Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Politeknik Kulim (PKU) telah memulakan operasinya pada 1 Mac 2002 di kampus sementara yang berpusat di Politeknik Seberang Perai. Setelah setahun beroperasi, PTSB yang merupakan Politeknik yang ke-16 di Malaysia, akhirnya telah berpindah ke kampus tetap pada 3 Mac 2003, yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim atau lebih dikenali sebagai Kulim Hi-Tech Park. Tanggal 9 Jun 2003, PTSB beroperasi sepenuhnya dengan pengambilan pertamanya seramai 507 orang pelajar.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Ditubuhkan pada9 Jun 2003
Pengarah terkiniEn. Mohd Noor Shahudin
Timbalan Pengarah (Akademik)En Abdul Hanif Mustapha
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Rozihaya bt Yahya
LokasiKulim Hi-Tech Park, Kedah
Nama lama politeknikPoliteknik Kulim
Laman webhttp://www.ptsb.edu.my

Pengenalan sunting

Kampus PTSB yang dibangunkan dengan kos RM 153 juta ringgit ini mempunyai keluasan kira-kira 100 ekar dan merupakan Politeknik yang kedua di negeri Kedah Darul Aman selepas Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Lokasinya yang strategik iaitu kira-kira 5 kilometer dari Bandar Kulim serta berdekatan dengan kawasan perindustrian tersohor, Kulim Hi-Tech Park, dilihat mampu menjana graduan dan tenaga kerja yang berkualiti sebagai modal insan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara.

Tanggal 27 Mac 2007, PTSB sekali lagi melakarkan kenangan manis apabila DYMM Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Kini PTSB mempunyai 6 Jabatan Akademik bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Jabatan-jabatan tersebut adalah:

  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am

Pelbagai kursus yang meliputi keperluan sektor awam dan swasta telah ditawarkan yang terdiri daripada kursus di peringkat Diploma dan Sijil. Di samping itu, PTSB terus menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat melalui Kursus Secara Sambilan yang boleh diikuti oleh golongan mereka yang telah bekerja.

Jabatan Kejuruteraan Awam sunting

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah sebuah jabatan akademik utama daripada 4 jabatan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKA memulakan sesi pengajian dengan mengambil kumpulan pelajar sulung pada sesi Jun 2003 seramai 122 orang iaitu 44 pelajar diploma dan 78 pelajar sijil. Tenaga pengajar yang mentadbir jabatan ini adalah seramai 27 orang.

 
Bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam


Kursus-kursus yang ditawarkan:


  • Sijil Kejuruteraan Awam (SKA)
  • Sijil Ukur Tanah (SUT)
  • Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
  • Diploma Ukur Tanah (DUT)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik sunting

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu daripada jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrik dan elektronik di peringkat sijil dan diploma. Seramai 124 orang pelajar dengan 22 kakitangan akademik sebagai pelopor jabatan ini pada sesi pertama 2003. Sebanyak 25 buah bilik kuliah dilengkapi sistem siaraya telah disediakan sebagai prasarana untuk memastikan pelajar berupaya mencapai kecemerlangan akademik.

 
Bangunan Jabatan Kejuruteraan elektrik dari Jabatan Awam

Kursus-kursus yang ditawarkan:


  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SKE)



Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sunting

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah sebuah Jabatan akademik induk yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga kursus di peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta satu kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal.

 
Bangunan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Kursus-kursus yang ditawarkan:

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)(DTP)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
  • Sijil Kejuruteraan Mekanikal (SKM)



Jabatan Perdagangan sunting

Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah beroperasi pada 2 Mac 2003 yang ditadbir oleh Ketua Jabatan. Tiga orang ketua kurus telah dipertanggungjawabkan untuk setiap kursus dalam perlaksanaan kurikulum Politeknik di JP. Terdapat seramai 15 tenaga pengajar yang mendidik pelajar perintis seramai 171 orang pada sesi pertama tahun 2003. Setiap semester jabatan ini mengambil lebih kurang seramai 200 orang pelajar baru. Setiap pelajar baru akan diberikan seorang penasihat akademik untuk mendapat bimbingan sepanjang tempoh pengajian.


Kursus-kursus yang ditawarkan:

  • Diploma Akauntasi (DAT)
  • Diploma Pemasaran (DPR)
  • Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer sunting

Jabatan Matematik dan Sains Komputer (JMSK) merupakan salah satu jabatan akademik sokongan yang menawarkan modul-modul teras seperti Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Aplikasi Komputer dan Pengaturcaraan Komputer. Jabatan ini bertindak sebagai penyokong kepada jabatan-jabatan induk lain yang ada di Politeknik Kulim. JMSK terbahagi kepada tiga unit penting iaitu Unit Matematik Kejuruteraan, Unit Sains Juruteknik dan Unit Komputer.

Modul yang ditawarkan;

  • Matematik Kejuruteraan
  • Aplikasi Komputer
  • Pengaturcaraan Komputer
  • Sains Juruteknik



Jabatan Pengajian Am sunting

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang oenting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan juga Bahasa Inggeris. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris.

Jabatan yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah serta bakal tenaga kerja separa profesional yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalu proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak. Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.

Modul yang ditawarkan;

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Communicative English 1, 2 & 3



Kemudahan Yang disediakan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah sunting

  • Bilik Kuliah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
  • Bilik Persidangan untuk tujuan mesyuarat rasmi
  • Bilk Seminar untuk tujuan seminar dan kursus
  • Dewan Kuliah Utama untuk sesi pengajaran dan majlis rasmi
  • Dewan Serbaguna untuk majlis-majlis rasmi
  • Bilik Penginapan dengan kadar yang berpatutan
  • Kafeteria menyediakan juadah untuk staf dan kakitangan
  • Koperasi menyediakan barangan keperluan pelajar
  • Perpustakaan menyediakan bahan-bahan rujukan pelajar
  • Pusat Islam merangkap Masjid PTSB dan pusat kegiatan kerohanian
  • Kompleks Sukan menyediakan kemudahan riadah yang lengkap
  • Kuarters PTSB menyediakan kemudahan perumahan kepada staf


Galeri Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting