Polistirena (IUPAC Polyphenylethene) merupakan suatu polimer aromatik yang diperbuat daripada monomer stirena aromatik, sejenis hidrokarbon cecair yang dikilangkan secara komersil daripada petroleum oleh industri kimia. Ia merupakan bahan plastik yang paling kerap digunakan dengan pengeluarannya mencecah beberapa juta tan metrik setiap tahun.[5]

Polistirena
Repeating unit of PS polymer chain
Polystyrene ball-and-stick model
Nama
Nama IUPAC
Poly(1-phenylethene)
Nama lain
Thermocol
Pengecam
Singkatan PS
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.105.519
Sifat
(C8H8)n
Ketumpatan 0.96–1.04 g/sm3
Takat lebur ~ 240 °C (464 °F; 513 K)[4] untuk polistirena isotaktik
Tidak boleh larut
Keterlarutan Tidak larut dalam asetona [1]
Kekonduksian haba 0.033 W/(m·K) (busa, ρ 0.05 g/cm3)[2]
1.6; pemalar dielektrik 2.6 (1 kHz – 1 GHz)[3]
Sebatian berkaitan
Sebatian berkaitan
monomer stirena
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info
Dulang polistirena dengan kecambah tomato

Polistirena merupakan bahan termoplastik, biasanya wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik, tetapi cair jika dipanaskan (untuk pengacuan atau penyemperitan), dan akan kembali pejal apabila disejukkan.

Sifat sunting

Polistirena dari segi kimianya merupakan hidrokarbon berantai panjang di mana teras karbon yang berselang seli dihubungkan pada kumpulan fenil (yakni nama untuk cincin aromatik benzena). Formula kimianya ialah (C8H8)n; ia mengandungi unsur kimia karbon dan hidrogen.

Sifat bahan ini ditentukan oleh tarikan van der Waals berjarak rendah antara rantai polimer. Memandangkan setiap molekul rantai hidrokarbon dari bahan ini mempunyai ribuan atom, jumlah daya tarikan antara molekul dikira besar. Apabila polistirena dipanaskand (atau dicacatkan pada kadar yang pantas kerana gabungan sifat-sifat penebatan haba dan likat anjalnya), rantai-rantai di dalamnya boleh menampung tahap konformasi (conformation) yang lebih tinggi serta menggelongsor antara satu sama lain.

Polistirena baru mempunyai kekuatan yang sama seperti aluminium tulen, manun ia lebih anjal dan ringan (1.05 g/sm3 untuk polistrena baru berbanding dengan 2.70 g/sm3 untuk aluminium).

Pencemaran sunting

Persatuan Pekilang Plastik Malaysia menyatakan sebanyak 1.8 juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di Malaysia pada tahun 2008 . Sementara 108,000 tan metrik polistirena digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 000 tan pada tahun 2008. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor berharap penggunaan polistirena sebagai bekas makanan dapat dikawal. Kita boleh gantikan dengan plastik seperti tupperware.

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran menyatakan terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun peraturan ini tidak menghalang peniaga dan orang ramai.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Wypych, George (2012). "PS polystyrene". Handbook of Polymers. m/s. 541–7. doi:10.1016/B978-1-895198-47-8.50162-4. ISBN 978-1-895198-47-8.
  2. ^ Haynes,[halaman diperlukan]
  3. ^ Haynes, p. 13-17
  4. ^ Wunsch, J.R. (2000). Polystyrene – Synthesis, Production and Applications. iSmithers Rapra Publishing. m/s. 15. ISBN 978-1-85957-191-0. Dicapai pada 25 July 2012.
  5. ^ Maul, J.; Frushour, B. G.; Kontoff, J. R.; Eichenauer, H.; Ott, K.-H. and Schade, C. (2007) "Polystyrene and Styrene Copolymers" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry Wiley-VCH, Weinheim, DOI:10.1002/14356007.a21_615.pub2
  6. ^ Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.