian dan korban
Lebih dari 20,000 bala tentera lebih dari 8000 tentera Tang telah meninggal dunia.

Faktor utama kekalahan tentara Tang pada pertempuran ini adalah berkhianatnya tentera bayaran Karluk dan pihak Ferghana yang mundur dari pertempuran serta melepaskan aliansi dengan Dinasti Tang. Kedua bangsa ini memang pada dasarnya tidak suka dengan Dinasti Tang yang menjajah mereka, tetapi kerana kalah kuat mereka terpaksa bergabung dengan tentara Tang. Invasi Arab ke Syr Darya ini dimanfaatkan dengan baik oleh kedua bangsa ini untuk mengusir tentera Tang dari tanah air mereka.

Akibat diserang dari arah depan oleh orang Arab Muslim dan dari sisi samping oleh tentera Karluk, akhirnya tentera Tang tidak dapat lagi menahan posisi mereka dan memutuskan untuk berundur atas arahan dari komando Gao Xianzhi dengan bantuan Li Siye bagi menghindari kerugian yang lebih besar. Walaupun tentera Tang mengalami kekalahan besar tetapi tentera Tang berhasil mengakibatkan kerugian maksimal pada tentera Arab kerana komandan Li Siye yang bermaksud meninggalkan sisa tenteranya dan menyelamatkan diri dicela oleh Duan Xiushi, sebagai seorang perwira, harga diri Li Siye tercabik dan ia merasa amat malu maka Li Siye pun bangkit memimpin sisa pasukan tentera Tang dan melawan tentera Arab yang mengejar dalam penarikan mundur mereka.

Akibat dan pengaruh Pertempuran Talas sunting

Setelah pertempuran Talas, Dinasti Tang mulai kehilangan pengaruhnya di Asia Tengah, keadaan dalam negeri Dinasti Tang yang buruk dan munculnya banyak pemberontakan membuatkan Dinasti Tang menjadi lemah akan pengaruhnya dan mulai kehilangan kekuatan serta kekuasaan. Akibatnya seluruh pengiriman upeti bangsa Asia Tengah kepada Dinasti Tang dialihkan pengirimannya kepada bangsa Arab, Tibet, dan Uighur. Kiblat budaya Asia Tengah yang awalnya berkiblat pada budaya orientalis pun berubah pada budaya Arab. Agama Islam mulai masuk dan menyebar segera setelah pertempuran selesai kepada bangsa-bangsa lain di Asia Tengah khususnya Turki dan memberikan pengaruh yang kuat di budaya Asia Tengah, sehingga kini agama Islam dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tengah. Dengan dukungan Bani Abbasiyah bangsa Karluk mendirikan sebuah negara bebas yang pada akhir abad ke-9 bergabung dengan Kekhanan Kara-Khanid.

Rujukan sunting

  1. ^ Bai, pp. 210–19.
  2. ^ a b Bai, pp. 224–25.
  3. ^ Bartold, pp. 180–96.