Perlembagaan sunting

Cabang Eksekutif sunting

Kuasa eksekutif dikurniakan ke atas seorang individu, iaitu presiden kesatuan Mexico, dilantik melalui sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat untuk satu penggal selama 6 tahun (dipanggil sexenio), tanpa kemungkinan pemilihan semula. Pilihan raya Presiden telah diadakan setiap enam tahun semenjak 1934 (perlembagaan sebelum ini memberi mandat selama empat tahun). Bagaimanapun, hanya sejak tahun 1994 pilihan raya ini mendekati satu standard ketelusan dan kebersihan demokratik yang boleh diterima.

Di negara ini tiada pejabat untuk seorang naib presiden; sekiranya "ketiadaan mutlak" atau ketidakupayaan Presiden, Kongres Kesatuan (dengan satu kuorum sekurang-kurangnya dua pertiga kesemua wakil) akan membentuk satu kumpulan pengundi yang akan memilih secara majoriti mutlak satu presiden sementara. Seandainya ketiadaan mutlak berlaku sepanjang dua tahun pertama sexenio, Kongres akan juga memanggil pilihan raya dalam tempoh tidak kurang daripada 14 dan tidak lebih daripada 18 bulan selepas perasmian presiden sementara. Jika ketiadaan mutlak presiden berlaku sepanjang empat tahun terakhir maka presiden sementara tersebut akan menjalankan tugas sebagai Presiden selama tahun-tahun baki ketiadaan presiden.

Dari segi kuasa Presiden, sebelum 1994 beberapa pengulas politik menganggap presiden di Mexico seperti seorang diktator enam tahun, dan memanggil sistem ini "Jawatan Presiden Agung". Kuasa ini memuncak pada sekitar awal 1980an, bila satu krisis ekonomi yang teruk mewujudkan ketidakselesaan di kalangan rakyat dan di dalam parti yang berkuasa itu sendiri. Kini, walaupun kuasa Presiden tidak lagi mutlak tetapi ia masih cukup banyak.

Dengan penyusunan semula demokratik pada tahun-tahun kebelakangan dan pilihan raya yang semakin adil, perlembagaan telah mula digunakan dan kuasa-kuasa Presiden telah dihadkan secara undang-undang. Kuasa-kuasa dan hak-haknya termasuk yang berikut:

  • Kuasa eksekutif tertinggi untuk menerajui dan mentadbir negara
  • Hak untuk melantik Peguam Negara
  • Hak untuk melantik semua Setiausaha Negara dan semua ahli-ahli kabinet Mexico
  • Hak untuk melantik semua Duta-duta Mexico
  • Kuasa tertinggi atas tentera, tentera laut, dan tentera udara
  • Kuasa untuk mengisytiharkan perang dan keamanan (dengan kebenaran kongres yang terlebih dahulu)
  • Kuasa berunding perjanjian-perjanjian dengan negara asing
  • Kuasa mengeluarkan dekri
  • Hak untuk mencalonkan hakim-hakim mahkamah agung
  • Kuasa untuk membatalkan undang-undang (dan, selepas sebuah keputusan kontroversi mahkamah agung berkenaan bajet 2004, juga kuasa untuk membatalkan dekri daripada Kongres).
  • Hak memperkenalkan rang undang-undang dalam Kongres untuk pertimbangan mereka.

Lihat juga:

Cabang Legislatif sunting

Kongres Mexico adalah dwidewan: Kongres Nasional atau Congreso de la Union yang terdiri dari Senat atau Camara de Senadores (128 kerusi; 96 ahlinya dipilih melalui undi popular serta berkhidmat selama penggal enam tahun, dan 32 kerusi diberi berdasarkan undian popular dalam setiap parti politik) dan Dewan Persekutuan atau Camara Federal de Diputados (500 kerusi; di mana 300 ahlinya dipilih menerusi undian popular; dan 200 ahli selebihnya diambil berdasarkan undian popular dalam setiap parti politik; untuk berkhidmat selama penggal tiga tahun.)

Pilihan Raya sunting

Cabang Kehakiman sunting

Rujukan sunting

http://www.nationmaster.com/country/mx-mexico/gov-government