José Plácido Domingo Embil KBE, lahir pada 21 Januari 1941 [1], lebih dikenali sebagai Plácido Domingo, ialah penyanyi tenor opera terkenal dunia berasal dari Sepanyol. Beliau terkenal dengan memiliki suara yang bermutu tinggi, lantang dan mampu menyanyikan melodi tinggi dengan jelas dan nyaring. Beliau dianggap sebagai seorang penghibur yang berbakat tinggi dan mempunyai kesungguhan luar biasa dengan jumlah 151 repertoir [2][3]. Beliau juga amat dikagumi untuk keupayaan lakonan opera, kemerduan suaranya dan mempunyai intelektual muzik yang amat tajam, dengan jumlah lakonan dan kepelbagaian peranan-peranan opera yang telah beliau kuasai. Selain daripada menyanyi, beliau juga adalah seorang konduktor muzik dan pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Opera seperti di Washington National Opera, Washington D.C. dan Los Angeles Opera, California.

Domingo berucap di Washington, DC. pada 31 Oktober 2008

Karier dan biografi sunting

 
Plácido Domingo sebagai "Calaf" dalam Turandot (1988)

Plácido Domingo dilahirkan di Barrio de Salamanca, Madrid[4], Sepanyol dan berpindah bersama keluarganya ke Mexico pada usia 8 tahun. Ibu dan bapa beliau adalah penyanyi/pelakon dan juga pengusaha perniagaan zarzuela (opera Sepanyol). Di Mexico City, beliau dihantar belajar muzik di Mexico National Conservatory. Beliau menjadi penyanyi latar untuk Los Black Jeans pada tahun 1958, sebuah band rock-n-roll yang diketuai oleh César Costa. Dalam masa itu juga, beliau telah mahir bermain piano dan mula menjadi konduktor muzik.

Domingo membuat pementasan sulungnya pada 12 Mei 1953 di Teatro Degollado memegang watak sampingan sebagai "Pascual" untuk "Guadalajara" di Marina. dan diikuti dengan peranan "Borsa" dalam "Rigoletto", "Padre Confessor" (Le dialogue des Carmelites) dan banyak lagi. Persembahan pertama opera beliau sebagai watak utama adalah di Monterrey, melakonkan watak "Alfredo" di dalam opera "La traviata" dan kemudiannya pada tahun 1962, Domingo menganggotai Israeli National Opera selama dua setengah tahun di Tel Aviv, di mana beliau telah menyanyi di dalam 280 persembahanan untuk 12 peranan berbeza.

Pada 19 September 1985, gempa bumi yang terbesar di dalam sejarah Mexico memusnahkan hampir keseluruhan ibu negara Mexico. Gempa bumi tersebut membunuh ribuan penduduk bandaraya tersebut termasuk makcik, pakcik, anak buah dan anak kepada anah buahnya apabila pangsapuri mereka, Nuevo León Apartment yang terletak di kawasan perumahan Tlatelolco, runtuh. Domingo bergegas ke tempat kejadian dan membantu penyelamat - penyelamat untuk mengeluarkan mangsa-mangsa gempa bumi. Pada tahun berikutnya, Domingo membuat konsert amal dan rakaman album untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.

Pada 25 Januari 2007, Plácido Domingo mengumumkan sesuatu yang dipanggilnya sebagai ‘perubahan karier terakhir’ dengan bertukar dari seorang tenor kepada bariton. Ini ditunjukkan apabila beliau mengambil peranan "Simón Bocanegra" (Doge of Genoa), di dalam salah satu opera Giuseppe Verdi yang memerlukan bakat bariton yang dikatakan amat sukar dibuat.

Keluarga sunting

Anak kepada Plácido Domingo Ferrer (Mac 8, 1907 - November 26, 1987) [5] dan Pepita Embil (1918 - September 1, 1994) [6], dua bintang zarzuela Sepanyol yang bertanggung jawab membimbing beliau dalam seni muzik dari usia muda. Pada tahun 1962, Plácido Domingo berkahwin dengan Marta Ornelas, seorang penyanyi soprano lirik, rakan persekolahan ketika di konservatori muzik. Mereka mempunyai dua anak lelaki, Plácido Jr yang lahir pada tahun 1965 dan Alvaro Maurizio, lahir pada tahun 1968. [7] Domingo mempunyai satu lagi anak lelaki José Dominguez[8] dari perkahwinan beliau yang pertama dengan rakan kolej beliau pada tahun 1958 ketika berusia 16 tahun[9].

