Politeknik Betong ialah cadangan politeknik baru di Sarawak. Ia akan membolehkan pelajar di sekitar Sri Aman, Betong, Saratok dan Sarikei untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pelajar akan memperoleh pelbagai kemahiran dan pengetahuan bagi kerja-kerja teknikal yang bakal ditawarkan di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Politeknik ini akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di kawasan seluas 160 hektar di Betong, Sarawak.[1]

Rujukan sunting