Piramid Louvre (Pyramide du Louvre) adalah sebuah piramid kaca dan logam besar, dikelilingi oleh tiga piramid yang lebih kecil, di halaman dalam utama (Cour Napoleon) Istana Louvre (Palais du Louvre) di Paris. Piramid besar berkhidmat sebagai pintu masuk utama ke Musée du Louvre. Disiapkan pada 1989,[1] ia telah menjadi sebuah mercu tanda bandar raya Paris.

Piramid kaca besar dan Istana Louvre dilihat pada waktu malam

Reka bentuk dan pembinaan sunting

Ditugaskan oleh Presiden Perancis François Mitterrand pada 1984, ia direkabentuk oleh arkitek I. M. Pei, yang bertanggungjawab dengan rekabentuk Muzium Miho di Jepun di kalangan yang lain. Strukturnya, yang dibina keseluruhannya dengan segmen kaca, mencapai ketinggian 20.6 meter (lebih kurang 70 kaki); asas dataran mempunyai tepi-tepi 35 meter (115 kaki). Ia terdiri dari 603 berbentuk rhombus dan 70 segmen kaca segi tiga.[2]

Piramid dan lobi bawah tanah di bawahnya telah dicipta oleh kerana masalah berturutan dengan pintu masuk utama Louvre, yang tidak lagi dapat memegang bilangan pelawat yang besar pada asas berhari-hari. Para pelawat memasuki melalui piramid turun ke bawah ke dalam lobi luas kemudian menaiki ke dalam bangunan-bangunan utama Louvre. Beberapa muzium lain telah menduplikasikan konsep ini, yang ternyatanya Muzium Sains dan Industri di Chicago. Kerja pembinaan di asas piramid dan lobi bawah tanah telah dijalankan oleh Dumez.[3]

Kontroversi sunting

 
Piramid dikelilingi oleh bangunan-bangunan Louvre

Pembinaan piramid mencetuskan beberapa kontroversi kerana banyak orang merasas bahawa bangunan besar yang futuristik lihat agak berasingan di hadapan Muzium Louvre dengan gaya seni bina klasiknya. Sesetengah pengkritik menganggapkan sebuah "kompleks Faraunik" pada Mitterrand. Yang lain memuji pengaturan sebelah-menyebelah gaya seni bina yang berkontras sebagai suatu penggabung berjaya pada yang lama dan baru, yang klasik dan yang moden lampau.

Piramid utama sebenarnya hanya terbesar dari beberapa piramid kaca yang telah dibina berhampiran muzium, termasuk La Pyramide Inversée menunjuk ke arah bawah sebagai suatu jendela langit dalam sebuah kawasan bawah tanah di hadapan muzium.

Sewaktu fasa reka bentuk, ada suatu cadangan bahawa reka bentuk termasuk sebuah menara untuk memudahkan penyucian tingkap. Cadangan ini telah dihapuskan oleh kerana penolakan dari I. M. Pei. [perlu rujukan]

La Pyramide Inversée sunting

Rujukan dalam budaya masyhur sunting

Louvre dan piramidnya juga dibintangi dalam filem 2004, Team America: World Police, tetapi hanya dalam bentuk model. Model ini telah dimusnahkan lebih awal sewaktu babak tindakan melibatnya. Ia juga dicirikan dalam filem 2006, The Da Vinci Code. Kakitangan filem telah dibenarkan untuk memilemkan di dalam Louvre untuk sebahagian dari filem. Sementara sesetengah babak ini telah ditunjukkan di Louvre sebenarnya berada di set, kebanyakan babaknya di kawasan utama muzium telah digambarkan secara langsung di tapak.

Rujukan sunting

  1. ^ Simons, Marlise (1993-03-28). "5 Pieces of Europe's Past Return to Life: France; A vast new exhibition space as the Louvre renovates". New York Times. Dicapai pada 2008-10-07.
  2. ^ "Glass on the web". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-01-12. Dicapai pada 2010-01-06.
  3. ^ "Vinci website: Louvre". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-01. Dicapai pada 2010-01-06.

Pautan luar sunting

Templat:Louvre

Koordinat: 48°51′39″N 2°20′09″E / 48.860854°N 2.335812°E / 48.860854; 2.335812