Persembahan ulung dan peranan sunting

 
Plácido Domingo dalam opera Tosca (1992)

Pada tahun 1996, beliau memegang watak utama di dalam opera Don Rodrigo, hasil karya penggubah Alberto Ginastera di New York City Opera dan mendapat kejayaan cemerlang. Beliau pertama kali membuat persembahan di Metropolitan Opera di New York pada 28 September 1968 bersama penyanyi soprano Itali, Renata Tebaldi, di dalam opera Adriana Lecouvreur, hasil karya penggubah Francesco Cilea. Semenjak itu beliau telah membuat 21 persembahan di situ mengalahkan rekod yang dibuat oleh Enrico Caruso sebanyak 17 kali.

Beliau membuat persembahan pertamanya di Vienna State Opera pada tahun 1967, di Teatro alla Scala dan San Francisco Opera pada tahun 1969 dan di Covent Garden pada tahun 1971, dan kini beliau telah membuat persembahan di hampir semua rumah - rumah opera terkenal dan perayaan di serata dunia.

Lain-lain pencapaian sunting

  • Pada tahun 1981, Domingo mendapat pengiktirafan tinggi dari luar dunia opera apabila beliau merakamkan lagu “Perhaps Love” berduet dengan mendiang John Denver, seorang penyanyi muzik country/folk Amerika Syarikat. Pada tahun 1987, beliau dan John Denver menyertai Julie Andrews berlakon di dalam filem yang memenangi anugerah Emmy "The Sound of Christmas” yang di filemkan di Salzburg, Austria.
  • Pada tahun 1993, Domingo mengasaskan Operalia, sebuah organisasi yang mengadakan pertandingan bakat-bakat muda opera sedunia.
  • Domingo ialah Ketua Pengarah kepada 2 syarikat opera, iaitu Washington National Opera dan Los Angeles Opera. Kontrak kerja beliau telah disambung sehingga sessi tahun 2010-2011.
  • Beliau telah menjadi nadi utama dengan memberi dorongan dan semangat kepada ramai artis muda opera. Salah seorang yang amat bertuah ialah Daniel Rodriguez, seorang tenor dari New York yang diundang khas ke Vilar/Domingo Young Artis Program untuk membantu bakat muda itu mengasahkan bakat seni di dalam opera.

Konsert The Three Tenors sunting

Plácido Domingo menyertai 2 rakan tenornya, José Carreras and Luciano Pavarotti untuk sebuah konsert The Three Tenors pada malam pembukaan Piala Dunia FIFA pada 7 Julai 1990. Konsert ini memperkenalkan beliau kepada ramai pendengar di serata dunia, di luar dari dunia opera seperti yang biasa dibuatnya. Pada asalnya, konsert yang diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Leukemia Carreras tetapi kemudiannya disambung dengan rangkaian konsert di serata dunia termasuk ketika 3 perlawanan akhir piala dunia pada tahun 1994 di Los Angeles, 1998 di Paris, and 2002 di Yokohama. Domingo juga membuat persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA pada 2006 tetapi kali ini bersendirian tanpa rakan – rakan The Three Tenors.

Persembahan dalam filem dan television sunting

Lihat Senarai rakaman filem opera Plácido Domingo
 
Plácido Domingo (1985)

Domingo muncul di banyak filem opera, antaranya:-

  • Arahan Jean-Pierre Ponnelle - Madama Butterfly,
  • Arahan Francesco Rosi - Carmen (menerima anugerah Grammy),
  • Arahan Brian Large – Tosca bersama Catherine Malfitano (menerima anugerah Emmy),
  • Arahan Gianfranco de Bosio – Tosca bersama Raina Kabaivanska (menerima anugerah Emmy),
  • Arahan Franco Zeffirelli – Otello,
  • Arahan Franco Zeffirelli - Cavalleria rusticana & Pagliacci,
  • Arahan Franco Zeffirelli - La traviata (bersama Teresa Stratas dan menerima anugerah Grammy),
  • banyak lagi

Selain itu, lakonan beliau juga banyak dirakamkan di dalam video termasuk karya Giacomo Puccini untuk operaMenon Lescaut” pada tahun 1978 di bawah terbitan Teatro alla Scala Production yang memperkenalkan penyanyi soprano, Sylvia Sass. Domingo juga muncul di dalam rancangan television untuk “Zarzuela Evenings” dan “Live at the Met”.

