Di UK, sebuah peti tiang (bahasa Inggeris: pillar box) ialah sebuah kotak pos berdiri secara bebas di mana surat diletak untuk dikumpul oleh Mel Diraja dan dikirimkan ke alamat-alamat tertentu. Reka bentuk yang mirip wujud sebagai artifak dalam sesetengah negara-negara Komanwel. Kotak tiang telah digunakan sejak 1852, iaitu hanya 12 tahun setelah pengenalan setem pos lekat sendiri pertama dan pos penny seragam.

Sebuah jenis kotak tiang di United Kingdom.

Surat boleh diletakkan dalam peti lampu atau peti dinding yang kedua-duanya berfungsi sama namun berbeza dari segi peletakkan peti sama ada di atas tiang atau kepada dinding. Menurut Kumpulan Kajian Kotak Surat, ada lebih daripada 150 reka bentuk dan jenis peti tiang dan peti dinding, di mana tidak semuanya ada contoh terkenal yang masih wujud. Mel Diraja menganggarkan bahawa ada lebih daripada 100,000 kotak pos di United Kingdom.[1]

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Campaign to preserve red post boxes". BBC News. Dicapai pada 23 Mac 2007.

Pautan luar sunting