Petronas dan subsidi minyak

Isu Petronas dan subsidi minyak merupakan isu yang kerap dibahaskan terutama dengan kenaikan harga minyak global. Ini menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di mana peranan Petronas dan kenaikan harga runcit petrol telah dipersoalkan oleh pembangkang.

Harga minyak sunting

Harga petrol pada 1990an adalah berbeza memandangkan harga ketika itu didagangkan antara AS$20 hingga AS$30 setong, tidak seperti kini [1] Misalnya, pada 1 Mac 2008, minyak mentah ditutup pada harga AS$101.84 setong di New York Mercantile Exchange selepas mencecah rekod baru AS$103.05.

Harga petrol runcit di Malaysia ialah RM1.92 seliter. Indonesia mempunyai Pertamina tetapi harga petrol di negara itu RM2.31 seliter. Thailand pula RM2.49, Filipina RM2.69 dan Singapura RM3.86.[2] Subsidi petrol, tepung, minyak masak dan lain-lain berjumlah RM35 bilion. Subsidi ini kira-kira satu perlima daripada perbelanjaan Pelan Rancangan Malaysia ke-5. [3]

Punca kenaikan harga petrol sunting

Ketika ini, harga minyak mentah global terus meningkat kerana asas ekonomi - permintaan melebihi penawaran. Ekonomi negara China dan India yang baru muncul amat memerlukan petroleum untuk menjana tenaga elektrik, pengangkutan dan perhubungan serta gas untuk memasak. Negara ini mempunyai penduduk yang begitu ramai dan semakin ramai yang mampu memiliki kenderaan sendiri. Negara China dan India berebut-rebut melabur di Sudan, Iran, Timur Tengah dan lain-lain agar sumber petroleum mereka terus berkekalan.

Bekalan petroleum tidak dapat ditingkatkan kerana masalah geopolitik seperti ribut taufan di Teluk Carribean dan perang di Iraq dan kemungkinan Iran diserang oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Amerika Syarikat sentiasa cuba meluaskan hegemoni di Asia Barat dan Asia Tengah agar negara-negara ini tidak menghentikan bekalan petroleum ke negaranya. Saluran paip minyak dari utara Iraq ke Turki masih belum cukup berjaya. Begitu juga saluran paip minyak dari Turkministan melalui Afghanistan masih menemui jalan buntu. Selat Hormuz pula terlalu bahaya untuk membawa kapal tangki minyak kerana terdedah kepada periuk api dan serangan hendap oleh pengganas dan lanun di laut.

Banyak negara di dunia mengalami kenaikan harga petrol dan lain-lain yang lebih buruk lagi. Bisanya bajet kerajaan terhad untuk memberi subsidi bagi menurunkan harga petrol. Keuntungan Petronas telah digunakan untuk tujuan pembangunan seperti membina jalan raya, bangunan dan lain-lain. [4]

Subsidi petroleum sunting

Petrol adalah komoditi penting, tanpanya ekonomi tidak boleh berfungsi. Jika harga petrol naik, harga pengangkutan awam akan turut naik, tambang teksi naik, kos makanan dan perkhidmatan meningkat dan semua yang lain akan turun naik. Banyak kesan sampingannya. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan kesan negatif berganda-ganda.

Kadar inflasi akan melambung dan kerajaan Malaysia tidak boleh biarkan ini berlaku. Kadar inflasi yang tinggi bermakna semua simpanan hari tua kita akan habis, ia seperti virus. Namun Malaysia dan banyak negara lain tidak mampu lagi mengekalkan harga rendah. Harga domestik dan kenaikan harga global mestilah diselaraskan. Malaysia harus mematuhi perjanjian persefahaman ekonomi mengikut WTO dan AFTA.

Kenaikan harga petrol di banyak negara akan menyebabkan rakyat mengadakan demonstrasi jalanan seperti di Yanggon, Myanmar. Pembangkang, kerajaan asing dan media asing akan memperalatkan bantahan rakyat ini untuk memburuk-burukkan negara Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin Melayu. Ketuanan Melayu akan tercabar sekali lagi dan tidak dapat dipertahankan.