Rakaman album dan opera sunting

Lihat Senarai rakaman Plácido Domingo
 
Sebuah tugu dibina di bandaraya Mexico sebagai tanda penghargaan dan di atas jasa beliau kepada mangsa gempabumi di Mexico pada tahun 1985 dan juga di atas kerja-kerja seni beliau

Domingo telah membuat lebih dari 100 rakaman, yang mana setiap rakaman – rakamannya adalah filem opera dan selalunya adalah lakonan watak yang sama. Antara rakaman-rakaman beliau adalah dari karya aria penggubah legenda Itali, Giuseppe Verdi yang mana beliau telah melakon/menyanyikan kesemua karya seni penggubah tersebut, termasuk beberapa versi persembahan yang jarang dipersembahkan di dalam pelbagai bahasa yang mana ditulis oleh Giuseppe Verdi untuk persembahan tertentu sahaja.

Pada Ogos 2005, EMI Classics melancarkan rakaman studio terbaru untuk opera Tristan und Isolde , karya penggubah Richard Wagner, di mana Domingo menyanyikan lagu yang untuk watak utama, Tristan. Ulasan majalah The Economist, keluaran 8 Ogos 2005 di muka utama majalah, ditulis “Suara yang amat lengkap” dan memulakan rencana dengan perkataan “Monumental” dan diakhiri dengan , "a musical lyricism and a sexual passion that make the cost and the effort entirely worthwhile". Majalah The Economist juga mengulas persembahan Domingo pada Julai 2005 sebagai Siegmund di dalam opera karya Richard Wagner, Die Walküre di Covent Garden sebagai “sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupai” dan “amat pintar dan gemilang”. Ulasan majalah tersebut juga menambah bahawa Domingo akan terus mengambil peranan di dalam watak-watak baru yang tidak pernah dibuat sebelumnya.

Rakaman terbaru yang diedarkan pada pertengahan tahun 2006 juga memuatkan rakaman studio untuk lagu Edgar, karya penggubah Giacomo Puccini, lagu Pepita Jiménez, karya penggubah Isaac Albéniz dan juga lagu pilihan Itali dan Neapolitan, berjudul Italia ti amo (di bawah label Deutsche Grammophon).

Di antara banyak kemunculan - kemunculan television beliau untuk selama beberapa tahun (kebanyakannya rancangan amal), beliau juga muncul sebagai bintang utama bersama New Orleans Opera Company untuk A Night For New Orleans bersama Frederica von Stade pada Mac 2006. Persembahan tersebut adalah untuk mengumpul dana untuk membina semula bandar tersebut dari malepetaka yang baru melanda.

Repertoir sunting

Dari persembahan beliau yang pertama sehingga ke hari ini, Domingo telah mencatatkan repertoir sebanyak 147 peranan di atas pentas dan 4 rakaman studio sehingga ke tarikh ini (keseluruhan berjumlah 151) [10] yang meliputi karya seni Mozart ke Ginastera. Antara opera-opera lakonan beliau ialah opera Itali seperti (Otello, Il trovatore, Don Carlos), opera Perancis seperti (Faust, Werther, Don José di dalam Carmen, Samson di dalam Samson et Dalila), dan opera Jerman (Lohengrin, Parsifal, dan Siegmund di dalam Die Walküre) dan banyak lagi.

Beliau terus menambahkan banyak lagi repertoir di dalam portfolio beliau dan yang terbaru Tamerlano, hasil karya penggubah Handel di Teatro Real pada Mac 26, 2008.

Di bawah adalah senarai repertoir lengkap beliau dari tahun 1959 sehingga ke tahun 2008.[11]

