Piramid Ball (Ball's Pyramid) merupakan sisa-sisa letusan daripada sebuah gunung berapi dan kaldera yang telah terbentuk 7 juta tahun yang lalu. Piramid Ball terletak 20 km (13 batu) di timur laut Pulau Lord Howe di Lautan Pasifik. Ketinggiannya ialah 562 m di atas aras laut. Piramid Ball merupakan sebahagian daripada Taman Marin Pulau Lord Howe.

Piramid Ball

Piramid Ball mempunyai beberapa gugusan pulau-pulau kecil. Observatory Rock dan Pulau Wheatsheaf terletak kira-kira 800 m WNW and 800 m WSW dari barat Piramid Ball. Southeast Rock merupakan puncak batu yang tinggi yang terletak kira-kira 3.5 km dari selatan Piramid Ball.

Sejarah sunting

Piramid telah dinamakan bersempena Leftenan Henry Ball yang telah menjumpainya pada tahun 1788 dan pada masa yang sama telah menjumpai Pulau Lord Howe. Orang pertama yang menjejakkan kaki di sini pula dipercayai ialah Henry Wilkinson pada tahun 1882, seorang ahli geologi di Jabatan Perlombongan New South Wales.

Orang pertama yang berjaya mendakinya ialah sekumpulan pendaki dari Kelab Sydney Rock Climbing Club, disertai oleh Bryden Allen, John Davis, Jack Pettigrew dan David Witham, yang dilakukan pada 14 Februari 1965.

Terdapat percubaan yang lebih awal diadakan pada tahun 1964 oleh sekumpulan pendaki yang lain termasuklah seorang petualang, Dick Smith dan ahli Pergerakan Pengakap Australia yang lain. Meraka terpaksa berpatah balik pada hari kelima kerana tidak cukup makanan dan minuman. Dalam tahun 1979 Smith kembali lagi ke piramid tersebut bersama pendaki, John Worrall dan Hugh Ward, dan akhirnya mereka berjaya mencapai kemuncaknya. Di atas puncaknya, mereka mengembangkan bendera New South Wales yang disediakan kepada mereka oleh Perdana Menteri New South Wales, Neville Wran dan diisytiharkan sebagai salah satu daripada Wilayah Kepulauan Australia.

Aktiviti pendakian telah diharamkan pada tahun 1982 di bawah Pembetulan Akta Pulau Lord Howe Island dan pada tahun 1986 ia telah menjadi perintah kepada pulau-pulau sekitar Lembaga Pulau Lord Howe Island. Pada tahun 1990, polisi diubah dan membenarkan seseorang mendaki di bawah peraturan yang ketat di mana memerlukan peralatan tertentu.

Rujukan sunting