Pewaris kepada Nabi Muhammad

rencana senarai Wikimedia

Pewaris kepada Nabi Muhammad merujuk kepada pelbagai aspek pewarisan kepada Muhammad selepas kewafatan baginda, termasuk siapa yang boleh dianggap pewaris baginda untuk memimpin orang Islam, bagaimana orang itu dipilih, syarat kesahannya, dan peranan pewaris tersebut. Jawapan berbeza kepada soalan-soalan ini telah membawa kepada munculnya beberapa cabang dalam masyarakat Muslim sejak abad pertama sejarah Islam; yang paling penting adalah Sunni, Syiah dan Khawarij.

Daripada pandangan sejarah, dengan kewafatan Muhammad pada 632 M, percanggahan pendapat terjadi akan siapa yang patut menggantikan baginda sebagai pemimpin masyarakat Muslim. Umar Al-Khattab, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq. Yang lain-lain bersetuju dan Abu Bakar dilantik sebagai khalifah pertama. Pemilihan ini dipertikai sebahagian sahabat lain, yang menganggap Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantu baginda, telah ditandakan sebagai pengganti.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Lihat:
    • Holt (1977a), m/s. 57
    • Lapidus (2002), m/s. 32
    • Madelung (1996), m/s. 43
    • Tabatabaei (1979), m/s. 30–50