Year # Tajuk Penggubah Peranan Tarikh
pembukaan
Rumah opera /
Studio rakaman
Lokasi
1959 1 Rigoletto Giuseppe Verdi Borsa 23-09-1959 Palacio de Bellas Artes Mexico
2 Dialogues of the Carmelites Francis Poulenc Chaplain 21-10-1959 Palacio de Bellas Artes Mexico
1960 3 The Merry Widow Franz Lehár Danilo,
Camille
1960 Palacio de Bellas Artes Mexico
4 Turandot Giacomo Puccini Altoum 11-09-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
5 Turandot Giacomo Puccini Pang 01-10-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
6 Lucia di Lammermoor Gaetano Donizetti Normanno 05-10-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
7 La traviata Giuseppe Verdi Gastone 08-10-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
8 Carmen Georges Bizet Remendado 15-10-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
9 Otello Giuseppe Verdi Cassio 17-10-1960 Teatro de la Ciudad Monterrey
1961 10 La traviata Giuseppe Verdi Alfredo 19-05-1961 Teatro de la Ciudad Monterrey
11 El Ultimo sueno José F. Vásquez Enrique 28-05-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
12 Amelia goes to the ball Gian Carlo Menotti Lover 28-06-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
13 Fedora Umberto Giordano Désire,
Baron Rouvel
02-07-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
14 Boris Godunov Modest Mussorgsky Simpleton,
Shuisky
08-08-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
15 Andrea Chénier Umberto Giordano Abbé,
Incredibile
15-08-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
16 Tosca Giacomo Puccini Spoletta 21-08-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
17 Madama Butterfly Giacomo Puccini Goro 15-09-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
18 Tosca Giacomo Puccini Cavaradossi 30-09-1961 Palacio de Bellas Artes Mexico
1962 19 La bohème Giacomo Puccini Rodolfo 04-03-1962 Palacio de Bellas Artes Mexico
20 Così fan tutte Wolfgang Amadeus Mozart Ferrando 10-05-1962 Palacio de Bellas Artes Mexico
21 Adriana Lecouvreur Francesco Cilea Maurizio 17-05-1962 Palacio de Bellas Artes Mexico
22 Trittico Francescano Licinio Refice 01-10-1962 Teatro Degollado Guadalajara
23 Madama Butterfly Giacomo Puccini Pinkerton 07-10-1962 Teatro Isauro Martínez Torreón
24 Lucia di Lammermoor Gaetano Donizetti Edgardo 26-11-1962 Fort Worth Opera Fort Worth
1963 25 Carmen Georges Bizet Don José 25-06-1963 Israeli Opera House Tel Aviv
26 Don Giovanni Wolfgang Amadeus Mozart Don Ottavio 21-09-1963 Israeli Opera House Tel Aviv
27 Faust Charles Gounod Faust 03-12-1963 Israeli Opera House Tel Aviv
1964 28 Les pêcheurs de perles Georges Bizet Nadir 21-01-1964 Israeli Opera House Tel Aviv
29 Eugene Onegin Pyotr Ilyich Tchaikovsky Lenski 05-09-1964 Israeli Opera House Tel Aviv
1965 30 Cavalleria rusticana Pietro Mascagni Turiddu 21-01-1965 Israeli Opera House Tel Aviv
31 Samson and Delilah Camille Saint-Saëns Samson 30-07-1965 Chautauqua Opera Chautauqua
32 Les contes d'Hoffmann Jacques Offenbach Hoffmann 07-09-1965 Palacio de Bellas Artes Mexico
1966 33 La Mulata de Córdoba José Pablo Moncayo Sandi,
Moreno,
Moncayo
01-01-1966 Gran Teatre del Liceu Barcelona
34 Don Rodrigo Alberto Ginastera Don Rodrigo 22-02-1966 Metropolitan Opera New York
35 Andrea Chénier Umberto Giordano Andrea Chénier 03-03-1966 New Orleans Opera New Orleans
36 Hippolyte et Aricie Jean-Philippe Rameau Hippolyte 06-04-1966 Boston Opera House Boston
37 Pagliacci Ruggero Leoncavallo Canio 09-08-1966 Metropolitan Opera New York
38 The Barber of Seville Gioachino Rossini Almaviva 16-09-1966 Teatro Degollado Guadalajara
39 Anna Bolena Gaetano Donizetti Lord Percy 15-11-1966 Metropolitan Opera New York
1967 40 Il tabarro Giacomo Puccini Luigi 08-03-1967 Metropolitan Opera New York
41 Aida Giuseppe Verdi Radames 11-05-1967 Hamburg State Opera Hamburg
42 Don Carlos Giuseppe Verdi Don Carlo 19-05-1967 Vienna State Opera Vienna
43 Un ballo in maschera Giuseppe Verdi Riccardo 31-05-1967 Berlin State Opera Berlin
1968 44 Lohengrin Richard Wagner Lohengrin 14-01-1968 Hamburg State Opera Hamburg
45 Manon Lescaut Giacomo Puccini Des Grieux 15-02-1968 Connecticut Opera Hartford,
Connecticut
46 Il trovatore Giuseppe Verdi Manrico 14-03-1968 New Orleans Opera New Orleans
1969 47 Rigoletto Giuseppe Verdi Il Duca 02-01-1969 Hamburg State Opera Hamburg
48 La forza del destino Giuseppe Verdi Don Alvaro 18-01-1969 Hamburg State Opera Hamburg
49 Manon Jules Massenet Des Grieux 20-02-1969 Metropolitan Opera New York
50 Turandot Giacomo Puccini Calaf 16-07-1969 Verona Arena Verona
51 Ernani Giuseppe Verdi Ernani 07-12-1969 Teatro alla Scala Milan
1970 52 Oberon Carl Maria von Weber Hüon 03-1970 Bayerischer Rundfunk studio Studio
53 La Gioconda Amilcare Ponchielli Enzo 14-05-1970 Teatro Real Madrid
54 Roberto Devereux Gaetano Donizetti Devereux 15-10-1970 Metropolitan Opera New York
1971 55 Der Rosenkavalier Richard Strauss Italian singer 03-1971 Studio
56 I Lombardi alla prima crociata Giuseppe Verdi Oronte 07-1971 Royal Philharmonic,
London
Studio
57 Luisa Miller Giuseppe Verdi Rodolfo 04-11-1971 Metropolitan Opera New York
1972 58 Giovanna d'Arco Giuseppe Verdi Carlo VII 08-1972 Studio
59 Los Claveles José Serrano Fernando 1972 Studio
