Planet bumian (Jawi: ڤلانيت بومين), planet terestrial, planet telurik atau planet berbatu ialah planet yang terdiri terutamanya daripada batuan atau logam silikat. Dalam Sistem Suria, planet bumian ialah planet dalaman yang paling dekat dengan Matahari.

Planet terestrial iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh dalam warna sebenar, dan saiz adalah berskala.

Planet terestrial mempunyai permukaan planet yang pejal, menjadikan mereka ketaranya berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar, yang kebanyakannya terdiri daripada gabungan hidrogen, helium, dan air yang sedia ada dalam pelbagai keadaan fizikal.

Pautan luar sunting