Cekuk manis

(Dilencongkan dari Pokok cekur manis)

Cekuk manis (Jawi: چکوق مانيس), cekur manis (Jawi: چکور مانيس), cekup manis, taruk manis, cermela hutan dan asin-asin ialah tumbuhan renek yang dijadikan sayur daun di beberapa kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Daun cekur manis yang dipetik diperam atau dijeruk, dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Cekuk manis
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Phyllanthaceae
Genus: Sauropus
Spesies:
S. androgynus
Nama binomial
Sauropus androgynus
Sinonim[2][3]
Senarai
    • Aalius androgyna Kuntze
    • A. lanceolata (Hook.f.) Kuntze
    • A. oblongifolia (Hook.f.) Kuntze
    • A. retroversa (Wight) Kuntze
    • A. sumatrana (Miq.) Kuntze
    • Agyneia ovata Poir.
    • Andrachne ovata Lam. ex Poir.
    • Clutia androgyna L. (basionim)
    • Phyllanthus acidissimus Noronha (nom inval.)
    • P. speciosus Noronha (nom inval.)
    • P. strictus Roxb.
    • Sauropus albicans Blume
    • S. a. var. gardnerianus (Wight) Müll.Arg.
    • S. a. var. intermedius Müll.Arg.
    • S. a. var. zeylanicus (Wight) Müll.Arg.
    • S. convexus J.J.Sm.
    • S. gardnerianus Wight
    • S. indicus Wight
    • S. lanceolatus Hook.f.
    • S. macranthus Fern.-Vill. (nom illeg.)
    • S. oblongifolius Hook.f.
    • S. parviflorus Pax & K.Hoffm.
    • S. retroversus Wight
    • S. scandens C.B.Rob.
    • S. sumatranus Miq.
    • S. zeylanicus Wight

Pokok cekur manis ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 m jika tidak dicantas. Namun, untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan, ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.[perlu rujukan]

Ia merupakan sumber vitamin K yang baik.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis (akibat kepopularannya di Taiwan bagi mengawal berat badan pada pertengahan 90-an) mampu menyebabkan kerosakan paru-paru, akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverin.[4]

Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan vitamin B dan C, protein, dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang.[5]

Ciri-ciri botani sunting

 
Pucuk cekuk manis

Tumbuhan saka renek ini boleh tumbuh setinggi 8 m jika tidak dicantas. Batangnya separa berkayu, tidak banyak percabangan jika tidak dicantas, berwarna hijau tua ketika muda dan bertukar keperangan setelah matang. Daunnya tunggal, tersusun berselang-seli, berbentuk bujur, hijau tua di permukaan atas, dan hijau muda di permukaan bawah, dengan hujung tirus dan birai rata.

Bunganya tunggal, kecil, berbentuk bulat, hijau keputihan ketika muda dan bertukar merah jambu ketika tua; ia keluar dari celah ketiak daun di balik daun. Buahnya kapsul, bulat, berlekuk enam, sederhana besar, hijau cerah ketika muda dan bertukar putih keunguan setelah masak; ia merekah kepada tiga pangsa apabila telah tua bagi melepaskan biji-bijinya, dan terletak di sebalik daun.

Penanaman sunting

Pokok cekur manis membiak melalui dua kaedah biasa iaitu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya penuh ataupun di kawasan naungan yang redup. Selain itu, ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.[perlu rujukan]

Perosak sunting

Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah kumbang Adoretus sinicus.[perlu rujukan]

Kegunaan sunting

Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin.

Khasiat sunting

Sauropus adalah sumber α- dan β-karotin yang baik. β-karotin ini sebahagiannya bertindak balas membentuk vitamin A. Ia kaya dengan pengeluaran vitamin C iaitu lebih daripada 100% Nilai Harian (DV) setiap 100 g hidangan (288% DV), zat besi (23% DV) dan zink (10% DV).[6] Namun, paras polifenol yang tinggi, seperti tanin, menghalang penyerapan Zn dan Fe.

Cekuk manis
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 245 kJ (59 kcal)
Karbohidrat 11 g
Lemak 1 g
Protein 4.8 g
Air 91.4 g
Vitamin A 10370 IU
Tiamina (vit. B1) 0.1 mg (9%)
Vitamin C 239 mg (288%)
Kalsium 204 mg (20%)
Besi 3 mg (23%)
Fosforus 98 mg (14%)
Kalium 457 mg (10%)
Natrium 25 mg (2%)
Zink .94 mg (10%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Ia dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular).[perlu rujukan]

Nama tempatan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Under its currently accepted name of Sauropus androgynus (from its basionym Clutia androgyna) this species was published in Bulletin of the Bureau of Forestry, Philippine Islands. Manila 1: 30. 1903. "Name – Sauropus androgynus (L.) Merr". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada November 18, 2012. Basionym: Clutia androgyna L.
  2. ^ The basionym of S. androgynus (Clutia androgyna) was originally described and published in Mantissa Plantarum 1: 128. 1767. "Name – Clutia androgyna L." Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada November 18, 2012.
  3. ^ "TPL, treatment of Sauropus androgynus". The Plant List; Version 1. (published on the internet). Royal Botanic Gardens, Kew and Missouri Botanical Garden. 2010. Dicapai pada November 18, 2012.
  4. ^ Kao CH (1999). "Using 99mTc-DTPA Radioaerosol Inhalation Lung Scintigraphies to Detect the Lung Injury Induced by Consuming Sauropus androgynus Vegetable and Comparison with Conventional Pulmonary Function Tests". Respiration. Karger AG. 66 (1): 46–51. doi:10.1159/000029336. PMID 9973690. Dicapai pada 2010-05-18. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ 19.1 Sauropus androgynus (sweet leaf bush)
  6. ^ Nguyen, Khan (2007). Vietnamese Food Composition Table (PDF). Hanoi: Ministry of Health, National Institute of Vietnam. m/s. 168.
  7. ^ Coope, A.E. (1993). Malay-English, English-Malay Dictionary (ed. Rev.). New York: Hippocrene Books. m/s. 18, 61. ISBN 0-7818-0103-6.
  8. ^ Bangchik (2009-10-08). "Cups in the air. asin-asin". Dicapai pada 2010-05-18.

Bacaan lanjutan sunting

Pautan luar sunting