60 La dolorosa José Serrano Rafael 1972 Studio
1973 61 Francesca da Rimini Riccardo Zandonai Paolo 22-03-1973 Metropolitan Opera New York
62 L'Africaine Giacomo Meyerbeer Vasco da Gama 03-11-1973 War Memorial Opera House San Francisco
1974 63 Les vêpres siciliennes Giuseppe Verdi Arrigo 09-04-1974 Palais Garnier Paris
64 Mefistofele Arrigo Boito Faust 07-1974 Studio
65 Roméo et Juliette Charles Gounod Roméo 28-09-1974 Metropolitan Opera New York
66 La fanciulla del West Giacomo Puccini Dick Johnson 26-11-1974 Teatro Regio di Torino Turin
1975 67 La Navarraise Jules Massenet Araquil 1975 Studio
68 Otello Giuseppe Verdi Otello 28-09-1975 Hamburg State Opera Hamburg
1976 69 Gianni Schicchi Giacomo Puccini Rinuccio 1976 Studio
70 Louise Gustave Charpentier Julien 1976 Studio
71 Macbeth Giuseppe Verdi Macduff 1976 Studio
72 Die Meistersinger von Nürnberg Richard Wagner Walther von Stolzing 03-1976 Studio
73 Le Cid Jules Massenet Don Rodrigue 08-03-1976 Metropolitan Opera New York
74 L'amore dei tre re Italo Montemezzi Avito 07-1976 Studio
1977 75 L'elisir d'amore Gaetano Donizetti Nemorino 1977 Studio
76 Fedora Umberto Giordano Loris 15-02-1977 Gran Teatre del Liceu Barcelona
77 Werther Jules Massenet Werther 18-12-1977 Bavarian State Opera Munich
1978 78 La damnation de Faust Hector Berlioz Faust 01-1978 Studio
1979 79 Le Villi Giacomo Puccini Roberto 06-1979 Studio
80 Requiem Hector Berlioz Tenor part 06-1979 Studio
81 Béatrice et Bénédict Hector Berlioz Bénédict 07-1979 Studio
82 Il Giuramento Saverio Mercadante Viscardo 09-09-1979 Vienna State Opera Vienna
1980 83 El Poeta Federico Moreno Torroba José de Espronceda 19-06-1980 Teatro Real Madrid
1981 84 Norma Vincenzo Bellini Pollione 21-09-1981 Metropolitan Opera New York
1982 85 La rondine Giacomo Puccini Ruggero 1982 Studio
86 Nabucco Giuseppe Verdi Ismaele 05-1982 Studio
87 Les Troyens Hector Berlioz Enée 26-09-1983 Metropolitan Opera New York
1986 88 Die Fledermaus Johann Strauss II Alfred 04-1986 Studio
89 Goya Gian Carlo Menotti Goya 15-11-1986 Washington National Opera Washington, D.C.
1988 90 Iris Pietro Mascagni Osaka 1988 Studio
91 Tannhäuser Richard Wagner Tannhäuser 04-1988 Studio
1989 92 Die Frau ohne Schatten Richard Strauss Der Kaiser 03-1989 Studio
1990 93 Man of La Mancha Mitch Leigh Don Quixote 06-1990 Studio
1991 94 The Flying Dutchman Richard Wagner Erik 02-1991 Studio
95 Parsifal Richard Wagner Parsifal 14-03-1991 Metropolitan Opera New York
1992 96 The Barber of Seville Gioachino Rossini Figaro 02-1992 Studio
97 El Gato Montés Manuel Penella Rafaele Ruiz 07-08-1992 Seville Opera Seville
98 Die Walküre Richard Wagner Siegmund 19-12-1992 Vienna State Opera Vienna
1993 99 Stiffelio Giuseppe Verdi Stiffelio 21-10-1993 Metropolitan Opera New York
1994 100 Doña Francisquita Amadeo Vives Fernando 02-1994 Studio
101 La Verbena de la Paloma Tomás Bretón Julian 04-1994 Studio
102 Il Guarany Antônio Carlos Gomes Pery 05-06-1994 Bonn Opera House Bonn
103 Idomeneo Wolfgang Amadeus Mozart Idomeneo 01-10-1994 Metropolitan Opera New York
104 Hérodiade Jules Massenet Jean 08-11-1994 War Memorial Opera House San Francisco
105 Luisa Fernanda Federico Moreno Torroba Javier 1995 Studio
106 Simón Bocanegra Giuseppe Verdi Adorno 19-01-199 Metropolitan Opera New York
1996 107 La Tabernera del Puerto Pablo Sorozábal Leandro 1996 Studio
1997 108 Simón Bocanegra Giuseppe Verdi Adorno 28-06-1997 Royal Opera House London
109 Divinas Palabras Antón García Abril Lucero 18-10-1997 Teatro Real Madrid
1998 110 Le prophète Giacomo Meyerbeer Jean van der Leyden 21-05-1998 Vienna State Opera Vienna
111 Faust Symphony Franz Liszt Tenor part 06-1998 Studio
112 La Dolores Tomás Bretón Lázaro 07-1998 Studio
1999 113 Das Lied von der Erde Gustav Mahler Tenor part 02-1999 Studio
114 Misa Tango Luis Bacalov Tenor part 02-1999 Studio
115 The Queen of Spades Pyotr Ilyich Tchaikovsky Hermann 18-03-1999 Metropolitan Opera New York
116 Fidelio Ludwig van Beethoven Florestan 06-1999 Studio
117 Merlin Isaac Albéniz King Arthur 07-1999 Orquesta Nacional de España,
Madrid
Studio
118 Margarita la tornera Ruperto Chapí Don Juan de Alarcón 11-12-1999 Teatro Real Madrid
2000 119 La Gran Via Federico Chueca Caballero de Gracía 01-2000 Studio
120 The Merry Widow Franz Lehár Danilo 17-02-2000 Metropolitan Opera New York
121 La battaglia di Legnano Giuseppe Verdi Arrigo 30-06-2000 Royal Opera House London
2001 122 La Revoltosa Ruperto Chapí Felipe 01-2001 Studio
2002 123 Sly Ermanno Wolf-Ferrari Christopher Sly 01-04-2002 Metropolitan Opera New York
2003 124 Luisa Fernanda Federico Moreno Torroba Vidal Hernando 18-06-2003 Teatro alla Scala Milan
125 Nicholas and Alexandra Deborah Drattell Rasputin 14-09-2003 Los Angeles Opera Los Angeles
2004 126 Tristan und Isolde Richard Wagner Tristan 12-2004 EMI Abbey Road Studio 1,
London
Studio
2005 127 Cyrano de Bergerac Franco Alfano Cyrano 13-05-2005 Metropolitan Opera New York
2006 128 The First Emperor Tan Dun Emperor Qin 21-12-2006 Metropolitan Opera New York
2007 129 Iphigénie en Tauride Christoph Willibald Gluck Oreste 27-11-2007 Metropolitan Opera New York
2008 130 Tamerlano George Frideric Handel Bajazet 26-03-2008 Teatro Real Madrid

Anugerah dan kurniaaan sunting

Domingo telah menerima banyak anugerah dan kurniaan, termasuklah:

Anugerah Grammy sunting

  • 1971 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: Aida
  • 1974 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Puccini: La bohème
  • 1983 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: La traviata
  • 1984 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Bizet: Carmen
  • 1984 - Best Latin Pop Performance untuk “Always in my Heart” (Siempre en mir corazon)
  • 1988 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Wagner: Lohengrin
  • 1990 - Best Classical Vocal Performance untuk Carreras Domingo Pavarotti in Concert
  • 1992 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Strauss: Die Frau ohne Schatten
  • 2000 - Best Mexican-American Performance untuk 100 years of Mariachi

Anugerah Grammy Latin sunting

  • 2000 - Best Classical Album untuk T. Breton: La Dolores
  • 2001 - Best Classical Album untuk I. Albéniz: Merlin

Kurniaan kerajaan dan organisasi sunting

Perancis

  • Ordre National de la Légion d’Honneur
  • Chevalier de la Légion d’Honneur
  • Commandeur Arts et Lettres
  • Grande Medaille de la Ville de Paris
  • Commandeur de la Légion d’Honneur – Mac 2002

Sepanyol

  • Isabel de Católica
  • Premio Prinicipe de Asturias de las Artes - 1991
  • Gran Cruz de la Orden del Mérito Civil – September 2002

Amerika Syarikat

  • Kennedy Center Honors – Disember 2000
  • The presendential Medal of Freedom – Julai 2002

Austria

  • Österreichisches Ehrenkreuz für Wissenschaft und Kunst 1. Klasse
  • Kammersänger und Ehrenmitglied der Wiener Staatsoper
  • Goldenes Ehrenzeichen für Verdienste um das Land Wien – 2007

