Pokok cincau hijau

(Dilencongkan dari Pokok Cincau Hijau)

Pokok cincau hijau atau nama saintifiknya Cyclea barbata ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Manispermaceae. Tumbuhan ini sering ditemukan di cerang hutan serta juga di kawasan-kawasan belukar, tetapi ada juga yang ditanam pada pagar tanaman. Ia biasanya tumbuh di kawasan-kawasan yang tidak melebihi 1,000 meter di atas aras laut. Nama saintifiknya

Pokok cincau hijau
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Order:
Ranunculales
Keluarga:
Genus:
Cyclea
Spesies:
C. barbata
Sinonim
  • Cyclea barbata Miers., 1922 [1]

Ia merupakan antara bahan tumbuhan utama dalam pembuatan cincau, khususnya jenis cincau hijau yang lazim di Indonesia.[2]

Botani sunting

Pokok ini tumbuhan pokok menjalar. Batang pokoknya yang boleh mencapai berbelas-belas meter panjangnya mempunyai kulit yang kasar dan berduri. Daunnya berbentuk perisai, dengan permukaan yang berbulu.

Bunganya berwarna kuning, dengan buah berwarna merah dan berbentuk seakan buah pinggang.

Tumbuhan ini tumbuh dengan ideal dalam tanah yang memiliki pH 5,5-6,5 serta lembap dan berteduhan.[2]

Kegunaan sunting

Perubatan sunting

Daun dan akar Pokok Cincau Hijau dikatakan boleh merawat sakit perut, cirit-birit, tekanan darah tinggi, serta juga demam.

Untuk merawat sakit perut, cirit-birit dan tekanan darah tinggi, daun-daun cincau dipenyekkan dan direbus. Selepas dituras dan dibiarkan sehingga berbentuk agar-agar, santan dan gula kelapa kemudian ditambah. Campuran ini diminum seperti minuman biasa.

Untuk merawat demam, akar Pokok Cincau Hijau dipergunakan. Selepas direndam di dalam air panas dan dituras, airnya diminum.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Manilal., Ancient Science of Life Vol. IV, No.4 April 1985, Page 229-231 .
  2. ^ a b "e-journal.uajy.ac.id" (PDF). Taksonomi dan morfologi cincau hijau.

Pautan luar sunting