Pertempuran Waterloo

Pertempuran Waterloo merupakan pertempuran besar terakhir maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, yang berlaku pada 18 Jun 1815. Pertempuran ini berlangsung di tempat yang sekarang ialah Belgium, lebih kurang 12 km tenggara Brussel (ibu kota Belgium). Napoleon mempunyai 124,000 tentera and lawannya, pasukan bersekutu mempunyai 200,000 orang. Pasukan bersekutu yang terdiri daripada Great Britain, Belanda dan Prusia berjaya menewaskan Napoleon. Kekalahan di Waterloo mengakhiri pemerintahan Napoleon sebagai Maharaja Perancis dan menandakan berakhirnya era kegemilangan Napoleon.

Pertempuran Waterloo
Sebahagian daripada Perang Campuran Ketujuh

Wellington at Waterloo oleh Robert Alexander Hillingford
Tarikh18 Jun 1815
Lokasi
Waterloo, Belgium kini
Keputusan Kemenangan muktamad Campuran
Pihak yang terlibat
Perancis Empayar Perancis Campuran Ketujuh:
Prusia Prusia
United Kingdom United Kingdom
Belanda United Belanda
Wilayah Hanover Hanover
Nassau
Brunswick
Komandan dan pemimpin
Perancis Napoleon Bonaparte,
Perancis Michel Ney
United Kingdom Duke Wellington,
Prusia Gebhard von Blucher
Kekuatan
72,000[1] Sekutu Inggeris: 68,000[1]
Prusia: 50,000[2]
Kerugian dan korban
25,000 terbunuh atau cedera
7,000 ditawan
15,000 hilang[3]
22,000 terbunuh atau cedera[4]

Beberapa negara yang menentang Napoleon membentuk Campuran Ketujuh dan menggerakkan tentera apabila beliau pulang berkuasa dalam tahun 1815. Dua angkatan perang besar di bawah pemerintahan Duke Wellington dan Fil Marsyal Gebhard von Blucher berkumpul berdekatan sempadan timur laut Perancis. Napoleon memilih untuk memulakan serangan dengan harapan dapat memusnahkan kedua-dua angkatan tersebut sebelum mereka dapat bersatu melancarkan serangan terselaras terhadapnya Perancis bersama-sama negara ahli campuran lain. Pertempuran muktamad Kempen Waterloo tiga hari ini (16–19 Jun 1815) berlaku dalam Pertempuran Waterloo. Mengikut Wellington, pertempuran sangat "tipis" ("the nearest-run thing you ever saw in your life"). [5]

Napoleon melengah daripada bertempur sehingga tengah hari 18 Jun demi kerana menunggu tanah menjadi kering. Tentera Wellington, yang berkedudukan melintangi jalan Brussel ke tubiran Mont-Saint-Jean, bertahan menghadapai serangan tubi oleh pihak Perancis sehinggalah waktu petang apabila tentera Prusia tiba beramai-ramai dan menembusi rusuk kanan angkatan Napoleon. Pada saat itu, tentera Anglo-Allied Wellington menyerang balas dan menyebabkan tentera Perancis bertaburan di medan perang. Tentera campuran yang mengejar Napoleon memasuki Perancis dan memulihkan pemerintahan Raja Louis XVIII. Napoleon turun takhta, menyerah diri kepada British dan dibuang negeri ke Saint Helena, di mana beliau meninggal dunia dalam tahun 1821.

Medan pertempuran terletak di Belgium, lebih kurang 8 batu (13 km) di arah selatan tenggara Brussel, dan lebih kurang 1 batu (1.6 km) dari bandar Waterloo. Tapak pertempuran kini didominasi sebuah tugu, Timbunan Singa. Oleh sebab timbunan ini dibina dengan tanah dari medan pertempuran, topografi medan pertempuran di sekeliling timbunan itu tidak dipelihara.

Permulaan sunting

Lihat juga: Kempen Waterloo

 
Situasi strategik di Eropah Barat pada tahun 1815: 250,000 orang Perancis berhadapan dengan angkatan campuran seramai lebih kurang 850,000 orang tentera di empat barisan depan. Tambahan pula, Napoleon terpaksa meninggalkan 20,000 orang di Perancis Barat bagi menangani pemberontakan penyokong raja.

Pada 13 Mac 1815, enam hari sebelum ketibaan Napoleon di Paris, kuasa-kuasa Eropah di Kongres Vienna mengisytiharkannya sebagai penjahat.[6] Empat hari kemudian, Britain, Empayar Rusia, Empayar Austria, dan Kerajaan Prusia mengerah angkatan tentera bagi mengalahkan Napoleon.[7] Napoleon maklum bahawa apabila sahaja percubaannya memujuk satu atau lebih daripada sekutu Campuran Ketujuh daripada menyerang Perancis gagal, peluang tunggal baginya kekal berkuasa adalah dengan menyerang sebelum negara-negara campuran dapat menggerakkan angkatan tentera mereka. Sekiranya beliau dapat memusnahkan angkatan campuran di selatan Brussel sebelum mereka sempat diperkukuhkan, beliau mungkin dapat menolak British balik ke laut dan mengalahkan Prusia. Satu pertimbangan tambahan ialah kehadiran ramai penutur bahasa Perancis yang bersimpati dengannya di Belgium, dan kemenangan Perancis mungkin dapat mencetuskan sebuah revolusi yang akan berbaik dengannya. Juga, kebanyakan anggota tentera British di Belgium merupakan anggota barisan kedua; kebanyakan anggota veteran Perang Semenanjung telah di hantar ke Amerika bagi berperang dalam Perang 1812.[8]