Memaksa rakyat memahami dan menerima kenaikan harga petrol merupakan satu tindakan yang silap . Sepatutnya hanya rakyat marhaen sahaja yang menerima subsidi petrol ini. Tindakan kerajaan memberi kopun subsidi diesel kepada nelayan baru-baru ini hanyak menguntungkn segelintir tauke-tauke bot nelayan. Nelayan kecil dan awak-awak tidak mempunyai bot nelayan dan pukat sendiri. Mereka bekerja dan bergantung hidup dengan tauke-tauke besar dan ikan-ikan yang ditangkap dijual di Singapura dan lain-lain.

Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia memberi lebih RM3 bilion untuk subsidi pertanian. Subsidi nelayan hampir RM1 bilion, subsidi padi RM1.5 bilion manakala lain-lain subsidi lagi setengah bilion. [5]


AFTA dan WTO dan lain-lain pakar ekonomi dunia melihat subsidi tidak boleh bertahan dalam keadaan globalisasi sekarang. Persaingan yang sihat akan memecahkan monopoli dan amalan oligoplistik. Subsidi hanya akan membantutkan persaingan dan menyebabkan rakyat di sesebuah negara tidak bersedia dan terlalu bergantung harap.

Pemberian subsidi akan menggalakkan penyeludupan barangan seperti subsidi minyak masak. Sempadan Malaysia terlalu luas dan panjang untuk dikawal. Akhirnya rakyat asing yang untung daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Kedudukan Petronas sunting

Petronas merupakan agensi tunggal yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal pengeluaran petroleum di Malaysia Aktiviti huluan dan hiliran yang dilakukan oleh syarikat Shell, Exxon, BP, Esso dan lain-lain di luar pantai Malaysia mestilah dikawal oleh Petronas. Petronas merupakan antara firma terbesar di dunia dalam senarai 500 Fortune Global. Petronas mempunyai 4 anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutama di Iran, Sudan, Thailand dan Indonesia. keuntungan bersih Peronas sebanyak RM26.56 bilion bagi enam bulan yang berakhir pada 30 September 2007, naik 7.7 peratus daripada RM24.66 bilion pada 2006.

Kejayaan Petronas di pentas dunia mengundang implikasi politik dan ekonomi dari banyak negara. Syarikat petroleum dan agensi kerajaan Amerika Syarikat memburuk-burukkan Malaysia kerana mengadakan usahasama membangunkan aktviti eksplorasi di Iran dan Libya. Peranan Petronas di Sudan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama puak Kristian di selatan Sudan dan timur iaitu di Darfur.

Petronas meniru peranan yang dimainkan oleh Pertamina di Indonesia tetapi lebih berjaya berbanding dengan Pertamina. Keuntungan yang diperolehi oleh Pertamina di Sumatera tidak disalurkan sepenuhnya untuk pembangunan Sumatera terutama di Acheh. Sebaliknya Petronas telah membangunkan negeri Sarawak, Sabah dan Terengganu. Universiti Teknologi Petronas dibina di Seri Iskandar, Tronoh, Perak. Bijih timah yang banyak dikeruk dari negeri Perak satu ketika dahulu tidak hanya dinikmati oleh negeri Perak sahaja.

Banyak agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia mengalami masalah kerugian atau turun dan naik seperti MAS, Tenaga Nasional, MISC, Telekom Malaysia, PLUS dan lain-lain tetapi Petronas telah diuruskan dengan baik sehingga dikenali di seluruh persada dunia. Jika tidak diuruskan dengan bijaksana, Petronas akan senasib dengan MAS ketika kemelesetan ekonomi berlaku pada 1987 dan 1997.

Malaysia bukan ahli OPEC iaitu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum(OPEC) utama di dunia. Sebaliknya Indonesia dan Brunei menjadi pengeluar utama petroleum di dunia dan menjadi ahli OPEC.


Keperluan jangka pendek sunting

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan keuntungan Petronas tidak boleh digunakan secara habis-habisan untuk keperluan jangka pendek. Sebaliknya keuntungan Petronas perlu dilabur semula untuk kepentingan jangka panjang, terus berkembangan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Syarikat minyak nasional di China, India dan Russia telah mula mengembangkan operasi mereka ke pasaran lain dan Petronas turut mengembangkan pasaran dan sumber ke seluruh dunia.

