Pilihan raya umum Thailand 2007


Pilihan raya Umum Thailand 2007 telah dijalankan pada 23 Disember 2007. Ini merupakan pilihan raya dewan perundangan pertama selepas Majlis Keselamatan Negara Thailand, satu junta tentera, merampas kuasa kerajaan Thailand yang dipilih rakyat dan perlembagaan pada 19 September 2006.[1][2] Junta telah membatalkan pilihan raya yang dijadualkan pada Oktober 2006 dan telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya baru dalam masa 12 bulan. Kemudian junta telah mengharamkan Parti Thai Rak Thai (TRT), parti politik terbesar di Thailand, dan melarang eksekutif TRT daripada bertanding selama 5 tahun. Selepas beberapa bekas ahli TRT membentuk Palang Prachachon (PPP), majlis pemerintah mengeluarkan satu arahan sulit untuk untuk menyekat aktiviti-aktiviti PPP. Perintah ini telah terbocor kepada orang awam, hingga diadukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya oleh PPP. Bagaimanapun, suruhanjaya tersebut menolak aduan itu atas alasan yang Majlis Keselamatan Negara mempunyai kekebalan sendiri dalam Perlembagaan Thailand 2007.[3][4]

Junta berkenaan telah menghantar 200,000 askar-askar dan 1,500 pegawai-pegawai polis untuk mengekalkan keselamatan dan mengawasi pilihan raya palsu. Charnchai Silapauaychai, seorang ahli popular Parti Demokrat Ahli parti dari Phrae yang telah berpindah kepada PPP bagi pilihanraya 2008 , telah dibunuh. Lima orang lelaki, seorang daripadanya adalah sepupu seorang ahli Parti Demokrat telah ditangkap, tetapi semuanya tidak mengaku terbabit.[5]

Keputusan sunting

Keputusan awal menunjukkan PPP mendapat tempat pertama dengan 232 kerusi, manakala parti pembangkang sebelum ini, Demokrat mendapat 165 kerusi.

Rujukan sunting


Templat:Pilihan raya Thailand