 
Peta kempen Waterloo
 
Strategi Napoleon ialah mengasingkan tentera-tentera pihak Bersekutu dan Prusia, dan memusnahkan tentera-tentera tersebut satu persatu
 
Markas Napoleon di Ladang Caillou ("Kerakal") sewaktu pertempuran

Kedudukan tempur asal Wellington bertujuan menangkis ancaman pengepungan tentera Campuran oleh Napoleon dengan pergerakan tenteranya (Napoleon) melalui Mons ke arah barat daya Brussel.[9] Ini akan memotong talian perhubungan Wellington dengan pangkalannya di Ostend, tetapi akan meletakkan tentera Napoleon hampir dengan tentera Blucher. Napoleon memanipulasi kebimbangan Wellington tentang kehilangan rantai bekalannya dari pelabuhan-pelabuhan Selat dengan perisikan palsu.[10] Beliau membahagikan tenteranya kepada sayap kiri yang diperintah Marsyal Ney, sayap kanan di bawah Marsyal Grouchy, dan pasukan simpanan yang diperintahnya sendiri (walaupun ketiga-tiga angkatan berada berhampiran satu sama lain agar dapat saling membantu). Pasukan Napoleon melintasi sempadan berdekatan pekan Charleroi sebelum fajar 15 Jun dan dengan pantas menewaskan kota kara Campuran, sekali gus menjamin "kedudukan tengah" Napoleon di antara tentera-tentera Wellington dan Blucher.

Hanya pada lewat petang 15 Jun baharu Wellington pasti bahawa serangan Charleroi merupakan serangan utama Perancis. Pada awal pagi 16 Jun, semasa berada di majlis tari-menari Duchess Richmond di Brussel, Wellington menerima utusan daripada Putera William dari Orange. Beliau terperanjat dengan kepantasan kemaraan Napoleon. Beliau mengarahkan tenteranya berkumpul di Quatre Bras, di mana Putera Orange bertahan dengan briged Putera Bernhard dari Saxe-Weimar menentang tentera sayap kiri Ney.[11] Ney diarah memegang persimpangan Quatre Bras, supaya, jika perlu, beliau dapat memusing ke timur dan memperkukuhkan tentera Napoleon.

Napoleon bergerak menentang tentera Prusia dahulu. Pada 16 Jun, dengan sebahagian pasukan simpanan dan sayap kanan tenteranya, Napoleon menyerang dan menewaskan angkatan Prusia Blucher dalam Pertempuran Ligny. Bahagian tengah Prusia mengalah di bawah tekanan serangan besar-besaran Perancis, akan tetapi bahagian rusuk tidak berganjak. Pada masa yang sama Ney mendapati persimpangan jalan Quatre Bras dipertahankan dengan angkatan ringan Putera Orange yang berjaya menangkis serangan awal Ney, tetapi akhirnya terpaksa berundur bila berhadapan dengan pasukan Perancis yang jauh lebih ramai. Pasukan yang dihantar bagi memperkukuhkan pasukan Orange sampai diikuti Wellington sendiri. Wellington mengambil alih pemerintahan pasukan Bersekutu dan berjaya menangkis serangan Ney, sekali gus menguasai persimpangan jalan pada lewat petang, tetapi terlalu lewat bagi menghantar bantuan kepada Blucher yang tewas di Ligny pada hari yang sama. Kekalahan Prusia menyukarkkan pertahanan kedudukan Wellington di Quatre Bras, justeru beliau berundur ke arah utara pada keesokan hari kepada satu lokasi pertahanan yang telah ditinjaunya sendiri pada tahun sebelumnya—permatang rendah Mont-Saint-Jean, di selatan kampung Waterloo dan hutan Sonian.[12]

Pengunduruan Prusia berjalan tanpa gangguan dan tanpa diperhatikan pihak Perancis.[13] Sebahagian besar pasukan-pasukan barisan belakang memegang kedudukan mereka sehingga tengah malam, malah beberapa pasukan tidak meninggalkan lokasi mereka sehinggalah pagi keesokan hari, tanpa campur tangan oleh pihak Perancis.[13] Paling penting, tentera Prusia tidak mengundur ke arah timur mengikut talian perhubungan mereka. Sebaliknya mereka juga berundur ke arah utara—selari dengan arah pergerakan Wellington, masih dalam jarak yang membolehkan mereka saling membantu, dan mereka berhubung sepanjang pengunduran. Pihak Prusia berkumpul pada Kor Keempat Friedrich von Bulow yang tidak terlibata dalam pertempuran di Ligny dan berada dalam kedudukan kuat di selatan Wavre.[13]