Rezab minyak negara terhad, tidak seperti di sesetengah negara seperti Nigeria dan Indonesia yang merupakan negara pengeluar minyak yang besar dan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Malaysia akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang 2011 atau 2012. Ketika itu nanti, Malaysia tidak mampu lagi mengeksport petroleum seperti sekarang. Malaysia akan hanya memproses petroleum dan menjual semula petroleum yang telah diproses.

Jika keuntungan Petronas tidak digunakan secara berhemat, negara tidak akan mempunyai perbelanjaan berulang kerana dana untuk mewujudkan aliran pendapatan itu telah dibelanjakan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak akan menggunakan keuntungan Petronas untuk mengurangkan kenaikan harga barang walaupun kerajaan mempunyai dasar membela rakyat. Kerajaan tidak mahu jatuh muflis kerana terlalu banyak berhutang kepada negara asing. Pembangunan negara akan terbantut kerana terpaksa membayar hutang dan faedah kepada IMF, Bank Dunia dan negara asing seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Negara akan 'bergari' dan tidak lagi mempunyai kebebasan dalam pentadbiran negara kerana negara asing akan memantau keseluruhan pentadbiran untuk memastikan hutang mereka dibayar mengikut pelan pembayaran semula. Ketika itu negara akan mengemis semula dan dijajah dari segi ekonomi dan politik.

Kenaikan harga barang sekarang bukan berpunca daripada kerajaan sahaja tetapi kesan kenaikan harga minyak dunia. Sekarangpun Malaysia memberi subsidi RM40 bilion setahun untuk menstabilkan harga barang keperluan . Subsidi seperti ini tidak berlaku di negara-negara lain. [6]

Tenaga alternatif sunting

Pendekatan Malaysia bagi mengatasi kenaikan harga petroleum tidak berkesan dan ternyata salah. Iran, Vietnam dan Indonesia telah beralih kepada tenaga nuklear bagi mengatasi kenaikan harga petroleum. Mengapa tidak Malaysia?. [7] Amerika Syarikat terus menekan Iran yang cuba membangunkan tenaga nuklear dengan tujuan mengurangkan pergantungan kepada tenaga petroleum. Iran tidak membangunkan tenaga nuklear untuk tujuan perlumbaan senjata nuklear dan hal ini disahkan berkali-kali oleh IAEA. Jika Israel, India, Pakistan, Iran telah bergerak ke arah itu dengan alasan ekonomi, mengapa Malaysia harus tertinggal di belakang.

Malaysia cuba menjadikan biofuel sebagai bahan ganti petroleum tetapi ini tidak akan berjaya kerana bahan mentah -harga minyak kelapa sawit semakin meningkat. Minyak kelapa sawit akan menyebabkan implikasi serius terhadap harga makanan dan pencemaran alam sekitar.

Tenaga solar juga boleh dimanfaatkan kerana kedudukan Malaysia dijalur garisan Khatulistiwa] yang cukup panas - 33oC pada waktu tengah hari. Teknologi tenaga solar telah berkembang pesat dan semakin murah untuk dipasang di setiap rumah di Malaysia oleh syarikat Tenaga Nasional.

Janji PKR dan PAS sunting

Anwar Ibrahim mendakwa Menteri Kewangan sekarang gagal mengawal harga petrol berbanding ketika beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun (1991-1998). Ketika itu harga minyak kekal RM1.10 selama lapan tahun dan tidak berubah demi menjaga kepentingan rakyat bawahan. Janji beliau jika pembangkang menang pilihan raya pada 8 Mac 2008, harga petroleum akan diturunkan serta-merta pada 9 Mac 2008. Keuntungan Petronas akan digunakan untuk menurunkan harga minyak di Malaysia. Kerajaan Berkebajikan menjadi tema parti pembangkang.

PAS mahu menurunkan harga petrol 30 sen seliter. Rancangan PAS ini akan mengakibatkan tanggungan sebanyak RM5.4 bilion, penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara tertunggak (RM17.2 bilion) dan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam (RM19 bilion). [8]Parti Keadilan Rakyat mahu melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan. Jika dilaksanakan, tanggungan kerajaan akan meningkat kepada RM34.8 bilion. Syarikat kecil akan gulung tikar dan syarikat swasta yang terpaksa patuh dengan arahan ini akhirnya mereka akan memindahkan pelaburan ke negara lain.

Rujukan sunting