Pita video lucah Vijandran

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayob selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

Datuk Mohd Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.


Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.

Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.

Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.


Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.

M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

Rujukan sunting