Napoleon, bersama pasukan simpanan, bermula lambat pada 17 Jun dan mengiringi Ney di Quatre Bras dalam serangan terhadap Wellington pada jam 13:00 akan tetapi mendapati kedudukan Wellington kosong. Pihak Perancis mengejar Wellington, tetapi hasilnya hanya pertempuran kecil tentera berkuda di Genappe sebaik sahaja hujan lebat turun pada waktu malam. Sebelum meninggalkan Ligny, Napoleon memerintahkan Grouchy, komander sayap kanan, mengekori tentera Prusia yang berundur itu dengan 33,000 anggota. Permulaan lewat, ketidakpastian tentang arah gerak Prusia dan ketakjelasan tentang perintah yang diterimanya bermakna Grouchy terlalu lambat untuk menghalang tentera Prusia daripada sampai ke Wavre, dari mana ia dapat bergerak membantu Wellington kemudian. Pada lewat hari 17 Jun, tentera Wellington tiba di kedudukan mereka di Waterloo, dengan diekori ketumbukan utama tentera Napoleon. Tentera Blucher berkumpul di dalam dan di keliling Wavre, lebih kurang Wavre, lebih kurang 8 batu (13 km) ke timur bandar itu.

Angkatan tentera sunting

 
Duke Wellington, seorang jeneral veteran Perang Semenanjung memerintah tentera terdiri daripada anggota British, Belanda dan Jerman.

Lihat juga: Susunan perang Kempen Waterloo

Tiga angkatan tentera terlibat dalam pertempuran Waterloo: Armée du Nord Napoleon; tentera multinasional Wellington; dan tentera Prusia di bawah pemerintahan Blucher. Tentera Perancis dengan kekuatan seramai 69,000 orang terdiri daripada 48,000 infantri, 14,000 askar pasukan berkuda, dan 7,000 artileri dengan 250 meriam. [14] Napoleon mengguna kerahan untuk mengisi kekuatan tentera Perancis sepanjang pemerintahnnya, tetapi beliau tidak menggunakan tentera kerahan bagi kempen 1815. Kesemua tenteranya veteran sekurang-kurangnya satu kempen yang pulang berkhidmat secara sukarela. Khususnya, pasukan berkuda ramai dan menggerunkan, dan termasuk 14 rejimen heavy cavalry (askar pasukan berkuda berperisai) dan tujuh rejimen lancer (askar pasukan berkuda bersenjatakan tombak) yang serba boleh. Kedua-dua tentera Campuran tidak memiliki tentera berperisai, dan Wellington hanya mempunyai sebilangan kecil lancer.

Wellington mendakwa beliau mengetuai "sebuah angkatan yang dahsyat, amat lemah dan tidak berkelengkapan baik, dan Staf yang tidak berpengalaman".[15] Tenteranya terdiri daripada 67,000 men: 50,000 infantri, 11,000 pasukan berkuda, dan 6,000 artileri bersama-sama 150 meriam. Daripada ini, 25,000 orang British, dengan tambahan 6,000 orang pasukan King's German Legion. Kesemua anggota Tentera Darat British askar tetap tetapi hanya 7,000 daripada mereka veteran Perang Semenanjung.[16] Tambahan kepada ini ialah 17,000 anggota tentera Belanda dan Belgium, 11,000 orang dari Hanover, 6,000 dari Brunswick, dan 3,000 dari Nassau.[17]

 
William, Putera dari Orange menunjukkan keberanian peribadi semasa pertempuran.


Rujukan sunting

  1. ^ a b Hofschröer, m/s. 72–73
  2. ^ Chesney, m/s. 4
  3. ^ Barbero, m/s. 420
  4. ^ Barbero, m/s. 419
    Tentera Wellington: 3,500 maut; 10,200 cedera; 3,300 hilang.
    Tentera Blucher: 1,200 maut; 4,400 cedera; 1,400 hilang.
  5. ^ Wikiquote:Wellington citing Creevey Papers, ch. x, p. 236
  6. ^ Timeline: The Congress of Vienna, the Hundred Days, and Napoleon's Exile on St Helena, Center of Digital Initiatives, Brown University Library
  7. ^ Hamilton-Williams, David p. 59
  8. ^ Chandler 1966, halaman 1016, 1017, 1093
  9. ^ Siborne 1990, halaman 82.
  10. ^ Hofschröer 2005, halaman 136–160
  11. ^ Longford 1971, halaman 508
  12. ^ Longford 1971, halaman 527.
  13. ^ a b c Chesney 1907, halaman 136.
  14. ^ Barbero 2005, halaman 75.
  15. ^ Longford 1971, halaman 485
  16. ^ Longford 1971, halaman 484
  17. ^ Barbero 2005, halaman 75–76.

Koordinat: 50°41′N 4°24′E / 50.683°N 4.400°E / 50.683; 4.400