Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan

Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan (DRDO) (Hindi: रक्षा अनुसंधान एवं विकास संगठन, Rakṣā Anusandhān evaṃ Vikās Sangaṭhan) merupakan salah sebuah kontraktor pertahanan dan pengeluar aeroangkasa yang terbesar di Asia. Ia berpangkalan di New Delhi, India. DRDO telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan penggabungan Technical Development Establishment, Lembaga Pengarah Pembangunan dan Pengeluaran Teknikal dan Pertubuhan Sains Pertahanan.

Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan
Defence Research and Development Organisation
Lambang DRDO
Intisari agensi
Dibentuk1958
Ibu pejabatDRDO Bhavan, New Delhi
Kakitangan30,000 (5,000 saintis)
Belanjawan tahunanAS$ 1.18 bilion (2006)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Dr.V.K.Saraswat, Director General, Penasihat DRDO dan Saintifik kepada Menteri Petahanan
Laman sesawang
www.drdo.org
DRDO Bhawan, New Delhi, ibu pejabat bagi DRDO

DRDO memiliki 51 buah jaringan makmal yang terlibat secara mendalam di dalam pembangunan teknologi-teknologi pertahanan yang merangkumi pelbagai disiplin seperti aeronautik, persenjataan, sains komputer dan elektronik, pembangunan sumber manusia, sains hayat, bahan, peluru berpandu, pembangunan kenderaan tempur dan penyelidikan dan pembangunan laut. Pertubuhan ini mengandungi lebih daripada 5,000 orang saintis dan kira-kira 25,000 orang kakitangan sokongan, teknikal dan saintifik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Video sunting