Turi

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pokok Turi)

Turi (Jawi: توري) atau geti (Jawi: ݢتي ; nama botani: Sesbania grandiflora)[2][3] ialah spesies tumbuhan kecil berasal dari Asia Tenggara Maritim dan Australia Utara. Ia tumbuh di kawasan tanah baik dan beriklim panas dan lembap.

Turi
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Klad: Robinioid
Tribus: Sesbanieae
Genus: Sesbania
Spesies:
S. grandiflora
Nama binomial
Sesbania grandiflora
Sinonim[1]
Senarai
  • *Aeschynomene coccinea L.f.
    • Aeschynomene grandiflora (L.) L.
    • Agati coccinea (L.f.) Desv.
    • Agati grandiflora (L.) Desv.
    • Agati grandiflora var. albiflora Wight & Arn.
    • Agati grandiflora var. coccinea (L.f.) Wight & Arn.
    • Coronilla coccinea (L.f.) Willd.
    • Coronilla grandiflora (L.) Willd.
    • Coronilla grandiflora Boiss.
    • Dolichos arborescens G. Don
    • Dolichos arboreus Forssk.
    • Emerus grandiflorus (L.) Kuntze
    • Resupinaria grandiflora (L.) Raf.
    • Robinia grandiflora L.
    • Sesban coccinea (L.f.) Poir.
    • Sesban grandiflora (L.) Poir. [Spelling variant]
    • Sesban grandiflorus (L.) Poir.
    • Sesbania coccinea (L.f.) Pers.

Pucuk tumbuhan ini dimakan sebagai sayur ulam tradisional.

Botani sunting

Pokok turi jenis berkayu lembut yang cepat tumbuh mencapai ketinggian sehingga antara 3-8 meter. Akarnya berbintil-bintil dan berguna untuk menyuburkan tanah.[4] Batangnya berlendir dan berair[5] kelihatan berwarna merah, dan rasanya pahit.[6]

Dahan daunnya berukuran 15-30 sm panjang terdiri daripada 10–20 pasang tangkai berukuran 20–30 sm terdiri daripada 20-40 pasang anak daun yang disusun bertentangan tambah sehelai anak daun ganjil. Helai anak daunnya berbentuk jorong memanjang dan berpermukaan rata.

Bunga sunting

Bunga turi berbentuk lonjong dengan ukuran 1.5–10 cm (1–4 in) panjang dengan dua hingga empat tandan, warna bunganya ada yang merah dan ada juga yang putih.[5] Salut bunga berbentuk loceng dan berbibir dua yang cetek. Keseluruhan kuntum berbentuk seperti kupu-kupu apabila kembang buka.[7] Lenggainya kecil dan lurus dengan panjang 30–45 cm (12–18 in), ia sewaktu muda berwarna hijau, tetapi mematang tua berwarna kuning keputih-putihan.[8] Setiap lenggai mengandungi kira-kira 30 biji benih, biji ini 8 mm (0.3 in) sebutir berbentuk bulat panjang, dan berwarna perang muda.[8]

Kegunaan sunting

Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.[9]

Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. Dalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat 1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg.[9]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sesbania grandiflora (L.) Poir". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2024. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  2. ^ "Sesbania grandiflora". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Joshi, Shankar Gopal (2000). Medicinal Plants. Oxford & IBH Publishing Co. Pvt. Ltd. ISBN 9788120414143.
  4. ^ Sastrapradja et al. 1980c, m/s. 73.
  5. ^ a b Sastrapradja et al. 1980a, m/s. 115.
  6. ^ Dharma 1987, m/s. 202.
  7. ^ Utami, m/s. 249.
  8. ^ a b "Sesbania grandiflora Pers" (PDF). Departemen Kesehatan. 15 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 Disember 2008. Dicapai pada 20 April 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ a b Ismail Saidin (7 Oktober 2007). "Kenali ulam: Geti, ulam raja ubati batuk, bersih darah". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2008.
Sumber utama

Pautan luar sunting