Piala Malaysia 1998

Piala Malaysia edisi ke-72 telah dimenangi oleh pasukan Perak setelah mengalahkan Terengganu menerusi tendangan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 sama pada masa tambahan. Saingan bermula pada 8 Ogos 1998 bagi peringkat kelayakan, 26 September 1998 bagi peringkat kumpulan dan perlawanan akhir pada 12 Disember 1998 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Piala Malaysia 1998
Perincian kejohanan
Tarikh26 Sep - 12 Dis
Pasukan10
TempatStadium Bukit Jalil (di Kuala Lumpur bandar)
Kedudukan Akhir
Juara [[{{{altlink}}} Perak|Perak]] (Kejuaraan Ke-6)
Naib Juara [[{{{altlink}}} Terengganu|Terengganu]]
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan45
Jaringan gol131 (2.91 per perlawanan)
Semua statistik tepat pada 8 Februari 2009.

Imbasan sunting

Beberapa kejutan telah berlaku sepanjang musim 1998 bagi Piala Malaysia. Selangor yang menjuarai piala ini secara "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997 telah terkeluar dari saingan akibat tewas pada perlawanan kelayakan setelah tidak berjaya mendapat tempat enam pasukan terbaik dalam Liga Perdana 1 sekali gus terlepas peluang kuota automatik. Perak pada mulanya dianggap pasukan yang senasib dengan Selangor kerana tidak berjaya secara automatik telah bangkit perlahan-lahan. Dari peringkat kelayakan serta permulaan peringkat awal kumpulan yang kurang bertenaga, akhirnya perak melangkah perlawanan akhir dan terus membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara piala Malaysia buat kali ke-6.

Juara dan naib juara Liga Perdana 1, Pulau Pinang dan Pahang, tidak berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten seperti dalam saingan liga perdana. Kedua-dua pasukan terbut gagal melayakkan diri ke separuh akhir. Manakala Terengganu menunjukkan pencapaian yang menakjubkan dimana mereka dari pasukan Liga Perdana 2 yang berjaya ke perlawanan akhir. Meskupun memenangi Piala FA, Johor gagal menempatkan diri dalam sepuluh pasukan ke saingan Piala Malaysia setelah tewas tipis secara agregat pada perlawanan kelayakan. Piala Malaysia edisi kali ini sangat istimewa kerana ia dipertandingkan buat pertama kali di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Setelah Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam menjadi tempat pertarungan sejak sekian lama, Perak dan Terengganu diberi peluang mencipta nama pasukan pertama bakal memenangi Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Pertembungan Perak dengan Terengganu juga seolah-olah pertembungan semula wakil utara dan wakil pantai timur pada tahun 1992 iaitu antara Kedah dan Pahang. Perak sudah menjuarai sebanyak 5 kali sebelum edisi ini dimana kali terakhir pada 1970. Manakala Terengganu yang belum mencapai Piala Malaysia telah berjaya memasuki perlawanan akhir sebanyak dua kali iaitu pada 1973 dan yang terakhir 1982. Oleh itu perlawanan akhir ini melibatkan dua pasukan datang dari tempat berlainan dan mengharungi jalan ranjau yang berbeza namun mempunyai satu matlamat yang sama, Piala Malaysia 1998.

Pasukan bertanding sunting

Sepuluh pasukan bertanding bagi merebut piala berprestij ini dimana sebanyak enam pasukan teratas dari liga perdana 1 dan juara Liga Perdana 2 layak ke Piala Malaysia secara automatik. Manakala bagi tiga pasukan lagi adalah menerusi perlawanan kelayakan. Pasukan-pasukan yang layak adalah:

Secara automatik

Melalui perlawanan kelayakan

Perlawanan kelayakan sunting

Pengenalan sunting

Perlawanan kelayakan Piala Malaysia 1998 melibatkan empat pasukan Liga Perdana 1 dan dua pasukan teratas Liga Perdana 2 iaitu.

Pasukan

  •   Perak
  •   Negeri Sembilan
  •   Kuala Lumpur
  •   Selangor (Naib Juara Piala Sumbangsih 1998)
  •   Johor (Naib Juara Liga Perdana 2 1998 & Juara Piala FA 1998)
  •   Kelantan

Enam pasukan ini akan diundi untuk perlawanan kelayakan timbal-balik yang berlangsung pada 8 Ogos 1998 dan 11 Ogos 1998 bagi perlawanan kedua. Undian telah menetapkan

  • Negeri Sembilan lwn Kelantan
  • Selangor lwn Perak
  • Kuala Lumpur lwn Johor

Maklumat perlawanan sunting

Perlawanan pertama:

Negeri Sembilan  4 – 0  Kelantan
Rosli Omar   54'
Affendi Julaihi   61'
Pedro Oliveira   79',   86'
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Selangor  1 – 0  Perak
Rizal Hassan   72'
Stadium Shah Alam, Shah Alam


Kuala Lumpur  2 – 0  Johor
Stadium Kuala Lumpur, Shah Alam

Perlawanan kedua:

Kelantan  1 – 1  Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohammed Ke IV, Kota Bharu
Negeri Sembilan layak dengan agregat 5-1


Perak  2 – 2 (Sudden-death)  Selangor
Stadium Perak, Ipoh
Perak layak dengan agregat 3-2


Johor  1 – 0  Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri hassan Yunus, Johor Bahru
Kuala Lumpur layak dengan agregat 2-1


Peringkat kumpulan sunting

Undian sunting

Sepuluh pasukan yang telah layak ke saingan Piala Malaysia telah diundi kepada dua kumpulan. Undian telah dijalankan pada 12 September 1998 oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Berikut adalah kedudukan pasukan dalam kumpulan masing-masing.

Kumpulan A Kumpulan B

  Kuala Lumpur
  Kedah
  Negeri Sembilan
  Pulau Pinang
  Terengganu

  Brunei
  Pahang
  Perak
  Sabah
  Sarawak

Perlawanan kumpulan sunting

Kumpulan A sunting

Pasukan P M S K J B PG Mata
  Negeri Sembilan 8 6 1 1 17 8 +9 19
  Terengganu 8 4 1 3 9 6 +3 13
  Pulau Pinang 8 4 1 3 10 10 0 13
  Kuala Lumpur 8 2 1 5 5 10 -5 7
  Kedah 8 1 2 5 5 12 -7 5

Pusingan Pertama

  Pulau Pinang4 – 1  Negeri Sembilan
Merzagua Abderrazzak   23',   24'
Balla Modou Conde   76'
G. Shanmugam   77'
Affendi Julaihi   59'
Stadium Bandaraya, Georgetown
Kehadiran: 10,000


  Terengganu0–0  Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Perlawanan terpaksa diberhentikan dan ditangguhkan pada minit ke-37 kerana hujan lebat.


  Terengganu3–0  Kedah
Nazreen Tee Abdullah  ,  
Baharuddin Ali  
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Perlawanan ulangan.



  Kedah1 – 2  Pulau Pinang
Andre Nascimento   Domi Che Non   40',   45'
Stadium Darulaman, Alor Setar


  Kuala Lumpur0 – 0  Terengganu



  Negeri Sembilan0 – 0Kedah  


  Pulau Pinang0 – 1Kuala Lumpur  
  55' S. Paidiyah Rau
Stadium Bandaraya, Georgetown
Kehadiran: 5,000



Terengganu 2 – 0  Pulau Pinang
Stadium Darulaman, Alor Setar


  Kuala Lumpur0 – 1Negeri Sembilan  



  Kedah1 – 2Kuala Lumpur  
Stadium Darulaman, Alor Setar


  Negeri Sembilan3 – 0  Terengganu