Lain-lain negara

  • Aguila Azteca (Mexico)
  • Capo dell’Ordine "Al Merito della Repubblica Italiana" Grande Ufficiale (Itali)
  • Grã Cruz da Ordem do Infante d’Henrique (Portugal)
  • Cavalliere di Malta (Malta)
  • Knight Commander of the British Empire (Britain) – Oktober 2002
  • Order of the Cedars (Lebanon) - 2004

NPO

  • Unicef Socio de Honor (UNICEF)

Kurniaan kedoktoran sunting

  • Royal Northern College of Music, England (1982)
  • Philadelphia College of Performing Arts, Amerika Syarikat (1982)
  • Oklahoma City University, Amerika Syarikat (1984)
  • Universidad Complutense de Madrid, Sepanyol (1989)
  • University of New York, Amerika Syarikat (1990)
  • Georgetown University, Amerika Syarikat (1992)
  • Washington College of Chestertown, Amerika Syarikat (2000)
  • Anhuac University, Mexico (2001)
  • Chopin Music Academy, Poland (2003)
  • Oxford University, England (2003)

Lain-lain anugerah dan penghargaan muzik sunting

  • Bintang di Hollywood Walk of Fame – 1993 (Lokasi: Domingo, Placido LT 7000 Hollywood Blvd)[12]
  • Anugerah Sociedad General de Autores Española (Best Lyric Singer of the Year 1997) untuk peranan dalam persembahaan pembukaan sedunia "Divinas Palabras" - 1997
  • Anugerah Association of Argentinian Music Critics (Best Male Singer in 1997) untuk “Samson and Dalila" - 1997
  • Baltika Grand Prix untuk Outstanding Achievement - Jun 1998
  • Anugerah American Latina Media Arts (ALMA) (Outstanding Performances By An Individual or Act in A Variety) - 1998
  • Anugerah Hispanic Heritage Award for Arts - September 1999
  • Great Prize of the International Music Press - September 2000
  • Anugerah Ella - 2002
  • Dua anugerah untuk Classical BRIT - 2006 (Critics' Award untuk Tristan and Isolde dan Lifetime Achievement Award)[13]

Hasil karya buku oleh Plácido Domingo sunting

Tarikh Tajuk Keluaran ISBN Mukasurat Penulis
Sept
1983
My First Forty Years Alfred A. Knopf ISBN 0-394-52329-6 256 Plácido Domingo
Dis
1994
Opera 101: A Complete Guide to
Learning and Loving Opera
Hyperion ISBN 0-7868-8025-2 494 Fred Plotkin,
Plácido Domingo
Jul
1997
Christmas With Plácido Domingo:
Trumpets Sound And Angels Sing
Alfred Publishing Company ISBN 0-89524-321-0 80 Plácido Domingo,
Milton Okun
Jul
1997
Bajo el cielo español
(Under the Spanish Sky)
Warner Brothers Publications ISBN 0-7692-0024-9 84 Plácido Domingo,
Carol Cuellar
Mac
1999
Plácido Domingo - Por Amor Hal Leonard Corporation ISBN 0-7119-7258-3 104 Plácido Domingo
Mac
2003
Plácido Domingo (Great Voices Series):
My Operatic Roles
Baskerville Publishers, Incorporated ISBN 1-880909-61-8 319 Helena Matheopoulos,
Plácido Domingo
Mac
2007
Leoncavallo: Life and Works Rowman & Littlefield Publishers, Inc ISBN 0-8108-5873-8
ISBN 0-8108-5880-0
349
351
Konrad Claude Dryden,
Plácido Domingo
Dis
2007
So When Does the Fat Lady Sing? Hal Leonard Corporation ISBN 1-57467-162-6 173 Michael Walsh ,
Plácido Domingo
  • Buku terbaru oleh Domingo, The Joy of Opera, akan dikeluarkan oleh WWW Norton pada tahun 2009[14],[15]

Kerja-kerja amal dan penghormatan sunting

 
Nota penghargaan pada tugu di bandaraya Mexico
  • Pada Mac 4, 2006, Domingo membuat persembahan kebajikan di Gala Benefit Concert "A Night For New Orleans" di New Orleans Arena untuk membantu pembangunan semula bandaraya New Orleans yang musnah akibat taufan Katrina. Di gala tersebut, beliau membuat kenyataan, "If music be the food of love," is "MUSIC IS THE VOICE OF HOPE!" [16] [17]. Pada Mac 23, 2008, sebagai penghormatan di atas sumbangan beliau untuk gala tersebut, Majlis bandaraya New Orleans menamakan teater bandaraya, Mahalia Jackson Theatre di Louis Armstrong Park sebagai "Plácido Domingo Stage". Persembahan beliau di gala tersebut berjaya mengutip sebanyak USD $700,000 untuk dana pembangunan bandaraya dan mangsa-mangsa taufan Katrina. [18].
  • Pada 1986, beliau membuat persembahan untuk konsert kebajikan bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa gempa bumi Mexico City 1985. Pada Ogos 21, 2007, sebagai penghargaan keatas sumbangan beliau kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dan juga kerja seni beliau, sebuah tugu penghormatan beliau dibina di atas sumbangan ramai. Tugu tersebut adalah hasil seni Alejandra Zúñiga, ketinggian 2 meter, seberat 300 kg (660 lbs) dan menjadi sebahagian dari program "Grandes valores".[19]
  • Domingo menyokong inisiatif Hear the World sebagai duta untuk menimbulkan kesedaran untuk orang-orang yang kurang upaya dan hilang pendengaran [20].
  • Pada tahun 1993, beliau mengasaskan Operalia, satu pertandingan Opera antarabangsa untuk penyanyi-penyanyi muda berbakat. Para pemenang mendapat peluang menyertai syarikat-syarikat opera terkemuka di seluruh dunia [21]. Domingo telah menjadi peranan penting dalam memberi galakan kepada artis-artis muda opera, contohnya pada tahun 2001, apabila beliau menjemput penyanyi tenor New York, Daniel Rodriguez untuk menghadiri "Vilar / Domingo Young Artists" untuk mempelajari kemahiran-kemahiran opera.
  • Pada Disember 21, 2003, Domingo membuat persembahan kebajikan di Cancun untuk Ciudad de la Alegria Foundation, sebuah yayasan yang menyediakan bantuan dan penginapan kepada orang-orang yang memerlukan, termasuk individu-individu berpendapatan rendah, anak-anak yatim, wanita – wanita yang mengandung, para pelarian perang, pemulihan untuk pesalah undang-undang dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit yang membawa maut [22].
  • Pada Jun 27, 2007, Domingo dan Katherine Jenkins membuat persembahan di konsert amal di Athen untuk mengumpul dana bagi membantu konflik di Darfur. Konsert tersebut dibuat untuk Medecins Sans Frontieres / Doktor Tanpa Sempadan [23].
  • Pada Oktober 2, 2007, Domingo menyertai lain-lain tokoh ternama di dalam dunia hiburan, kerajaan dan alam sekitar sebagai salah seorang penerima BMW Hydrogen 7 yang direka khas mengguna hidrogen untuk menggantikan petrol sebagai bahan api [24].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Encyclopedia Britannica, Encyclopedia of World Biography, Thomson Gale, 2006, The Concise Grove Dictionary of Music, Oxford University Press, 1994, Warrack, J. and West, E. The Oxford Dictionary of Opera, OUP, 1992 Rujukan untuk tahun kelahiran 1941.
  2. ^ Review: In his 151st role, Plácido Domingo plays the ‘wild cat’ as old lion
  3. ^ Domingo's 151st role
  4. ^ http://www.bookrags.com/biography/placido-domingo/
  5. ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B0DEED71F3EF935A15752C1A961948260
  6. ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9907E6D71738F932A3575AC0A962958260
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2007-09-23.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-09-23.
  9. ^ Isteri pertama dan anak lelaki
  10. ^ Senarai penuh lakonan
  11. ^ http://www.placidodomingo.com/inhalt.php?menu_level=2&id_kunden=196&id=830
  12. ^ http://www.hollywoodusa.co.uk/walkoffamestarlocations.htm#D.
  13. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Classical_BRIT_Awards#2006
  14. ^ [ http://www.usatoday.com/life/books/news/2006-10-02-opera_x.htm USA Today]
  15. ^ Renaissanceresearch.blogspot.com
  16. ^ "If music be the food of love," is "MUSIC IS THE VOICE OF HOPE!"
  17. ^ A Night For New Orleans
  18. ^ Majlis bandaraya New Orleans menamakan teater bandaraya sebagai "Plácido Domingo stage"
  19. ^ http://www.elpais.com/articulo/gente/Mexico/rinde/homenaje/Placido/Domingo/estatua/bronce/elpepugen/20070821elpepuage_1/Tes
  20. ^ Laman "Hear the world"
  21. ^ Laman Domingo Operalia
  22. ^ Persembahan di Cancun untuk Yayasan Ciudad de la Alegria
  23. ^ Konsert amal di Athens untuk mengumpul dana bagi konflik di Darfur
  24. ^ Menerima BMW Hydrogen 7

Pautan luar sunting